Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama SCAMMER Astro
May 31, 2021June 1, 2021

Sinopsis Drama SCAMMER Astro

Sapa tak kenal Shahrulezad kannn? Sentuhan beliau pastinya trending! Tengok jer Drama paling trending 2020 TAKDIR YANG TERTULIS . Ya ampun meletop letop! memang best giler drama ni walaupun jalan citernya kisah rumahtangga, harta, rampas suami. Tapi olahan beliau buat drama ni wajib tonton laaa.. Sinopsis Drama SCAMMER Astro

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis DRAMA SCAMMER
1.1 Sinopsis Drama SCAMMER Astro
1.2 Related posts:
2 MENU BARU MARRYBROWN EATALIAN SEDAP! PUASHATI MENEPATI CITARASA FAMILY
3 Keseronokkan cuti sekolah di Kidzania Go Quill City Mall
4 Resepi Sambal Goreng Pengantin Singapore ... Sedap dan mudah aje nak bikin!
5 Sup Tulang Merah Singapore.. Memang Sedap Seyhhh~~

Berlainan sekali dengan Drama Bersiri Scammer . Takde cintan cintun, romantik bagai, rebut harta 7 keturunan. Takde!
Tapi Drama ini Slot Pertama jer Drama ni hampir cecah 800 Ribu Tontonan! Hebat kannn? Pencapaian yang amat membanggakan. Tapi macammana leh jadi trending?

Drama terbaru Scammer, terbitan Radius One, mula ditayangkan pada 24 Mei yang lalu. Drama ini dikatakan lain daripada yang lain. Tiada lagi drama ‘cliche‘ cinta antara dua darjat, kini penggiat seni tempatan semakin kreatif dan inovatif dalam berkarya. Ramai tertunggu kupasan setiap episod penceritaan tentang money laundry. Kualiti Drama setaraf MOVIE! Menarik di tonton.

Sinopsis Drama SCAMMER Astro

Sinopsis DRAMA SCAMMER

Demi membina kehidupan yang selesa untuknya isterinya Nisa, Joe menerima tawaran Amy, bekas kekasihnya bekerja sebagai agen pengubahan wang haram. Kehidupan mewahnya itu mula diancam apabila diburu oleh polis.

Episod 01
Nisa bakal bersalin dan Joe terdesak untuk mencari duit. Joe dibuang kerja kerana membuat satu transaksi permindahan duit secara tidak sah. Sementara itu, Amy terpaksa berpindah ke KL apabila nyawanya diancam bahaya. Amy menawarkan pekerjaan kepada Joe melakukan pengubahan wang haram dengan gaji berlipat kali ganda.

Episod 02
Joe terima tawaran kerja Amy. Mereka perlu hantar duit rasuah klien ke Indonesia. Amy arahkan Joe untuk tukar duit klien kepada USD dan ketika lakukan kerja pertukaran itu, nyawa Joe diancam bahaya.

Episod 03
Amy terus terang pada Joe tentang kerjanya. Joe mahu tarik diri kerana tidak mahu terlibat dalam jenayah. Tetapi selepas menyedari gaji yang akan diterimanya amat lumayan, Joe mula gelap mata.

Episod 04
Nisa terkejut bila dapat tahu Joe tidak lagi kerja di bank. Tetapi Joe terpaksa rahsiakan dia kerja dengan Amy. Qina, mahu Amy dan Joe cuci duit haram dari aktiviti Macau Scam.

Sinopsis Drama SCAMMER Astro

Epiaod 5
Joe gunakan filem Jay Rahman untuk dapatkan dana ‘crowdfunding’ bagi mencuci duit Macam Scam Qina. Joe dan Amy mula terancam apabila dapati mereka kini dalam pemerhatian polis bernama Darus.

Episod 6 Taukeh Wong sedar Amy ejen cuci wang yang berpengaruh. Lalu dia mahu Amy cuci duit untuknya pula. Tapi Joe pula tidak setuju untuk mereka libatkan diri dengan cuci duit samseng besar seperti Wong.

