Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Apa itu SUMAC Penawar Covid19
June 1, 2021July 10, 2023

APA ITU SUMAC ? Betul ke bagus untuk kesihatan. Ketahui kelebihan kebaikan manfaat nya

SUMAC

Isi Kandungan hide
1 SUMAC
2 Apa itu SUMAC Penawar Covid19
2.1 Apa Kelebihan Kebaikan Manfaat SUMAC untuk kesihatan teruatama sistem pernafasan
3 Kelebihan Khasiat Sumac
3.1 Meningkatkan sistem imun badan
3.2 Membantu mengawal kadar tekanan darah dan membantu menurunkan kadar kolestrol
3.3 SUMAC Sumber Vitamin C
3.4 Vitaman B12
3.5 Anti-bakteria dan anti-mikrob
3.6 Membantu mengelakkan masalah buah pinggang
4 Apa Kebaikan mengamalkan SUMAC
4.1 Membantu melegakan demam – turunkan suhu panas badan
4.2 Apa benar kah Sumac penawar COVID-19 ?
4.3 Khasiat Sumac dan kegunaan dalam masakan
5 Apa rasa Sumac
5.1 Cara makan Sumac antaranya adalah seperti berikut:
5.2 Cara Pengambilan Sumac
5.3 Kat mana beli SUMAC
5.4 Harga SUMAC
6 Apa itu SUMAC Penawar Covid19
6.1 Related posts:

Baru-baru ni dok lalu kat timeline facebook Nina perihal SUMAC. Ramai dok bercerita SUMAC ni mampu merawat Covid19. Sejujurnya Nina pun belum pasti akan kesahihannya. Yelah, perkara belum pasti ni boleh dikategorikan sebagai petua. Sebab buat masa ni semua pun tahu, Covid19 TIADA PENAWAR. Tapi apa itu SUMAC ? Jom kita selongkar kelebihan kebaikan manfaat rempah SUMAC ini.

Namun, Nina tertarik untuk kongsikan ngan korang tentang SUMAC. Kelebihan kebaikan serta manfaat Sumac untuk kesihatan kita semua. Manalah tahu ianya serasi dan berkesan untuk yang memerlukan. Tak salah kita berikhtiar dan berusaha kann..? Semuanya dengan izin Allah. Nina share kan di sini perkongsian dari kawan fb Nina.

Apa itu SUMAC Penawar Covid19

Sumac dalam Bahasa Melayu?
Setakat ini, tidak jumpa lagi apa itu Sumac dalam Bahasa Melayu. Mungkin belum ada terjemahan lagi. Jadi, bagi yang bertanya “What is Sumac in Malay”, sejujurnya juga tidak ada jawapan.

Menurut Wikipedia Sumac, atau boleh dieja sebagai sumach, sumac, soumak dan sumaq, merupakan salah satu daripada 35 spesis tumbuhan berbunga dalam peringkat genus (peringkat taksonomi atau taxonomic rank) untuk Rhus.

Apa itu SUMAC Khasiat Manfaat Kebaikan

Sumac boleh dijumpai di kawasan sub-tropika atau kawasan yang mempunyai iklim tepid di sekitar Asia Timur, Afrika dan Amerika Utara. Bunganya berbentuk panikel lebat atau paku panjang sepanjang 5-30 cm. Setiap bunga sangat kecil, kehijauan, putih berkrim atau merah, dengan lima kelopak.
Buahnya berwarna kemerahan dan berdaun nipis yang ditutupi dalam pelbagai jenis rambut pada usia matang dan membentuk gugusan lebat pada hujung cabang.

Apa Kelebihan Kebaikan Manfaat SUMAC untuk kesihatan teruatama sistem pernafasan

Manfaat sumac untuk sistem pernafasan sangat hebat, ia dapat mengurangkan beberapa masalah pernafasan seperti kesesakan dada, batuk, selsema, influenza, bronkitis dan bronkitis. Ia mengandungi sejenis minyak yang berkesan yang membezakannya dengan rempah-rempah lain. Selain itu juga beberapa kajian dan penyelidikan perubatan mendapati bahawa sumac mengandungi bahan anti-jamur.

Apa itu SUMAC

Kelebihan Khasiat Sumac

Sumac dianggap anti-radang yang paling penting dan sangat penting bagi orang yang menderita diabetes. Makan sumac setiap hari selama 3 bulan oleh pesakit diabetes telah terbukti berkesan dalam mengurangkan kadar gula darah, selain mengurangkan risiko jangkitan.

Penyakit jantung dan arteriosklerosis, atau meringankan gejala pesakit ini. Ia juga merupakan rawatan alternatif bagi orang yang menggunakan ubat alternatif untuk mengurangkan kadar kolesterol dalam darah, dan juga mengurangkan risiko osteoporosis, dan digunakan untuk mengubati sakit otot : kekejangan otot.

Meningkatkan sistem imun badan

Menambahkan sumac dan kunyit pada makanan akan sangat bermanfaat, terutama untuk menyokong lalu meningkatkan sistem imun manusia, dan rempah-rempah ini akan memberikan hasil kesihatan yang luar biasa dalam jangka panjang bila diamalkan.

Manfaat sumac untuk sistem pernafasan, pakar pemakanan Janine Awwad Al-Jamil mengesahkan bahawa sumac mengandungi dua zat antimikroba dan jamur yang terkumpul di sinus, iaitu Astragalin dan Betulin, yang terdapat dalam pil sumac. Selain peranannya yang efektif dengan tidak membuat mikrob ini memberi kesan negatif dan berbahaya kepada dada, dan oleh itu sistem pernafasan, terutamanya ketika sistem imun rendah.

Membantu mengawal kadar tekanan darah dan membantu menurunkan kadar kolestrol

Jenis rempah ini menyumbang untuk mengawal kadar tekanan darah dan membantu menurunkan kadar kolesterol di dalamnya, terutama pada orang gemuk. Tidak ada kajian dan kajian yang menunjukkan bahawa sumac mempunyai kesan sampingan yang serius.

SUMAC Sumber Vitamin C

Ia adalah sumber antioksidan yang kuat dan melawan jangkitan.
Sumber Vitamin C yang kaya dapat membantu memelihara sel dan melancarkan pengeluaran kolagen dalam badan. Berkesan terhadap arthritis dan dermatitis.

Vitaman B12

Kebiasaanya VITAMIN B12 terdapat dalam daging merah, telur, kerang , lala, kupang. Vitamin B12 tiada dalam tumbuh-tumbuhan, sayur-sayuran dan kekacang bijirin tapi dalam SUMAC ada Vitamin B12 yang juga dikenali sebagai kobalamin iaitu vitamin larut air yang penting kepada tubuh. Ia memainkan peranan penting dalam menghasilkan sel darah merah, asid deoksiribonukleik (DNA) dan memastikan sistem saraf berfungsi dengan betul.

Anti-bakteria dan anti-mikrob

Ia melindungi arteri dari pengerasan dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Makan makanan berlemak yang mengandungi bahagian lemak yang tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung, jadi disarankan untuk makan sumac. Ini dapat mencegah pengerasan arteri atau mengurangi kemungkinan terkena penyakit jantung. Disarankan untuk makan sumac bagi memelihara otot jantung.

Membantu mengelakkan masalah buah pinggang

Menurunkan gula darah untuk mencegah diabetes dan juga membantu mengurangkan risiko diabetes.
Memerangi banyak kuman dan bakteria yang hidup di mulut manusia.

Bagus ke Habbatus Sauda? Manfaat Kebaikan Penawar Penyakit

Baca : HABBATUS SAUDA Penawar Penyakit? Baca Khasiat Manfaat dan Kelebihan Kebaikannya

Apa Kebaikan mengamalkan SUMAC

Kebaikan Sumac sebagai bahan perubatan tradisional digunakan sebagai bahan dalam rawatan untuk beberapa penyakit yang berbeza dalam perubatan abad pertengahan, terutama di negara-negara Timur Tengah dan Asia Selatan, di mana tumbuhan sumac lebih mudah didapati berbanding kawasan di negara-negara Eropah. Satu kajian klinikal menunjukkan bahawa diet menggunakan sumac menurunkan tekanan darah pada pesakit dengan hipertensi dan dapat digunakan sebagai rawatan disjunctive.

Membantu melegakan demam – turunkan suhu panas badan

Antara kelebihan yang lain ialah rawatan altenatif merawat demam. Rawatan lain yang menggunakan buah Sumac adalah seperti rawatan untuk melegakan demam. Tambahan lagi, minuman masam juga dibuat untuk melegakan gangguan dalam perut.

Sumac juga adalah salah satu rempah anti-radang yang kuat, kaya dengan antioksidan dan memiliki kemampuan untuk meneutralkan radikal bebas yang dapat menyebabkan barah, penyakit jantung, dan tanda-tanda penuaan.
Selain itu, sumac juga merupakan bahan yang bermanfaat bagi mereka yang menghidap diabetes tahap dua. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan sumac setiap hari selama tiga bulan akan menurunkan risiko penyakit kardiovaskular pada orang yang menghidap diabetes tahap dua.

Apa benar kah Sumac penawar COVID-19 ?

Ada dakwaan mengatakan bahan tertentu (mungkin sumac) yang mampu menyembuhkan penyakit Coronavirus COVID-19. Namun, jangan mudah percaya mana-mana ubat yang dikatakan mampu merawat COVID-19 perlu jalani ujian klinikal dahulu.

Mudah sahaja, selagi tidak mendapat kelulusan dari KKM JANGAN guna dan pandai-pandai sebarkan berita palsu bahawa buah Sumac ini boleh membuatkan pesakit Covid sembuh. Perkara belum pasti ni boleh dikategorikan sebagai tips dan petua. Bukan penawar atau ubat! Sebab buat masa ni semua pun tahu, Covid19 TIADA PENAWAR.

Wallahua’alam. Hanya Allah yang lebih mengetahui dan kita berikhtiar serta berusaha mencari penawar dan menjaga diri sebaik mungkin, InsyaAllah . . .

Apa itu SUMAC Penawar Sakit Covid19

Khasiat Sumac dan kegunaan dalam masakan

Sumac merupakan sejenis rempah yang digunakan untuk makanan kerana ia menambah rasa masam dan ia juga boleh digunakan sebagai pewarna makanan dan pengawet. Kebiasannya menu Arabic gunakan Sumac.

Sumac banyak digunakan dalam bidang masakan. Buah-buah Sumac ini digiling menjadi serbuk yang berwarna merah keunguan. Ia digunakan sebagai bahan rempah dalam hidangan di Timur Tengah untuk menambah rasa masam pada salad dan juga daging. Dalam hidangan Arab, Sumac digunakan sebagai hiasan pada hidangan seperti hummus, salad dan juga Falafel.

Apa rasa Sumac

Sumac ni bau dan rasanya seakan buah lemon tetapi tidak berapa masam.
Kerana warna merah gelap dan rasa berasid yang tajam, ia juga digunakan untuk menghias hidangan tradisional seperti campuran humus dan Thyme.

Negara Syria, Jordan dan Lubnan serta Turkey banyak menggunakan Sumac dalam hidangan harian mereka. Seperti dalam salad, kubbah, hummus, feta, shawarma, kebab, mashwiyat/bbq, muajinat/fatayer,
Palestine menggunakan untuk musakhan. Di Palestin, sumac digunakan dalam hidangan tradisional daripada salad (Fattoush) hingga hidangan utama (Musakhan), memberikan rasa segar dan citrus kepada hidangan.

Cara makan Sumac antaranya adalah seperti berikut:

  • Cubit sedikit dan suap terus masuk mulut.
  • Rendam dalam air suam. Dijadikan sebagai the / jus.
  • Orang Arab selalu tabur atas salad atau pencuci mulut.
  • Sumac kan rempah so korang boleh jadikan bahan untuk perapan ayam / daging.

Cara Pengambilan Sumac

Sehari sekali dah cukup sekiranya ada rasa sakit-sakit atau tak sedap badan.
(Tak kisah sakit apa pon) boleh ambik dua kali sehari.
Bagi umur 3 tahun ke atas, bagi budak separuh saja dari sukatan dewasa

Waktu makan Sumac ni flexible, pagi/tengahri/malam, bergantung waktu makan anda, seeloknya sebelum makan
Jarakkan dengan apa-apa ubat atau suplemen minimum 2 jam sebelum atau selepas ambil sumac
Syarat utama banyak kan minum air

Khasiat kelebihan SUMAC

Cara Pengimpanan :
Simpan Sumac di tempat kering dan dalam bekas kedap udara
Warna Sumac makin lama akan makin gelap so kalau dah gelap saangat tu maknanya Sumac tu dah lama dan rempah ini dah tak berapa segar.

Kat mana beli SUMAC

Korang boleh try cari dan beli Sumac di mana-mana kedai Arab yang berhampiran korang. Tapi laa ni, paling mudah korang beli online je. Nina rekemen korang beli SUMAC di
https://alardproducts.my/products/sumac-120g-4-23oz

Harga SUMAC

Tak mahal mana pun.. Harga SUMAC AL ARD RM35 sebotol (120gm)
Kalau kat kedai Arab Nina tak pasti harga nya. Korang pi tengok sendiri nanti eh..

Sumber :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4203234916364908&id=100000353240937
https://www.facebook.com/watch/?v=419780236647397

Akhir kata
So sekarang korang dah tahu apa itu Sumac ? Apa kelebihan kebaikan serta manfaat Sumac
Apa rasa Sumac, bagaimana cara makan dan kat mana nak beli.
Diharapkan agar perkongsian Nina ini sedikit sebanyak membantu korang bab pemakanan dan kesihatan. Kita sekadar ikhtiar dan berusaha selebihnya semuanya dengan izin Allah. Wallahualam InsyaAllah . . .

Apa itu SUMAC Penawar Covid19

Related posts:

Nafkah seorang anak sehingga bila?
Betul ke Kain NORWEX bagus? 20 sebab kena beli Kain Lap Kayangan ni
Fuuhhh... Kenyang! Surya S Great Grain bagus untuk yang berdiet ..
Sambal Udang Petai | Ketahui manfaat amalkan makan petai untuk kesihatan
Parenting Tips Apa ituBeli SumacCara makan SumacHarga SumacInfo - kesihatanInfo - Semasakebaikan SumackelebihanKelebihan SUMACKesihatanManfaat Sumacmelegakan demammeningkatkan sistem imun badanmenurunkan kadar gula dalam badanPenawar Covid19Penawar PenyakitSUMACSUMAC AL ARDTips dan Petuatips kesihatanUsaha untuk Sembuh

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. sudoku 247 says:
    June 7, 2021 at 6:13 pm

    you can find a lot of interesting and interesting games at Sudoku 247, I believe that here you will find games that satisfy your passion!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes