Drama Cinta Non Grata lakonan Amelia Henderson dan Raja Afiq. Gandingan pelakon sama cantik sama padan ni bakal membuatkan kita tertanya-tanya, ada chemistry kah lakonan mereka berdua. Best ke citer Drama Cinta Non Grata ni?
Sinopsis Drama Cinta Non Grata TV3
Kisah Darlina (Amelia Henderson) seorang Instafamous yang sanggup melakukan apa sahaja demi wang termasuklah berkahwin dengan Datuk Marzuki (Edika Yusof) seorang ahli perniagaan, jutawan kaya raya terkenal yang sudah mempunyai isteri yang cantik lawa Datin Jannah (Maria Farida).
Darlina dibesarkan dalam serba kesenangan dan mewah tidak mahu hidup dalam kesusahan. Alasan Darlina terpaksa menerima pinangan Datuk Marzuki adalah ingin selamatkan perniagaan bapanya yang sedang kerugian. Sebagai balasan, Datuk Marzuki akan bantu perniagaan bapa Darlina. Perkahwinan mereka juga bersyarat, mesti kekal dalam tempoh setahun.
Dalam tempoh ini, pelbagai usaha dilakukan oleh Darlina dalam cubaan membuat Datuk Marzuki marah, bencikan dia dan menceraikannya sebelum tempoh setahun agar Darlina akan memperolehi sejumlah wang yang banyak. Akan tapi … Datuk Marzuki yang bijak sedia maklum akan rancangan Darlina.
Darlina kemudiannya berjumpa dengan Hakim (Raja Afiq) yang ditugaskan oleh Datuk Marzuki untuk menjadi jurugambar peribadinya sekaligus merangkap peneman Darlina ke mana saja. Lalu Darlina jatuh cinta pada Hakim. Namun, apa yang Darlina tidak ketahui adalah Hakim sememangnya berdendam dengan Darlina kerana telah mengecewakan adiknya, Haikal sehinggakan adiknya itu telah mati overdose akibat dadah.
Apakah yang bakal terjadi pada Darlina?
Bagaimanakah penerimaan Datin Jannah setelah Datuk Marzuki berkahwin lagi?
Adakah Hakim akan kalah dengan perasaan dia sendiri dan turut mencintai Darlina sedangkan pada asalnya Darlina adalah musuh dia?
Bagaimana pula dengan Datuk Marzuki setelah dapat tahu adanya cinta antara Darlina dan Hakim?
Terbalas kah dendam Hakim?
Menarik kann…? Banyak persoalan dalam Drama Cinta Non Grata ni. Pelakon pun semua hebat membawakan watak masing-masing. Hero lama tahun 90’an Edika Yusof yang dah lama tak berlakon turut bergandingan dengan Heroin 90’an cantik lawa Maria Farida!
Saksikan drama bersiri terbaru di slot Lestary TV3 berjudul Cinta Non Grata yang mula bersiaran pada 21 Mac ini. 20 episod. Jangan lupa ketinggilan menonton 20 episod drama Cinta Non Grata pada setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9 malam di TV3. Drama terbitan Orangetree Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Feroz Kader. Skrip nukilan Amar Amir dan idea asal Raja Azidah Raja Jaafar.
Pelakon Drama Cinta Non Grata
Amelia Henderson sebagai Darlina
Raja Afiq sebagai Hakim
Mona Allen sebagai Zatul
Adeline Tsen sebagai Kartini
Edika Yusof sebagai Datuk Marzuki
Faez Nick sebagai Danial
Jay Iswazir sebagai Fendi
Susan Manen sebagai Hasnah
Esma Danial sebagai Abdullah
Edika Yusof sebagai Datuk Marzuki
Nur Ezzanie sebagai Dayana
Maria Farida sebagai Datin Jannah
Hafiz Bahari sebagai Haikal
Nina suka lakonan Amelia Henderson yang selamba jer. Suka hati dia jer dengan watak nya. Natural sangat! Para pelakon lain pun hebat hebat bawa watak mereka. Tahniah!