Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

PENGALAMAN UJIAN UKKM MRSM
December 29, 2022February 23, 2023

PENGALAMAN UJIAN UKKM MRSM PKSK KE MUAR KITA!

Alhamdulillah selesai sudah shortrip terkejut teruja tiba-tiba ke MUAR. Ada apa kat MUAR? Kenapa lak trip tiba-tiba? Haa… mah nak story mory. Baru hari ni punya ruang dan peluang waktu untuk berkongsi ceritera kisah  Eilman dan pengalaman Ujian UKKM MRSM baru-baru ni.

Macam biasa bila dah mohon MRSM tentunya tarikh ujian yang ditunggu-tunggu. bakal pelajar MRSM harus menduduki Ujian UKKM MRSM sebelum mereka layak bersekolah di mana-mana MRSM terpilih. Bukan senang nak terpilih. Ramai oooo yang mohon seluruh Malaysia.
Link semak keputusan MRSM SPB Sekolah Khusus tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/

Bila semak, terteranya tarikh sekian, lokasi sekian sekian. Luahan pertama yang terkeluar is Alhamdulillah dah ada tarikh ujian! Yeayyy… Eilman eilman nama dah naik, dah ada date, nanti pegi Ujian UKKM. Seronok bukan kepalang laa..  Cumanya tarikh tu short notice. Mau tak mau, inilah hari terpaling terpenting buat Eilman. Yeszaaa

PENGALAMAN UJIAN UKKM MRSM

Sekali tengok lokasi. Eerrkk… MUAR!
Awat dekat sangat? 4 jam perjalanan ke Muar. Musykil nya kitaorang takde pun mohon  MRSM MUAR.
Ghisauuuu.. Hot school tu! Pujuk hati, its ok. Ini lah ketentuan dan rezeki buat Eilman. Sedangkan ramai lagi belum dapat tarikh pun lagi. Pulun laa..

Sejurus lepas Geng balik keje sesiap mandi terus bertolak ke MUAR, perjalanan hari Jumaat biasa laa jammed sana sini dan akhirnya sampai dalam pukul 10:30pm. Makan malam di Terminal bas. Meriah situ! Pelbagai menu ada. Ada banyak stall. Tapi kitaorang bungkus je sebab anak-anak dah penat dan Eilman perlukan rehat secukupnya besok.  Anyway , terima kasih pada kengkawan yang komen kat facebook Nina untuk posting makan malam sedap kat mana Muar masa Nina dalam perjalanan .

PENGALAMAN UJIAN UKKM MRSM. KE MUAR KITA!

Sebab shortrip ni tiba-tiba so Nina book aje memana hotel yang available date terkejut tuu . Alhamdulillah ada beberapa hotel yang kosong. So kitaorang pilih Hotel yang ada disekitar Jalan Bakri Muar berbanding di tengah bandar Muar. Sebab esok nya Eilman akan menduduki Ujian UKKM di MRSM Muar yang terletak di Jalan Bakri.

Alhamdulillah, Eilman dapat panggilan menduduki Ujian UKMM batch 1. Agak gabra, panik, berdebar, gemuruh semua hado! Bukan Eilman, tapi Nina. HAhaa.. Serius Mama tak senang duduk, tak senang berdiri. Eilman nampak cool je, siap dok main game tak henti! Haihhh… Geram betul. Tak perasaan ke dia?

Ok, Kitaorang check in di PPT Muar Hotel.
Sebab utama pilih PPT Muar Hotel sebab lokasi nya Jalan Bakri, pastu kitaorang dah pernah stay sini dulu dan puashati kebersihannya. Cuma this time tak stay yang dalam container, tapi book bilik besar sikit. Muat laa untuk kitaorang. Ada ruang tepi katil boleh bentang toto. 4.5/5 ⭐⭐⭐⭐
Kenapa tak book container sebab container ni kecik sikit, muat-muat katil queen, nak ruang solat pun sempit. Dan kalau container kena book 2 container. Rugi laa.. Bukan nak beria stay ala trip holiday pun, nak tido je malam je sebab esok pepagi dah nak hantar Eilman Ujian UKKM.

Shortcut story, esoknya kitaorang  sarapan di R & H Cafe.
Pekena Nasi Ambang , Nasi Lemak, Lontong, Mee Rebus, Tauhu Lentok dan Opkos tak lupa Satay! Menu wajib sarapan di Muar.

