Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

HIMALAYA Shatavari Milk Booster
September 21, 2017July 27, 2020

Milk Booster HIMALAYA Shatavari berkesan !!

Susu Ibu

Isi Kandungan hide
1 Susu Ibu
1.1 Tips dan cara nak banyakkan susu Ibu
1.1.1 Asparagus
2 Shatavari Himalaya – Milk Booster
2.1 Manfaat Shatavari Himalaya
2.2 Review Nina
2.2.1 Milk Booster HIMALAYA – Shatavari berkesan! Susu badan Nina meriah..
2.2.2 Baby puas menyusu
2.2.3 Ibu rasa lebih bertenaga
2.2.4 Yakin dengan Shatavari 100% vegeteable capsules
2.3 Related posts:
3 Daging Masak Kicap.. Mudah lagi cepat. Anak-anak pun suka...
4 Ayam Halia Black Pepper
5 Alhamdulillah.. Eilhan demam panas biasa jer tak perlu . . . . .
6 BEST ke , Bagus ke Anti Wrinkle Premium Cream Himalaya ?

Sapa pun sedia maklum bahawa susu ibu adalah susu terbaik dalam dunia ni. Ibu mana pun pasti akan sanggup buat apa saja asalkan dapat susu kan baby ngan susu ibu. Target Nina tuk susukan Eilysa sehingga dia 2 tahun. InsyaAllah… *sekarang Eilysa dah 1 tahun sebulan lebih*

Ada pelbagai cara , tips dan petua nak banyakkan penghasilan susu ibu dengan berkesan . Cuma samada ianya menjadi dengan jaya atau tidak itu sangat subjektif. Bergantung pada individu. Omputeh kata “what you eat is what you are” .. Tak faham google yaa.. hehe

Sebenarnya kannn ada banyak tips dan cara nak banyakkan susu ibu . Ikut kesesuaian korang gak. Yang penting kena rajin dan amalkan.  Nina share ngan korang antaranya yang Nina amalkan … Ini ringkasan aje, nak lagi details sila mentelaah kat Tips , cara dan petua banyakkan susu Ibu

Tips dan cara nak banyakkan susu Ibu

1. Kerapkan menyusu baby  eksklusif . Konsep Demand Vs Supply
Konsep Demand Vs Supply ni mudah jer sebenarnya. Lagi kerap korang susu kan baby, lagi banyak lah susu terhasil. Kilang susu akan outomatik menghasilkan susu mengikut permintaan. Chewahh … Para ibu pun ada kilang tau! hehe…

Kalau baby yang suka tido tuu… Korang kejutkan baby dan kerapkan bagi baby susu. Masa Nina dalam pantang dulu, asal baby “eakkk’ jerr bunyi Nina susukan. Pantang dia celik mata aje, Nina susukan. Keje Nina dok susukan baby jerr… dan keje baby lak asal celik jer sila minum susu. Haa.. Gitu! hehe..

2. Ikut jadual mengepam. (sila rajin dan berdisplin) 
Tugas mengepam susu memainkan peranan penting dalam soal pengumpulan susu ibu. Jangan ngelat mengepam! Bagi ibu yang bekerja, sebaiknya sesi mengepam di pejabat dilakukan dua hingga tiga kali bergantung kepada jenis kerja iaitu awal pagi, tengah hari dan petang. Paling penting jangan malas dan banyak alasan.

3. Jaga minum
Tanpa air dan makanan, camner susu nak ada kannn…? Ibu disarankan minum air sekurang-kurangnya tiga liter setiap hari. Sebaik-baiknya air suam. Jangan lak minum air gas tau! Mau kembung baby tuu… Cian dia… Sebelum tidur pula, ambil minuman susu bermalta atau beroat. Senang citer Milo! Pastu kan,   setiap kali selepas menyusukan anak, minum air untuk mengekalkan bendalir dalam badan biarpun di waktu malam.

4. Sentiasa tenang Relax
Secara psikologi jika bertenang, bila kita pasti dapat melakukan sesuatu tugas dengan berjaya. Begitu juga dengan tugas menghasilkan susu.  Tidak kira sama ada anda sedang menyusukan bayi atau mengepam susu, ketenangan diperlukan. Jangan dok stress kalut kelam kelibut! Cool ..

Suasana yang tenang sambil diiringi irama muzik lembut membantu pengaliran susu yang lancar. Tak kuasa nak dengar muzik bagai kannn….. ?? Hahhaa.. Maksudnya, korang pasang lah bacaan surah Al-Quran ke, zikir-zikir ke atau paling best sambil tonton TV. Relax kann…??

5. Jaga kesihatan diri
Sentiasa pastikan kesihatan diri kita tip top. Jaga makan, kebersihan, waktu tido, rehat secukupnya. Bila kita sihat susu yang keluar juga penuh dan kaya dengan khasiat. Kaya tuu bukan jem ya… Hahaa.. Kaya dengan jutaan vitamin, mineral, garam galian yang diperlukan untuk baby. Khasiat dan kebaikkan susu ibu tak ternilai dengan kaya duit! Duit yang banyak  juga tak mampu beli kesihatan yang baik.

6. Amalkan pemakanan berkhasiat
Makanan yang ibu makan akan mengalir dalam susu yang dihasilkan. Jadi bayi akan mendapat khasiat yang sama daripada makanan ibu. Makanan yang sihat memperbanyakkan susu badan. Antara makanan yang boleh menambahkan susu adalah kurma, asparagus, sup lobak putih, sawi, halba, jantung pisang, pucuk betik, pengaga, makanan berasaskan oat, makanan berasaskan susu. Sebaiknya jangan mengada-ngada sesuka hati makan makan jajan atau lebih tepat mee segera! No No No ..!! Setiap pagi dan malam Nina amalkan makan kurma 3/7 biji.

Asparagus

Korang tau tak Asparagus ni banyak khasitanya dalam menggalakkan penghasilan susu ibu. Dalam sayuran asparagus terkandung asam folat. Pengambilan asparagus dengan kerap akan menambah kuantiti dan melancarkan pengeluaran susu ibu.

Selain tu, Asam folat dapat membantu memudahkan mendapatkan kehamilan dan sangat berguna bagi ibu hamil dan janin, untuk melindungi cacat tabung saraf pada bayi.

7. Suplement tambahan – Milk booster
Andai korang dah cuba pelbagai usaha dan makan pelbagai makanan yang mendorong susu banyak namun masih tak berjaya boleh jer korang cuba lak amalkan suplement tambahan iatu Milk booster.  Baru-baru ni Nina rasa susu macam sikit…  *ker sebab stress kot lately* . pastu kawan Nina cadangkan Nina try Shatavari dari Himalaya.

Jenama HIMALAYA memang tidak asing buat kita semua. Sapa tak kenal weyy…. Satu jenama yang berkualiti. Nina  sukakan shampoo dia dan , scrub dia.  Korang tak pernah try sebaiknya korang cuba!

Meh Nina share sikit pasal Himalaya Shatavari ni…

Shatavari Himalaya – Milk Booster

Himalaya Shatavari adalah ekstrak herba tulen dan dianggap sebagai ramuan yang paling bermanfaat bagi wanita kerana secara keseluruhannya membantu mengimbangi sistem hormon wanita. Shatavari benar-benar menyuburkan dan membersihkan darah dan organ-organ pembiakan wanita menyebabkan ia menjadi sangat berkesan dalam meningkatkan kesuburannya.

Ia menyuburkan rahim dan ovum dan hampir menyiapkan organ-organ wanita untuk mengandung dan menghalang keguguran yang diancam.

Ia juga meningkatkan laktasi dan mengandungi phyto-estrogens, prekursor estrogen dan benar-benar sangat berguna untuk wanita yang mengalami tahap estrogen semula jadi yang rendah akibat daripada menopause, histerektomi atau oophorectomies.

Faham ke faham…?? hahaa…  Tak pe, Nina ringkas kan tuk korang kasi jelas akan khasiat dan manfaatnya

Manfaat Shatavari Himalaya

  • Berkesan dalam meningkatkan kesuburan dan mengawal ovulasi
  • Menormalkan rembesan hormon
  • Merawat gejala PMS dengan melegakan kesakitan dan mengawal kehilangan darah
  • Membantu dalam penyusuan ibu
  • Melegakan simptom menopouse seperti kilat panas
  • Sangat berfaedah dalam amenorea, dysmenorrhea, leucorrhea dan penyakit peradangan pelvik yang lain.
  • Membantu mengatasi keletihan, kesihatan fizikal dan mental, dan menyokong dan meremajakan tubuh
  • Herba berharga di Ayurveda digunakan untuk beribu-ribu tahun sebagai tonik pembiakan wanita.
HIMALAYA Shatavari Milk Booster
Tengok tuu … Lena baby Lysa tido. Abang Eilhan dok tunggu Baby Lysa bangun nak ajak main sama…

Review Nina

Milk Booster HIMALAYA –  Shatavari berkesan! Susu badan Nina meriah..

Nina suka! Sebab nya efektif pada Nina. Sepanjang dah hampir 2 minggu Nina consume Shatavari ni, terasa macam dalam pantang gitu. Breast ni rasa berat jerrr…! Penuh ngan susu kot macam dalam pantang.  Sebab sambil Eilysa minum susu, sebelah lagi ni mulalah basah. kena pakai breast pad…

Baby puas menyusu

Eilysa pun nampak lebih kekenyangan selepas selesai menyusu. Baby tido lebih nyenyak dan lama. Sempat laa mama nya nak update blog . Dapat laaa tulis citer tuk korang ni… hehe

Ibu rasa lebih bertenaga

Sejak amalkan Shatavari Himalaya ni , Nina rasa lebih bertenaga! Bila baca semula manfaat nya ..  Memang ada tercatat  ‘Membantu mengatasi keletihan, kesihatan fizikal dan mental, dan menyokong dan meremajakan tubuh’ . Oooo … Ok, no wonder laa

Yakin dengan Shatavari 100% vegeteable capsules

Belek-belek botol, Nina semakin yakin dengan produk berkualiti Himalaya. Halal dan diyakini sebab dia 100% vegeteable dan herba yang terpilih. Tiada pengawet dan bahan terlarang.

Info lebih lanjut korang tengok kat :

Fb Page Himalaya : https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia
Instagram Himalaya : https://www.instagram.com/himalayamalaysia/

Moga dengan tips dan cara banyakkan susu ibu yang Nina kongsikan sedikit sebanyak membantu korang untuk terus menyusukan baby sehingga baby korang 2 tahun.  Aamin…
Caiyok caiyok! Teruskan berusaha kerana usaha itu tangga kejayaan.

Related posts:

Daging Masak Kicap.. Mudah lagi cepat. Anak-anak pun suka...

Ayam Halia Black Pepper

Alhamdulillah.. Eilhan demam panas biasa jer tak perlu . . . . .

BEST ke , Bagus ke Anti Wrinkle Premium Cream Himalaya ?

Lifestyle Parenting Review Tips cara nak banyakkan susu ibuHIMALAYAmilk boosterShatavarisusu badansusu ibuTips parenting

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (18)

  1. Sueizza says:
    September 21, 2017 at 6:00 pm

    Memang terbaik produk2 himalaya ni.

    Reply
  2. fizafantagiro says:
    September 21, 2017 at 6:02 pm

    thanks for the info kak nina. fiza leh try nanti ni 🙂

    Reply
  3. TATI MANSUR says:
    September 21, 2017 at 6:04 pm

    Dengan adanya produk Himalaya Shavatari ni mama mama yang plan nak breastfeeding anak dah tak yah risau..

    Reply
  4. YB Shehan says:
    September 21, 2017 at 6:06 pm

    dah x menyusu. tapi tahu produk Himalaya ni bagus. boleh sajes kt kawan2 yg masih menyusu

    Reply
  5. Sal says:
    September 21, 2017 at 6:10 pm

    Serious..shatavari mmg best..dah jd teman setia Sal skrg..

    Reply
  6. mas saari says:
    September 21, 2017 at 6:13 pm

    Wahhh memang banyak khasiatnya, nanti nak cuba jugak masa pantang.

    Reply
  7. Shiqeen Sattar says:
    September 21, 2017 at 6:37 pm

    Info yg amat berguna utk para ibu

    Reply
  8. Leyla Nurjatiey says:
    September 21, 2017 at 6:52 pm

    info yg berguna..produk himalaya memang best..

    Reply
  9. Moha says:
    September 21, 2017 at 7:50 pm

    Ada produk macam ni lebih mudah kan? Kadang2 tak sempat juga nak jaga pemakanan dan buat semua tips menambah susu badan tu..

    Reply
  10. nadia johari says:
    September 22, 2017 at 12:56 am

    nampak sangat ramai guna dan berkesan..boleh cuba nanti lepas lahirkan adik fariza

    Reply
  11. Qaseh says:
    September 22, 2017 at 9:59 am

    Bestt , dah guna dan berkesan

    Reply
  12. umminani says:
    September 22, 2017 at 11:23 am

    Dah try juga. best. saat anak dh nak capai 2tahun ni ni sangat membantu. best.

    Reply
  13. Mama Kembar 3 says:
    September 22, 2017 at 3:48 pm

    Good infor nina, moga dpt membantu ibu ibu yg sedang berusaha menyusukan anak

    Reply
  14. lisak says:
    September 22, 2017 at 5:10 pm

    THanks untuk tips ini ya kak.. leh amalkan nanti

    Reply
  15. amirnawawi says:
    September 23, 2017 at 11:44 pm

    Saya pun guna produk Himalaya kak. Best!

    Reply
  16. atikah norbaki says:
    September 23, 2017 at 11:55 pm

    thank you for the info kak. boleh guna pakai bila dah ada baby sendiri nanti.

    Reply
  17. Mawardi Yunus says:
    September 25, 2017 at 9:45 pm

    saya pun one of pengguna produk dari himalaya ni. dari hujung rambung ke hujung kaki ha

    Reply
  18. hiburanpengetahuan says:
    September 27, 2017 at 9:54 pm

    info yang sngt bermanfaat…bukn stakat wanita saja yang harus tahu ni….lelaki yang berumah tangga juga harus mengambil tahu..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes