Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

November 27, 2015October 15, 2022

Jom sertai #YeosCharityChallenge dan menang RM1000 sempena Wajah Baru YEO’s

Sapa suka minum air YEO’s ??
Yeo’s – Nama yang tidak asing lagi buat kita semua sejak dari zaman kanak-kanak. Nina juga antara jutaan yang suka kan air keluaran Yeo’s. Paling Nina suka Teh Kundur, Laici dan Teh Ais Limau. Rangkaian lain – Krisantimun, Teh Hijau, Tebu dan Susu Soya juga punya standard rasa yang hebat juga. 
Seiring dengan kualiti rasa yang tetap sama, pihak Yeo’s telah transfomasi wajah baru produk mereka. Peralihan zaman membentuk kita semakin matang begitu juga Yeo’s Malaysia. 
Dari kiri : Tan Kai Hong, GM – 1st Vice President, Sales ; Lee Hon Seng, Senior Vice President Sales, Malaysia & Indonesia; Ong Chay Seng, Group Vice President , Yeo’s Malaysia & Indonesia; Vincent Chui, 1st Vice President, Marketing


Semalam 26hb November 2015 bertempat di Aloft KL Sental, berkonsepkan design wajah baru yang lebih moden dan segar di tampilkan. Ianya berkonsepkan ‘Pelangi Hijau’ melambangkan Kebaikan Semulajadi, Segar dan Keharmonian. Masih mengekalkan kualiti rasa yang tetap sama dan mengekalkan nutrisi, khasiat dan rasa ‘less sugar’ seperti yang telah lama kita nikmati sebelum ini. 

Sempena nafas baru ini, pihak Yeo’s Malasyia melancarkan segmen ‘Cabaran Amal Yeo’s Ceria Ria Pelangi Hijau’ untuk mengumpulkan dana sehingga RM100,000 untuk enam buat rumah kebajikan terpilih di Malaysia. Bagus kann?? 
Sekali membeli kita sesama beramal. Mudahnya mendapat pahala.
 
Jom sesama joint dengan menghasilkan video berdurasi 30saat (kejap jer, tak payah lelama sampai nak buat movie punnn) atau lagi mudah snap aje gambar kita bersama produk design wajah terbaru ini pastu upload jer kat fb ke IG dengan letakkan hashtag #yeoscharitychallenge. Mudah kan…??
Nak tau apa hadiahnya..?? Jeng jeng jenggg~
Setiap minggu peserta berpeluang memenangi RM1000 (Wow… banyak ni, nak joint, nak joint. Dan Nak Menang..!!.) dan ianya berlangsung selama 14 minggu! Cepat joint dan rebutkan peluang yang ada, mana tau rezeki menang nanti. .. Tuah manusia siapa yang tahu ye tak?


Design baru ni dah boleh beli di mana-mana kedai runcit, stesyen minyak, pasaraya dan hypermarket store. 

Boleh laaa usha-usha kot mana yang berkenan. Ada dalam bentuk kotak 250ml dan 1L. Dan ada juga bentuk botol ‘isian-sejuk’ dalam 350ml, 500ml dan 1.5L 
Nina suka beli botol yang besar terus, senang bawak dan sesuai untuk seisi keluarga…

 


Ppsstt >>>> yang mana joint contents kot menang nanti belanja Nina ehh…. Hehehe
Atau doakan Nina menang nanti …!! Nnggeee
Maklumat lanjut, layari www.yeos.com.my

Related posts:

Tak pandang lain daaa... NuMee Gardenia jer pasni!
Sapa sangka The Regency Hotel KL punya view KL paling cantik
Apam LABU !!. Biarkan Si Luncai terjun bersama Labu-labunyer.. Biarkan~~
Telur Mata Masak Masam Manis
Lifestyle Review contestInfoInfo - Food ReviewInfo - SemasaReviewYEO'SYeos Charity Challenge

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes