Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama HATIMU SEDINGIN SALJU
June 29, 2021June 30, 2021

Drama HATIMU SEDINGIN SALJU FUll Sinopsis Episod Akhir Tonton Online

DRAMA HATIMU SEDINGIN SALJU Full Sinopsis Episod Akhir Tonton Online

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis DRAMA HATIMU SEDINGIN SALJU
2 Related posts:
3 Produk Himalaya ada di Constant Pharmacy KIPMall Kota Warisan
4 Akhirnya berpisah jua...
5 Apam Beras . Gebus nyerrr Mekar cantik lak tu ...
6 MY MELTY HERSHEY & Step by step to do....

Sejak tertonton watak Zarul lakonan Hisham Hamid dalam Drama trending CUKUP DERITA ITU bergandingan dengan Ruhainies not bad kannn lakonan beliau?
Dalam Drama baru Slot Akasia kali ni beliau bergandingan dengan Aprena Menrose pulak. Ternyata Hisham Hamid mempu jadi hero drama. Ok kann?

Sejak terlayan drama HATIMU SEDINGIN SALJU suka watak adik Arman dan bff Rania tuu.. Sempoi jer! Lagi memantapkan drama ni tentu aje lakonan hebat Maria Farida yang always cun melecun macam anak dara. Serius laaa tak penat ke jadi cantik sentiasa? HAhaaa.. Orang cantik kann, lakonan pun natural seronok laa kita nonton. Ok jom baca sinopsis Drama Hatimu Sedingin Salju ni.. Adakah bakal trending?

DRAMA HATIMU SEDINGIN SALJU

Sinopsis DRAMA HATIMU SEDINGIN SALJU

Mengisahkan tentang Arman (Hisham Hamid) sanggup korbankan cintanya terhadap Rania lakonan Aprena Menrose selepas mengetahui rakan baiknya, Haikal (Fadlan Hazim) menaruh harapan kepada wanita itu. Sejak daripada itu, Arman hanya mampu memendamkan perasaannya sehingga pada satu tahap dia sudah berputus asa untuk bercinta lebih-lebih lagi apabila mengetahui Rania dan Haikal sudah bertunang.

Arman kemudian mula menyibukkan dirinya dengan mengurus syarikat yang diwarisi daripada bapanya, Datuk Jamal. Hal ini membuatkan Datuk Jamal (Mustafa Kamal) dan isterinya, Datin Mimi (Maria Farida) bimbang dengan kehidupan peribadi anak lelaki mereka itu yang sudah mencecah usia 33 tahun tapi masih belum fikirkan soal cinta kerana sibuk bekerja.

Pada suatu hari, Datin Mimi, Datuk Jamal dan adik Arman iaitu Nabil (Hafeez Mikail) mulakan ‘plan’ untuk mempertemukan Arman dengan bakal isterinya. Untuk menyempurnakan rancangan tersebut, Nabil telah memujuk Arman menemaninya bercuti ke sebuah resort di Langkawi. Di sana, Arman tidak sangka dia akan bertemu semula dengan Rania iaitu wanita yang pernah dicintainya pada suatu ketika dahulu.

Arman dan Rania mula rapat dan siapa sangka, dalam diam sebenarnya Nabil telah menaruh hati kepada Rania. Sejak itu, hubungan Arman dan Nabil mula dingin. Malah pelbagai dugaan dan rintangan yang datang dalam kehidupan Arman, Nabil dan Rania.

Adakah Arman akan korbankan cintanya sekali lagi ataupun Nabil yang akan beralah?
Siapakah yang berjaya memiliki hati Rania?
Mampukah mereka hidup dalam satu keluarga yang aman dan harmoni?

JUDUL : HATIMU SEDINGIN SALJU
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 24 Jun 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Shida Zali, Mia Marziah Manaf, Ema Shamsuri, Azril Hamzah
PENGARAH : Bahri Uma
PRODUKSI : Orangetree Production
PELAKON : Hisyam Hamid, Apreena Manrose, Hafeez Mikail, Bella Dowanna, Mustafa Kamal, Maria Farida, Rahim Jailani, Zila Bakarin, Khaty Azian, Scha Eliana, Zaefrul Nordin, Aleza Shadan, Fadlan Hazim, Idzham Ismail, Mathni Razak, Ziema Din, Liza Semron, Omar Rizal, Saifullah Mohd Yunus, Natasha Elyzza, Alif Hilman, Ezzaman Othman

DRAMA HATIMU SEDINGIN SALJU


WATAK PELAKON 
Hisyam Hamid sebagai Arman
Apreena Manrose sebagai Rania
Hafeez Mikail sebagai Nabil 
Bella Dowanna sebagai Syena
Fadlan Hazim sebagai Haikal
Mustafa Kamal sebagai Datuk Jamal
Maria Farida sebagai Datin Mimi
Rahim Jailani sebagai Mahfuz
Zila Bakarin sebagai Noraini
Khaty Azian sebagai Normala
Scha Eliana sebagai Melissa 
Zaefrul Nordin sebagai Datuk Hisyam
Aleza Shadan sebagai Datin Afifa
Idzham Ismail sebagai Huzair 
Mathni Razak sebagai Rizki 
Ziema Din sebagai Sarah
Liza Semron sebagai Mira 

LAGU TEMA (OST)
Sarah Suhairi – Andaikan
Komposer : Sharon Paul
Lirik : shah Shamshiri 

Pastinya drama ni penuh dengan konflik kekeluargaan antara adik beradik, turutkan kasih ibu dan persahabatan. Apapun lokasi drama ni cantik kannn?
Drama ‘Hatimu Sedingin Salju’ bakal ditayangkan di slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Hisyam Hamid, Apreena Manrose, Hafeez Mikail dan Bella Dowanna. Drama bersiri 28 episod arahan Bahri Uma. Disiarkan bermula 24 Jun 2021, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3.

Buat yang terlepas siaran dont worry! Sebab korang still boleh tonton online Drama HATIMU SEDINGIN SALJU sejam kemudian di platform penstriman iQiyi melalui www.iQ.com atau muat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store. PERCUMA jer..!! So no rushing, santai relax jer nonton lewat malam nanti.

Related posts:

Produk Himalaya ada di Constant Pharmacy KIPMall Kota Warisan

Akhirnya berpisah jua...

Apam Beras . Gebus nyerrr Mekar cantik lak tu ...

MY MELTY HERSHEY & Step by step to do....

Drama Movie Lifestyle Review Drama bestDrama sangatDrama Terbaik 2021drama TV3 7pmHafeez MikailiQIYISinopsis DramaSlot AkasiaTonton Drama OnlineZila Bakarin

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. Tutuapp says:
    February 14, 2022 at 3:33 pm

    Being single also means you get to choose your destination. You don’t have to compromise or go somewhere you have no interest in being. The choice is all yours.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes