As’salamualaikum dan Salam Sejahtera…
Gambar ..
Apa ada pada sekeping gambar? Gambar adalah satu medium komunikasi. Ia bertindak sebagai penyampai cerita dari apa yang kita lihat di atas sekeping gambar. Maklumat nya haruslah tepat dan jelas. Apa yang ingin disampaikan dalam sekeping gambar? Adakah gambar tersebut menggambarkan apa yang tersirat? Susah ke nak dapatkan gambar yang cantik? Camner?
Sekarang ni ramai aje yang ambil gambar dari handphone dan masih ramai yang menggunakan camera terutama DSLR. Tidak dinafikan , DSLR menghasilkan sebuah gambar yang amat cantik dan terbaik. Tapi …. Perlu tahu teknik yang betul baru gambar menceritakan apa yang ingin disampaikan. Setakat auto baik pakai semakphone macam Nina aje …. Dan… Teknik asas nya mudah aje. Tak susah mana pun. Kalau susah Nina pun tak rela you hehee . . . . Tak suka stress
Alhamdulillah, baru-baru ni Nina berpeluang mempelajari teknik fotografi yang dianjurkan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari. Bengkel tersebut banyak memberi pendedahan fotografi buat Nina. En. Adhadi Mohd berkongsi akan tips dan teknik fotografi buat kami semua. Walaupun Nina tak punya DSLR, namun ilmu yang dicurahkan amat bagus dan bermanfaat buat Nina. Antaranya Nina kongsikan sikit **sikit jer tau** ngan korang..
Cahaya
Peranan cahaya amat penting dalam sesebuah gambar. Cahaya yang terlalu terang akan mengakibatkan terjadinya noise. (Bintik-bintik kecik berwarna putih). Dan gambar yang terlalu gelap tidak menyampaikan cerita yang tepat. Sebaiknya guna cahaya lembut dan semulajadi. Contoh cahaya gelap sebelah, menghasilkan gambar yang Dramatik. Cantik kann…?
Latar Belakang
Latar Belakang merupakan faktor penting dalam sesebuah gambar. Ia menceritakan lokasi dan persekitaran yang ada. Contohnya di taman, pantai, pasar malam dan sebagainya. Kalau gambar tuu belakangnya sekadar warna biru kosong, dah jadi macam gambar pasport. Iyer tak? Hehehe ….
Dah pakai DSLR perlu tahu setting camera. Pemilihan setting yang penting adalah ISO, Shutter dan Appecture. Ini adalah faktor penting yang akan menghasilkan gambar terbaik, gambar yang cantik, efektif dan memberi makna penceritaan . Untuk mendapatkan setting mudah ini korang dapat pelajari melalui kelas Fotografi En. Adhadi. Meh Nina kongsikan sikit apa yang ada dalam video beliau.. Tak rugi tau..!! Nina suka video ni…
Semasa sesi pembelajaran, Nina suka cara penyampaian beliau yang bersahaja, relax dan mudah difahami. Selain teknik teori, beliau juga mengajar kami teknik snap gambar indoor dan outdoor. Teknik pencahayaan, latar belakang yang telah kami pelajari dipraktikkan agar kami lebih faham. Bagus kelas beliau. Seronok!
Beliau juga ada menyediakan CD buat rujukan andai yang berminat nak belajar tapi tinggal jauh dan tak dapat joint kelas beliau. Jangan risau, Video ini dalam Bahasa Melayu. Rakyat Malaysia tak kan tak faham Bahasa Melayu lak kannn….
Nah …. Sekarang dah tak susah pun nak belajar teknik fotografi DSLR . Untuk hasilkan gambar terbaik yang penting asas nya perlu tahu teknik dan setting dulu camera anda. Semua nya ada dihujung jari. Untuk maklumat lanjut, boleh layari
Website : www.adhadi.com
Facebook: www.facebook.com/adhadimohdIII
Instagram : www.instagram.com/adhadi_mohd
Terbaik kak nina..
Fuuuh terbaik entri ni. Rugi x gi seminar kbba hr tu