Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

December 2, 2015October 30, 2020

Simple Strawberry Cake.. Senang, blend aje!

simple strawberry cake blend
As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Baru-baru ni cuti sekolah Nina sekeluarga ke tempat yang nyaman lagi dingin (idok ler sejuk mana punnn sana) yang berpancaroba gigih untuk sampai ke sana. Cabaran anak-anak mual mabuk sepanjang perjalanan. Mujur dah siap sedia plastik untuk mereka. Paling rare Yana, dah inform akan pening nanti, naik aje kereta dia terus tido sampai destinasi. Settel! Hahahaa…. Bijak dia. 
 Balik dari Cameron Highland stok strawberry banyak dok melambai-lambai ala model.suh perabih kan. 
Resepi Simple Strawbery cake blend yang senang ni Nina apditasikan dari resepi orange blend. Sebelum ni Nina dah pernah share dulu. Kali ni Nina bikin lagi sempena birthday gang.
Happy birthday my gang. Moga diberi kelihatan yang baik walafiat, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam lindungan Allah. Aamiin. . . . 
Jom tengok resepi mudah dan cepat ni…
simple strawbery cake blend

Simple Strawberry Cake

Isi Kandungan hide
1 Simple Strawberry Cake
2 Related posts:
Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan:
Bahan A:
1 cawan buah strawberry yang dah di potongan kecik
3 biji telur
1 cawan gula
1 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)

Bahan B:
Beberapa biji buah strawberry dipotong kecil (tak letak pun ok)
1/2 st pewarna pink
2 cawan tepung gandum naik sendiri – diayak dulu

Cara-cara:
1- Panaskan oven 170’C. Alaskan loyang berukuran 7″ dengan dengan baking paper dan sapu sedikit keliling loyang dengan minyak dan ketepikan.
2- Kisar halus semua bahan A. Kemudian masukkan ke dalam bowl.
3- Masukkan ke dalam bowl perisa strawberry dan pewarna pink, kacau rata menggunakan spatula.
4- Masukkan tepung gandum naik sendiri  sedikit demi sedikit, kacau kaup balik sebati.
5- Kemudian masukkan strawberry yang telah dipotong kecil ke dalam bowl. Kacau rata.
6- Tuangkan adunan ke dalam loyang yang disediakan tadi, bakar selama 1 jam atau sehingga masak.
7- Periksa kek samada dah cukup masak atau belum dengan mencucuk dengan lidi di tengah kek, jika lidi keluar bersih maknanya kek telah masak.
8- Setelah masak, telangkupkan kek atas jaringan, keluar kan posisi asal dan sejukkan kek sebelum dikeluarkan dari loyang.
9- Sedia dihidangkan

Sangat sesuai ngan topping cream cheese. !!
Wallaaa~





Related posts:

Day10 EGG BENEDICT Menu Acah Omputeh English Style Bekal Sekolah Eilhan hari ni
Apa yang BEST di LEGOLAND | FAMILY DAY KBBA9 happening enjoy bersama keluarga
Makeup remover vs Micellar Water apa BEST?
Eilman masak? Ya anak lelaki pun perlu tahu masak dan buat keje rumah
Lifestyle Resepi blend kekcakeCeritera NinaResepiresepi mudahstrawbery cake

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes