Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Kad Digital NGO Negaraku
February 27, 2018March 4, 2018

Terkini : Kad Digital NGO Negaraku banyak manfaat dan kebaikkan

Alhamdulillah, Nina berpeluang join satu aktiviti NGO di bawah kelolaan Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) sempena Pelancaran Penyerahan Kad Digital NGO Negaraku. Sesuatu yang sangat baru bagi Nina dan majlis sebegini memberi pengetahuan dan pendedahan buat Nina.

Isi Kandungan hide
1 Kad Digital NGO Negaraku
2 Latar belakang Kelab Sahabat Persaudaraan
3 Konsep Komuniti Digital NGO Negaraku
4 Mobile App Ngo Negaraku
5 Related posts:

Kad Digital NGO Negaraku

Tentu korang pun sama pertama kali dengar pasal Kad Digital NGO ni kann..?? Kelab Sahabat Persaudaraan . Apa ni ehh..?? Ok, meh Nina citer intro sikit tuk korang.

Latar belakang Kelab Sahabat Persaudaraan

Kelab Sahabat Persaudaraan adalah sebuah kelab yang berdaftar di bawah Pendaftaran Pertubuhan atau ROS. Kelab ini dibentuk melalui gabungan Sukarelawan Profesional dan kumpulan berpengalaman untuk bersama mencurahkan idea dan kepakaran bagi melahirkan program-program berkualiti berteraskan pendidikan dan kebajikan untuk diperkenalkan kepada masyarakat.

Program Komuniti Digital NGO Negaraku diperkenalkan oleh Kelab Sahabat Persaudaraan berteraskan 3 prinsip :-

  • Menghubungkan kerajaan, NGO dan ahli-ahli NGO termasuk koperasi dalam era digital berteraskan semangat Negaraku.
  • Mengeratkan kerjasama dan memupuk semangat bantu membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.
  • Mendidik masyarakat untuk berbelanja secara bijak dan berhemah.

Konsep Komuniti Digital NGO Negaraku

Membentuk sebuah platform bagi menggabungkan kerjasama diantara NGO-NGO termasuk koperasi di dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui jaminan usahasama dan penawaran berkelompok.

NGO serta ahli-ahli bekerjasama dan membentuk gabungan kumpulan yang kukuh dan berkesan dengan manfaat e-platform & Fin-tech, bermatlamat untuk menghubungkan kerajaan dan NGO di atas platform digital.

Mobile App Ngo Negaraku

Menurut Pengasas Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) – Dr. Mohd Zamri Noordin, “Program ini merupakan inisiatif pertama yang disediakan khas untuk semua ahli NGO dengan keistimewaan tersendiri.

Pengenalan Mobile App NGO di bawah program ini hanya boleh diakses oleh pemegang kad NGO Negaraku untuk menikmati tawaran pembelian barangan terpilih dengan harga terbaik.

“Ia mempunyai kepelbagaian aplikasi yang bersesuaian untuk digunakan oleh NGO dan ahli-ahli termasuk aplikasi pengumpulan derma dan sumbangan secara digital. Dalam kata lain, ia bukanlah medan menerima diskaun, malah ia juga sebagai tempat untuk menzahirkan kebajikan secara digital untuk membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar,”

Tambah Mohd Zamri, program ini diurus secara ‘social enterprise’ bagi memastikan setiap peserta dapat menikmati manfaat berganda. Ia turut memberi kesan kepada perkembangan kepada syarikat yang menyertai program ini untuk meningkatan perniagaan mereka.

“Pihak kami membuka peluang kepada mana-mana pengeluar untuk menyertai program ini dalam memberi keistimewaan kepada pengguna kad NGO ini.”

Menarik kann..?? Nina nak citer banyak lagi tak berapa pandai. Untuk maklumat lanjut yang lebih terperinci dan tepat, korang layari

Web : https://kadngonegaraku.org/
Fb : https://m.facebook.com/kspmalaysia/

Geng Blogger dari KBBA9!

Related posts:

Udang Galah Berempah
Menu sahur paling senang bila tak de selera nak makan... Singgang Bendi
Ohh ... Teratai bunga indah... Eh! bukan lirik... Ini Resipi Tauhu Bunga
DoorGift My Mini Choc Moist Cake
Lifestyle Review Info - SemasaKad Digital NGO NegarakuKelab Sahabat PersaudaraanKonsep Komuniti Digital NGO NegarakuLatar belakang Kelab Sahabat Persaudaraan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. IQ aka Izyan Balqis says:
    February 27, 2018 at 1:27 pm

    bagus kad ni, memudahkan

    Reply
  2. Mama Kembar Tiga says:
    March 1, 2018 at 7:38 am

    Macam menarik plak kad ni

    Reply
  3. The SEOSpot says:
    March 8, 2023 at 7:53 pm

    This is amazing. Thanks for sharing this blog. I have become a fan of your blogs. This blog is so interesting and informative.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes