TIPS SEBELUM SELEPAS VAKSIN COVID19
Beberapa minggu yang lepas Nina ada temankan mama Nina dapatkan suntikan vaksin. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, dipermudahkan dan tenang. Cuma Nina jer yang over nervouse tapi mama sangat cool! Excited dia nak pi cucuk vaksin. Dia kata
“Aku nak cucuk vaksin nak lindungi diri dan orang sekeliling yang aku sayang!”
Bagus bersemangat kann Mama Nina!
Hari yang dinantikan pun tiba. Mama bersiap awal. Dah pesan sesiap, mesti makan sarapan dulu sebelum kita keluar.
Alhamdulillah Nina ada persiapkan diri dengan pembacaan perihal vaksinasi dan terangkan pada mama Nina TIPS Sebelum Selepas Vaksin Covid19 Yelah.. Atleast kena lah tau apa perlu buat dan apa andaian akan terjadi nanti kannn? So Nina share sini untuk rujukan korang jugak. Jommmm get ready!
TIPS SEBELUM SELEPAS VAKSIN COVID19 Warga Emas
Alhamdulillah mama dah selesai cucuk 1st dose vaksin dan selesai jugak 2nd dose vaksin pada 17/6/2021. Tahniah mama!
Semoga mama tiada sebarang alahan hendaknya dan vaksin ini serasi dengan mama. Dan seperti niat mama nak lindingi diri dan semua dimakbulkan. Aamiinnn…
Dan syukur sangat mama takde alahan teruk kesan dos kedua vaksin covid 19 ni. Deman sikit jer dan adalah cirit-birit sikit dalam sehari gitu. Lepas tu dah ok. Alhamdulillah
APA PERLU BUAT SEBELUM VAKSIN
TIPS SEBELUM SELEPAS VAKSIN COVID19
Sebelum pergi mendapatkan suntikan vaksinasi Covid, sila lakukan perkara berikut
1. Makan sebagaimana biasa dan Jangan pergi dengan perut kosong.
2. Minum air suam sekurangnya 250cc. Cara ini akan mengurangkan ketidakselesaan, kesan sampingan akibat suntikan.
3. Ingat, jangan minum minuman sejuk samada sebelum atau selepas suntikan. Prosedur ini sangat penting untuk suntikan ke-2 kesan ketidakselesaan, kesan sampingan dari suntikan ke 2 lebih banyak berbanding dengan suntikan pertama.
4. Pakai baju yang senang nak selak bahu. Baju loose di lengan. Terutama utk wanita.
5. Seluar berpoket supaya senang nak reach for your handphone. Handphone please fully charge sebab banyak sangat checkpoint and semua guna phone.
6. Naik grab/minta orang hantarkan sebab banyak sungguh kereta. Nanti takyah pening2 cari parking.
7. Sila check siap2 dimana station anda dalam mysejahtera app sebab semua kena beratur ikut station.
8. Mask on! (Additional face shield is good too- double ). Bawak hand sanitizer, spray , tisu.
9. Paling penting PEN. Ada kena isi form dan takkan nak share pen dengan org lain pulak. elak pinjam daripada orang lain. Ataupun kalau orang pinjam pen kita, bagi jela terus. Ole-ole gitu tanda kenangan. Hehee
10. Dah bawak sanitizer dengan spray tu sila guna sebab memang terlampau ramai manusia. Jangan sentuh sana sentuh sini terutama muka.
Ceritera mama Nina simpan sini sebagai kenangan. Sebelum ni Nina pernah coretkan kenangan hadiahkan Mama spek mata baru di Kedai Cermin Mata Murah Viral.
Spek mata tu murah je. RM270 jer harganya spek mata ada power tukar gelap. Murah kannn? Tapi Mama ketara Mama seronok! Terserlah kat mata dia rasa bahagia tu. , Nina pun sama tak terkata happynya! Yelah . . . Dapat berbahagiakan Mama ni seribu rahmat nikmatnya.
Simpan Sini ceritera Mama Cucuk Vaksin. Ini lah pengalaman kita
Ok sambung citer Mama cucuk vaksin. Sebab Mama dah sedia maklum tips sebelum selepas vaksin so nampaknya Mama relax cool jer
Bersemangat nak cucuk vaksin. Dia kata aku nak lindungi diri dan orang sekeliling dari wabak cobid. Nina yang tolong hantar ni yang nervous
Over sungguh sampai masuk mimpi semalam. Lawak aihh.. HAhaa
Masa nurse nak cucuk, nina yang dok tanya Mama ok. Mama ok? Sikit jer mama.. Tak sakit pun nanti. Konon…. Padahal Nina yang berpeloh-peloh rasa tak cukup udara.
Nurse tadi pun lembut jer.. Tau tau dah siap. Mama pun tak perasan. Alhamdulillah..
So far thumb up! Very smooth. Cepat, teratur dan memudahkan semua prosesnya.
Tips Sebelum Selepas Vaksin. Datang awal pastikan diri sihat
Buat yang MakPak akan cucuk kat sini FRIM, disarankan korang takyah datang awal sejam sebab guard kat luar tak bagi kete masuk. Nanti kena parking kat luar FRIM dulu. Guard hanya beri kete masuk 15-10 minit sebelum waktu cucuk. Sebab kat dalam sesak takde parking. Dan rasanya semua tempat pun sama kot, datang pada waktu yang ditetapkan tak perlu datang awal berejam. Just nice 30 minit sebelum waktu yang ditetapkan.
Tapi jangan risau, sebab semuanya very smooth. Datang awal 10 minit, masuk terus dapat parking (kat area padang depan dewan – pepandai laaas nyelit) pastu terus masuk Q. Dan step step seterusnya smooth jugak. Tak lama pun proses menunggu. Ada beberapa bahagian, isi borang, doktor check dan sign surat pengesahan bersetuju nak cucuk vaksin dan kemudian cucuk.
Selepas cucuk, kena tunggu kat ruang pemantauan dalam 15 minit. Nama akan dipanggil, dapat kad appointment untuk 2nd dose. Settel..
Untuk 2nd dose lagi cepat! Tips sebelum selepas vaksin 2nd dos sama jer macam 1 st dos. Kena pastikan diri sihat semasa menerima vaksin.
SAYA TELAH DIVAKSIN
Sempoi kannn Abah Nina? Alhamdulillah Abah pun dah selesai 1st dos vaksin. Abah pun Nina dah brief sesiap awal-awal perihal Tips Sebelum Selepas Vaksin . Apa yang do and dont. InsyaAllah moga 2nd dos nanti pun dipermudahkan seperti mana Mama Nina.
Dan vaksin ni pun serasi ngan Abah. Aamiinn . . .
Anak-anak, luangkan lah masa, temankan ibubapa cucuk vaksin
Cuma yang mana MakPak nak pi cucuk tu sebaiknya anak teman kan. Ini pun antara tips sebelum selepas vaksin. Tunjukkann keprihatinan dan tanggungjawab kita sebagai anak.
Bukan apa, hari tu semua warga emas so depa ni tak berapa nak tulis isi borang. Terkial-kial. Siannn… Ada yang terpaksa tunggu turn frontliners isikan dan minta tolong orang sekeliling bantu. Memang ada frontliners yang membantu tapi kalau anak ada lebih memudahkan dan mempercepatkan urusan. Kannn?
Alhamdulillah Nina diberi peluang temankan mama, cuma abah jer Nina tak berpeluang (takde rezeki) temankan. Huhuuu . . .
APA PERLU BUAT SELEPAS DI VAKSINASI
11. Dah balik tu jangan lupa mandi/basuh tangan/tukar baju. Sebab kita jumpa ramai sangat orang dan dengan case sekarang ni ramai yg takda simptom pun. Be extra careful!
12. Jangan lupa selfie , saya telah divaksinasi ni #OneForTheMemories . Biasanya ada booth kat sana. SAYA TELAH DIVAKSIN
13 . Setelah vaksinasi, ketika berehat, minum lagi secawan air suam bersuhu bilik (250cc) lagi.
14. Tidak berjalan / bersenam selama 5 hari berikutnya. Rehatlah sepenuhnya di rumah.
15. Vaksinasi akan memberi kesan yang sebenarnya setelah 2 minggu selepas dos kedua, kerana itu jangan bersikap ambil mudah dan jangan berada di luar rumah.
Oleh itu, berhati-hatilah dan sebaiknya tinggal sahaja di rumah sehingga 2 minggu lebih untuk dos kedua.
15. Akan ada sedikit demam selepas vaksinasi, makan panadol selepas vaksin jika demam tetapi jika demam berlanjutan hingga hari ke-3 … maka segeralah dapatkan rawatan di hospital.
So korang boleh lah berpesan-pesan pada MakPak korang perihal tips sebelum selepas vaksin Covid19 ini. Warga Emas ni memang kena terangkan betul-betul. (seperti mesti berehat dan jangan bersenam). Side effects vaccine, kesan dos pertama dan kedua semua tu kena diceritakan agar mereka mempersiapkan diri sebaiknya mental dan fizikal. Oh ya tambahan jangan makan durian! Hehee . . .
Sila kongsikan maklumat ini untuk kebaikan warga emas yang akan mendapat vaksin dan termaksuk kita juga.
TERIMA KASIH FRONTLINER!
alhamdulilah semoga kita semua dilindungi oleh Allah swt
Wow That’s a lot of tips. Thanks for wrangling them all!