Episod 7
Joe dan Amy berusaha untuk cuci duit untuk Taukeh Wong melalui seorang usahawan produk kesihatan. Manakala Nisa pula, terkejut bila dapat tahu Joe bekerja dengan Amy, bekas kekasihnya dahulu.

Episod 8
Crowdfund filem Jay Rahman mendapat sambutan sehingga pihak agensi kerajaan mahu bertemu dengan Qina berbincang lanjut. Disebabkan Jay Rahman tidak dapat hadir, Amy dan Joe perlu menyamar jadi produser.

Drama bersiri ‘Scammer’ lakonan Kamal Adli, Siti Saleha dan Fasha Sandha akan mula ditayangkan pada 24 Mei 2021, setiap Isnin hingga Khamis jam 11 malam hanya di Astro Ria.

JUDUL : SCAMMER
TARIKH TAYANGAN : 24 Mei 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 11:00 malam
SIARAN TV : Astro Ria
IDEA ASAL : Fazli Hj Baharom, Sham Hashim
PENULIS SKRIP : Sham Hashim, Amin Shakib, Azril Hamzah, Shida Zali
PENGARAH : Norhanisham Muhammad (Labu)
PRODUKSI : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Siti Saleha, Fasha Sandha, Arash Mohamad, Hasnul Rahmat, Jay Iswazir, Didie Alias, Brian Chan, Chew Kin Wah, Muaz Fitri, Wan Raja, Megat Sharizal, Tony Eusoff, Aireen Riana, Kak Girl, Uchee Fukada, Wan Raja, Mizie Ahmad, Amanda Misbun, Rahim Jailani, Nor Albaniah

Sinopsis Drama SCAMMER Astro

WATAK PELAKON
Kamal Adli sebagai Joe
Siti Saleha sebagai Amy
Fasha Sandha sebagai Nisa
Arash Mohamad sebagai Razman
Hasnul Rahmat sebagai Darus
Jay Iswazir sebagai Fawaz
Muaz Fitri sebagai Kahar
Didie Alias sebagai Qina
Brian Chan sebagai Leon
Chew Kin Wah sebagai Wong
Tony Eusoff sebagai Malik
Wan Raja sebagai Inspektor Aqil
Mizie Ahmad sebagai Inspektor Kamal
Amanda Misbun sebagai Akmal
Rahim Jailani sebagai Haji Tapah
Kak Girl sebagai Cik Suri
Nor Albaniah sebagai Kak Nab
Megat Sharizal sebagai Jay Rahman
Faizul Syaharin sebagai Naim
Nadia Brian sebagai Tania

LAGU TEMA (OST)
Duit – Meerfly
Emosi – Benzoloo feat Khodi

Kalau korang terlepas episod, dont worries! Korang masih boleh tonton Drama online di Saluran Rasmi Gempak Astro DRAMA SCAMMER Tonton Online Gempak .

Sinopsis Drama SCAMMER Astro

Related posts:

MENU BARU MARRYBROWN EATALIAN SEDAP! PUASHATI MENEPATI CITARASA FAMILY

Keseronokkan cuti sekolah di Kidzania Go Quill City Mall

Resepi Sambal Goreng Pengantin Singapore ... Sedap dan mudah aje nak bikin!

Sup Tulang Merah Singapore.. Memang Sedap Seyhhh~~

Drama Movie Lifestyle Parenting AstroDrama bestDrama sangatdrama terdekatFasha SandhaKamal AdliMegaDrama Astro Riamoney laundryRadius OneShahrulezadSinopsis Drama

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. huda says:
    June 5, 2021 at 5:11 pm

    Cam best jer citer ni. Nak kena tengok ni

    Reply
  2. Loki Variant Jacket says:
    October 16, 2021 at 11:08 pm

    This drama serial is really amazing. I love it!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes