Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

March 2, 2016May 18, 2018

Resipi Mee Kuah Tomato … Tak pedas buat anak-anak

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Menu makan malam antara menu yang  jenuh fikir nak masak apa. Kadang tuu memang buntu kotak fikiran. Lately ni pula, keinginan nak makan jatuh merundum so bila nak makan pun tak tahu, apatah lagi nak fikir menu untuk dimasak. Huhuuu . .  .

Isi Kandungan hide
1 Mee Kuah Tomato Tak Pedas Mudah Sedap
2 Related posts:
3 Makeup remover vs Micellar Water apa BEST?
4 Resepi Tauhu Bunga Terbalik Berinti yang mudah ...
5 KBBA Blogger's Day Out 2015 : Part Two... More havoc lagi hapening! Kenangan terindah buat family KB...
6 Jemput makan - Jemput-jemput ikan bilis

Tapi bila dah hari-hari dok makan nasi, jemu dibuatnya. Malam tadi, dalam pada dok buntu akhirnya Nina masak aje Mee Kuah Tomato yang paling ringkas. Janji ada menu dan apa yang tersedia itulah akan dimakan. hehee… ***Sekarang ni memang malas sangat nak masak waima makan pun!!*** Jangan jeles kalau ai kurus! Perasan tak sudah. Hahaha . . . .

Resipi Mee Kuah Tomato (klik) ni pernah Nina share kan beberapa tahun yang lalu. Dah lama daaa…. Ini antara menu ringkas cepat siap dan sesuai kalau tetamu tetiba jelma depan rumah. Cuma bahan-bahan nya asal ada belasah aje letak dalam kuah sebagai rencah. Standby aje fish cake, fish ball, sawi, ayam sikit, daging sikit, udang ker …. boleh buat rencah.

Kalau apa pun tarak ______________ hurmm…. Air tea o sama biskut aje laaa.. Itupun kalau ada biskut! Hahaa . . . Tak baik gitu, layanlah tetamu sebaiknya. .. Tidakpun beli laa Rojak ke, Ayam golek ke, Roti Canai ke, senang-senang … Order aje delivery. Sekarang ni macam-macam ada! Semua dihujung jari.

Meh tengok resepi ringkas mudah dan cepat Nina ni… kot ianya kena ngan selera korang boleh laa masak untuk tetamu yang  tiba-tiba jelma nanti.

Mee Kuah Tomato Tak Pedas Mudah Sedap

Mee Kuah Tomato Tak Pedas Mudah Sedap

Bahan-bahan
600g mee kuning (nak ganti ngan bihun pun ok)
300g daging/ayam yang dipotong kecil (kali ni Nina tak letak)
300g udang
300g sawi
5 kelopak kobis (pun tak letak)
1 tin kecil tomato puri (kalau nak ganti ngan sos tomato pun ok, cuma kurang kick! sebab sos tomato masam sangat)
1 mangkuk air
1/2 sudu teh serbuk lada putih
2 biji bawang besar – dihiris halus
4 ulas bawang putih – dikisar (Nina ketuk ajer)
12 tangkai cili kering – dikisar
2 biji telur (Nina tambah)
Beberapa chicken ball dan fish cake
Setangkai daun sup dan daun bawang
Garam dan gula secukup rasa
Air tepung jagung (untuk memekatkan kuah)

Cara penyediannya

1- Panaskan minyak diatas kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi
2- Masukkan cili kering yang telah dikisar dan serbuk lada putih. Kemudian masukkan daging/ayam, udang, tomato puri dan air
3- Apabila mendidih masukkan kobis dan sawi. Kacau rata-rata. Pecahkan telur, biar seketika
4- Masukkan air tepung jagung untuk memekatkan kuah. (kepekatan kuah bergantung pada citasa individu)
5- Kemudian masukkan mee kuning. Kacau rata lalu tutup api. Masukkan daun sup dan daun bawang  semasa menghidang. Boleh juga menambah bawang goreng atau cili jeruk jika mahu.
 
Selamat mencuba!
Amacam? senang kan… sap sap suiii aje! Campak-campak aje apa jua rencah yang ada dalam fridge tu. Usah dok fening-fening macam Nina. Bikin stress aje nanti… Nanti keluar lak kedutan brownies kat muka lagi stress! hhahaha . . . .

 

 

 

Related posts:

Makeup remover vs Micellar Water apa BEST?

Resepi Tauhu Bunga Terbalik Berinti yang mudah ...

KBBA Blogger's Day Out 2015 : Part Two... More havoc lagi hapening! Kenangan terindah buat family KB...

Jemput makan - Jemput-jemput ikan bilis

Lifestyle Resepi MeeMee Kuah Tomatomenu anak susah makan nasimenu minum petangmenu tak pedasresepi mudahresipiresipi segera siap

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. Tutuapp says:
    March 2, 2022 at 7:28 pm

    Whether you’re going out for coffee or a night on the town, we’ve got the tips and tricks you need. So, keep reading for the best tutorial on applying makeup for a first date.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes