Tips teknik lapisan Agar-Agar Santan Cantik
Sekarang ni cuaca tak menentu. Kejap cerah menerangi keindahan sanubari waktu pagi, kadang tuu tetiba panas lit-lit. Aduyai … Embak supir kita kannn surirumah aje macam Nina ni dok keluar masuk jemput anak memang rasa nak pitam nampak bintang-bintang bekerdipan kelip-kelip dok panas mentari.
Cuaca panas lit-lit gini memang asyik pekena sesuatu yang sejuk. Dessert atau puding yang baru keluar dari perut fridge! Korang bayangkan, gigitan pertama agar-agar yang sejuk lagi dingin terasa nyaman sekali tatkala lalu pelan-pelan pastu turun ke tekak nan kehausan ni.. Mmmmm… Wallaaaa..!! Kenikmatan yang tak terungkap oleh kata-kata. Asyiknya laa hai.!! kannnn…
Nahh … resepi paling mudah Agar-agar Pandan Bersantan tuk korang. Tak payaha dah nak verangan telan air liur lagi. Pi bikin segera. Kejap lagi boleh laaa merasai sendiri keasyikkan nya. Chewah..
Resipi Agar-agar Pandan Bersantan
Bahan-Bahan
10gm serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
4 cawan air
200 ml santan kotak+ 50 ml air
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
2 helai daun pandan
pewarna hijau dan perisa pandan
Caranya Menyediakannya
1- Masak air dengan gula pasir dan daun pandan.
2- Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
Kecilkan api. Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan.
3- Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih.Guna api sederhana dan sentiasa di kacau.
4- Bila dah siap, tutup api dan bolehlah di tuang ke dlm acuan kegemaran.
5- Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk
Tips dan teknik agar-agar santan cantik terpisah dua lapisan
Ok… Nina tetiba teringat, ada yang dok pm tanya camner nak bagi lapisan agar-agar santan terpisah cantik dapat 2 lapisan?
Bukan apa, kadang tuu depa dah ikut sebiji-bijik resepi kita bagi tapi hasilnya tak dapat cantik macam kita buat. Korang pernah tak alami gini…??
Buat agar-agar ni tak de laaa rumit mana pun. sap sap sui jer… Kategori Pencuci mulut orang melayu, tapi kalau omputeh panggil pudding. Memang laaa macam senang, tapi kalau kejadiannya nanti tak seperti yang diharapkan kecewa tuu ada gak kann…
Ahaa… meh Nina kongsikan tips dan teknik nya
Selepas korang masukkan santan ke dalam periuk, korang biar adunan tuu menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas korang masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi janganlah sampai terkeluar dari periuk bak gunung berapi lak ehh… Kacau-kacau adunan dalam 1 minit.
Pastu tutup api dan tuang adunan dalam bekas comel lotey korang. Sejuk dan kerasnya. Nanti tengok laaa hasil kejadian nya yang Ohsem! Acecehh… Belum siap dah gembira sakan. Tunggu dah siap nanti boleh laa korang lompat bintang! Baik-baik bergegar rumah lak! ehhee
haaa… Tengok ni Agar-Agar Gula Merah cantik kan lapisan terbagi dua..?? Korang try laa tips Nina. InsyaAllah.. menjadi dengan jayanya! Mmmm… kalau korang ada tips yang lagi best, komen dan share kan tuk kengkawan yang lain gak ehh… Kita sebar-sebar kan ilmu nan ciput ni.. Manalah tau, ilmu ciput ni mungkin membantu orang yang memerlukan. Kot nak niaga ker kann….
Sedapnya nampak .. teringat hari raya huhu
Raya masih ada ni… Belum beraya rumah kecik Kak Nina kann….. Meh laa
Fuhhh… Sedapnya… Teringin nak rasa agar-agar bersantan buatan Nina Mirza… Ada COD tak?
COD? hehe… memang tak de .. Nanti bila-bila singgah KL roger laa
Singgah rumah kecik Nina 🙂
sedap, senang je buat
fuh sedapnya. dah la tak sarapan lagi ni huhu… -_-
wahhhhh terliur sudaaaaa nak try la tq kak nina tipsnya
wah tq kaknina kongsikan tips agar-agar berlapis tu.. menarik ni, leh cuba..
Ye lahh musim panas ni makan agar2 sejuk nikmatnya
Alamak, sedapnya la hai… terliur!
perghhh dapnyer makan agar-agar time cuaca panas cam skrg ni.. pm kat ai semangkuk dua plisss
agar-agar favourite ni..
Nampak sedap tu agar”, dah lama tak buat agar” juga.
suka agar2 milo..
Favourite saya ni agar-agar. Boleh try resipi Nina ni. Thanks 🙂