Bonnisan Himalaya bantu tambah selera anak makan
Stress! Anak cerewet makan
Stress nya bila tengok anak kita cerewet bab makan ni. Kadang tu asal makan jer tak pernah habis! Tak pernah licin pinggannya. Mesti ada baki lebihan.
Awat laaaa gini. Stress mama… Tengok kerenah anak tak mau makan, boleh bikin darah naik, pastu rasa mendidih tuu boleh automatic transfom mama jadi incredible hulk gamaknya. Mak kau hijo gitu!
Korang pun tentu pernah alami situasi yang sama kannn…? Bukan apa, rasa nya semua mak mak pun tak sukakan pembaziran. Nina pantang tengok rezeki tak habis. Eeeeeewwww… Tak suka tak suka!
Eilhan picky eater / cerewet makan
Boleh dikatakan anak-anak Nina semua picky eater. Kalau timbang berat semua bawah garisan. Doktor tenung macam kita tak bagi anak makan jer … Sedey tau! Tak tahu kita dah bertungkus lumus siapkan makanan, bagi makan. Macam-macam laaa dah buat.
Cuma bila dah besar sikit dalam 4tahun derang dah mula menghargai makanan. Chewah.. Padahal mama nya dok ulang ayat iklan. Sebutir nasi ibarat setitik peluh petani. Gitu! Terus kesian kat petani, pastu kasi licin pinggannya. Hahaa…
Nak makan pun banyak drama!
Buat masa sekarang, dak Eilhan selalu bikin mama stress bila tiba nya masa makan. Aduyai… Macam-macam episod ada nak kasi dia makan. Kadang Nina terpaksa sogok dia dengan janji manismu. Pastu terpaksa laaa tunaikan. Huhuuu
Tak semua benda dia nak makan dengan rela. Kena layankan dia makan, kadang tu kena suap. Tu pun tak habis. Sedey tengok baki yang tinggal. Akhirnya mama dia yang habiskan. Sian mama lak gemoks. Acaner? Huhuu
Cuba solusi anak picky eater – Bonnisan Himalaya
Kat facebook dok ulang lalu testimoni Himalaya Bonnisan. Pastu masa Nina pi Butik Himalaya stok lak habis. Promoter dia kata, Bonnisan memang cepat sold out!
Hurmm… Hati meronta-ronta nak cuba kat Eilhan. Tentu bagus ni. . Ramai dok ulang beli. Lagipun Nina yakin dengan produk dari Himalaya sebab Nina amalkan Shatavari Himalaya untuk milk booster dan ia berkesan!
Bonnisan Himalaya ni boleh diambil tuk kanak-kanak yang berumur 2 hingga 10 tahun. Memang sesuai laaa tuk Eilhan. Boleh share ngan kakak Yana yang susah gak bab makan ni. Huhuu…
Sebelum tu Nina dok google manfaat dan kebaikkan Bonnisan. Baca gak testimoni orang lain yang dah cuba. So far semua berjaya buat anak depa suka makan dan pastu anak depa tembam semula.
Nah… Nina share ngan korang lak kebaikkan yang ada dalam Bonnisan Himalaya ni.
Kebaikan dan kelebihan Bonnisan Himalaya
1- Perangsang selera makan yang berkesan.
2- Memastikan pencernaan yang betul, penyerapan dan asimilasi makanan.
3- Mengurangkan kolik, kembung perut dan senak.
4- Membantu penambahan berat badan.
5- Memastikan pertumbuhan gigi sihat.
6-Meningkatkan pertumbuhan yang sihat dan menjamin kesejahteraan kesihatan.
7- Bonnisan terbukti selamat 100%, HALAL dan bebas daripada alkohol dan natrium bikarbonat.
Kot korang nak lagi details, nah… Nina share bahan ingredients dalam Bonnisan ni. Manalah tau kot kot doktor ke, pharmaceutist ke yang baca cerita Nina ni kannn…?
Bahan dalam Bonnisan
Berasaskan dari ekstrak tumbuhan iaitu Tinospora cordifolia (stem),Piper Longum (fruit),Cichorium intybus (seed),Terminalia Chebula (fruit),Achillea millefolium, (seed),Tribulus terresstrics (fruit),capparis spinosa (bark),Emblica officinalis (fruit)Cassia occidentalis(whole plant),Elettaria cardamomum (fruit),Tamarix galica (whole plant),Boehaavia diffusa(root).
Bahan kandungan dalam Bonnisan juga bebas daripada alkohol,klorofom, opium, sedative dan sodium bicabonate. Bonnisan juga HALAL .
Apa rasa Bonnisan? Sedap ke?
Ahaaa… Soalan standard mak mak. Yelah… Risau kannn dah beli sekali anak tak lalu nak telan. Rugi wey…
Sebelum bagi kat Eilhan, Nina rasa dulu. Ianya berbentuk cecair. Rasa macam gula-gula berangin peppermint gitu. Tak manis pun macam sesetengah produk tu. Sedap! Ok lulus…
Masa nak suap kan Eilhan berdebar-debar gak. Siap kasitau dia, rasa gula-gula yang kakak Eillya suka makan tu. Ment_s.
Akhirnya laju jer dia minum. Syukur Alhamdulillah…
Cara consume Bonnisan
Untuk kanak-kanak berumur 1 tahun : 2 sudu teh
Untuk kanak-kanak 2 tahun : 2 hingga 3 sudu teh ( 3 hingga 4 kali sehari )
Goncang dulu sebelum digunakan. Di ambil selepas makan.Tak perlu simpan dalam peti ais selepas dibuka. Biar jer atas meja makan. Lepas makan bagi sesudu. Senang kannn… Letak tempat lain, kang lupa lak! Hehe
Bonnisan Himalaya bantu tambah selera anak makan
Testimoni Nina
Alhamdulillah lepas seminggu Eilhan makan eh makan ke minum eh… Ok minum sebab cecair kan. Hehe..
Ok, lepas lebih seminggu Eilhan dah consume Bonnisan Himalaya ni, Alhamdulillah selera makan dia memang bertambah. Senang nak bagi makan. Tak payah suruh pun sekarang . Dia yang mintak nak makan. Aduyai… Berbunga-bunga hati Nina.
Yeayyy. ..!! Mama happy
Seronok nya tengok feed back penangan Bonnisan ni. Sekarang balik sekolah jer Eilhan dah sibuk nak makan. Pepandai dia sendiri selongkar dapur cari makanan. Nina nengok rasa nak lompat bintang awak! Hahaha
Kat mana nak beli Bonnisan?
Tak susah pun. Kalau korang nak cuba produk Bonnisan ni korang boleh beli kat Butik Himalaya. Kat farmasi pun ada! Nak lagi senang, tak payah nak drive, cari parking korang beli jer online. Settel! Bukan apa, pi farmasi ni berhantu boleh terbeli entah pe benda lain gamaknya! Korang pun sama kannn….?? Hahaa
Nah…. Korang terjah page depa beli online. Informasi lain pun banyak depa sharing dalam tu…
Instagram: https://www.instagram.com/himalayamalaysia/
Facebook Page: https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia/
Ok daaa… Usaha tangga kejayaan. Selamat menggemoks kan anak-anak! Caiyok caiyok..
suka tengok eilhan makan.kaknina.. takde ker ulasan dari eilhan? nak dengar dia cakap..best tengok dia bcerita tu.
iman pun dah start kuat makan… heheh mak suker
Seronok kan bila tengok anak dah kuat makan.
Makan jangan tak makan…nanti eilhan dah kuat makan.
Susah jugak kalau anak cerewet makan sebab Rayyan pun cerewet hihi nasib baik de Bonnisan
Sesuai tak untk ank yg sllu smbelit….ada brand lain tak utk atsi smbelit?
Hai… So far Bonnissan ok for Eilhan. Sembelit ni pasal kurang take fiber and mineral water. Sayur. Oh sayur…. Anak payah makan sayur kan? Huhuu…
My experience, anak sembelit Nina bagi betik atau prune. Efektif!