Pastu balik hotel semula. Eilman sesiap pakai Baju sekolah. Saat ni serius rasa hati berdebar-debar tak henti. Anak yang nak ujian UKKM, Mama yang berdebar bagai nak rak. Huhuu…
Eilman macam biasa.. Mr.Cool

Usai masuk je perkarangan MRSM MUAR, hati ni rasa berbunga-bunga, seronok, excited semacam. Cantik sekolah! Drop off je pelajar kat dewan sekolah. Parents tak boleh tunggu. Nanti habis exam jemput semula kat dewan.
Sementara tunggu Eilman exam, dalam kete dok baca doa, zikir untuk Eilman. Moga dia tenang dapat menjawab semua exam dengan betul. Lulus cemerlang hendaknya dan terpilih masuk MRSM 2023 form 4 nanti. Aamiinn..

Soalan bocor , contoh soalan Ujian UKKM ?
Ahaa… Ada! Baca sampai habis, nanti Nina share. HEhee

So pastu kitaorang jalan-jalan sekitar Muar. Cari SAI KEE KOPI 434 MUAR , beli rempah JJ Mak Pon Muar . Sempat laaa borong belikan kiriman keluarga. Rugi laa datang jejauh tak borong kann?
Pastu check out dan jemput Eilman yang dah selesai duduki Ujian UKKM MRSM

On the way balik KL singgah makan Mee Bandung Baridah & Asam Pedas. Sedap!  Betul sedap
Rekemen korang pun cuba makan kat sini. Nina siap beli pes frozen dengan niat nanti nak masak sendiri sebijik macam Mee Bandung Baridah. Pernah dah cuba resepi mee bandung muar paste lain sebelum ni tapi jenama lain so harapnya yang ini menjadi dengan jayanya.

Pung pang pung pang jammed lepas magrib selamat sampai rumah. Alhamdulillah..
Sebelum tido sempat celebrate Birthday Eilhan
Dalam sibuk-sibuk uruskan abang Eilman, dia yang surprised tak ingat birthday sendiri. Lawak tul Eilhan nih. . Siap tanya ada birthday sesapa ke mama, ada kek kat depan?! 😅😂

Esoknya Ahad pepagi pacak kat Kompleks MSN Kg Baru.
Eilman & Yana ada ujian bengkung Silat Gayong . Semoga dipermudah segala urusan. Fuuhhh…!! Minggu yang sibuk.  Penat tu normal tapi peluang tak datang berkali-kali
So nikmati journey ini 💕

Terima kasih juga buat semua yang selalu mendoakan yang baik-baik untuk Nina sekeluarga, moga DOA yang baik-baik juga berbalik pada korang. Aamiinn..
tak lupa buat Pusat Tuisyen Online Terbaik FLYHIGH Training Center yang banyak beri tunjuk ajar kelas online yang bagus. Recommended!
Terima kasih Allah

Eh ehh hampir lupa. Asalnya nak share Contoh Soalan Ujian UKKM MRSM dan pengalaman Ujian UKKM MRSM
Tapi macam dah panjang sangat lak, Nina share entri lepas ni laa.. Jemput sambung baca ehh
update : Hari tu Eilman dapat panggilan duduki Ujian Kemasukan Maktab Tentera Diraja dan Nina ada kongsi pengalaman Eilman duduki Ujian PKSK dan serba sedikit TIPS CONTOH SOALAN UJIAN PKSK

Semoga ianya dapat membantu bakal pelajar lain. hendaknya. Good luck!

Related posts:

Resepi Sambal Sotong
Resipi Cara Masak Ayam Masak Lemak Hijau
My Simple Apple Pie
NUTRITION PRO EXPANDS TO SABAH ON TRACK TO ACHIEVE RM20 MILLION IN REVENUE IN 2021
Lifestyle Parenting Baridah Mee Bandung Asam Pedas Muarcara tips masuk MRSM SBPContoh Soalan Ujian UKKM MRSMContoh Soalan Ujian UKKM PKSK Tingkatan 3Contoh Soalan UKKM PKSK Tingkatan 4FLYHIGH Training CentreKat manaKenanganMakan Sedap MUARMana Makan SedapMRSM MUARpengalaman Ujian UKKM MRSMPPT Hotel MuarR H Cafe MuarReLY Aplikasi Kelas Online TerbaikRempah JJ Mak Pon MuarSBPScore ASemak Keputusan SPB MRSMSyarat Masuk MRSM SBPtempat makan sedapTips parenting

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. Pingback: TIPS SOALAN UJIAN PKSK UKKM MRSM SBP PENGALAMAN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes