Bendi masak apa sedap?
Selalunya korang masak apa ngan sayur bendi? Bendi masak asam rebus, masak sambal, goreng tepung atau asam pedas? Atau tak pernah beli pun…. sedap ke bendi?? Kot ada yang tak pernah makan lak kann…. Sedap laa..!! hehee.. Apa menu yang menjadi pilihan hati korang? Bendi Asam Rebus Sedap
Maklumlah, bendi adalah sayuran yang kurang femes berbanding kobis, sawi. Kadang kita selalu nampak bendi dimasukkan sebagai sampingan dalam kuah kari, asam pedas, asam rebus kan…..
Kalau tanya Nina.. Bendi masak asam rebus aje … Mudah dan cepat. Sebelum ni pun Nina dah pernah share Resepi bendi yang mudah ni. Hanya campak-campak, rebus, mendidih – siap!. Nina sukakan kuahnya yang masam, pedas, sesuai buat hirup-hirup.. Kalau demam, dengan tekak payau – menu yang agak masam gini yang menjadi pilihan Nina.
Bendi juga punya banyak khasiat yang tidak kurang hebatnya. Ada artikel mengatakan , Orang yang punya kencing manis, elok amalkan makan bendi atau kuahnya. Rebus bendi, pastu amalkan minum air rebusannya. Paling senang buat aje lauk Bendi Masak Asam Rebus. Pasti berselera makan ngan nasi. Nina bukannya expert sangat pun bab ni, sekadar perkongsian petua orang dulu-dulu… Nina muda lagi tau, jangan lak pasni panggil nenek lak! hahaha . . .
Sebelum Nina melalut jadi mak-mak nenek, jom tengok resepi mudah dan cepat tapi sedap ni.. Kot mana yang tak pernah beli bendi atau masak bendi, meh ler try menu senang ni. .. belajar-belajar lah menu lain pulak yaa. Hehe… Nina tak paksa tau! Resepi ni pun bagus untuk korang yang diet tuu.. tak de minyak, tak de kolestrol, tak de lemak, tak de MSG. Sedap seyhh …. Part kuahnya paling win! Bukan ayat memujuk.. huhuuu . . . .
BENDI MASAK ASAM REBUS
Bahan-bahan
10 batang Bendi – terpulang banyak mana nak masak.
1 biji bawang besar – dimayang
5 keping cili kering – potong dalam 2inch (nak pedas letak cili padi lagi sedap!)
2-3 keping asam keping
Sedikit ikan bilis – tumbuk-tumbuk atau gitu aje (udang kering pun sedap)
Air
Garam secukup rasa
Cara penyediaannya
1- Bendi dicuci bersih dahulu. Kemudian potong sikit pangkal dan hujungnya.
2- Masakkan kesemua bahan dalam periuk kecuali bendi masak hingga mendidih
3- Selepas mendidih masukkan bendi dan masak seketika. Jangan lama sangat nanti lembik tak sedap. Perasakan dengan garam secukup rasa.
4- Tutup api dan sedia dihidangkan
sambil makan ngan nasi panas, memang layan lauk bendi asam rebus ni… makan tuuu, ingat-ingat sikit orang belakang belum makan ni .. hehe . . .
Orang demam memang syiokk layan hirup kuahnya. wallaaa~
Amacam? Senang jer kan…. Hanya campak-campak, rebus sampai mendidih pastu siap! Bendi ni kan, tak perlu masak lama sangat. Lembik tak sedap. Agak-agak kuah dah mendidih, dalam 30saat-1minit dah boleh tutup api. Fuhh …. heaven seyhhh hirup-hirup kuahnya! Slurppp slurpppp~
memang sedap masak gini. simple dan sihat. :))
tak suka makan bendiiiiiii , mungkin sebab berlendir ..hehhe
campur dlm asam pedas pn sodappp ni
SEdapnya!! tapi x suka masak sayur. hehehehe