Cuaca panas baru-baru ni antara punca baby kena ruam. Korang tau tak ruam tuu apa? Ker ada yang tak tahu? Alaaa…. Yang merah-merah pastu gatal-gatal kat kulit tuu… Biasanya kat kawasan leher, ketiak, celah pelipat, peha dan yang sewaktu dengan nya… Kadang kat kawasan punggung bontot pun ada buat baby yang pakai pampers. Kesian tengok anak-anak dok tergaru-garu dari kakak yang sulung hinggalah yang paling kecik dak nakal Eilhan tuu… Paling kebal yang no.2 Eilman, dia relax jerr… Kulit dia dari kecik memang tak de masalah.
Dari mereka kecik Nina memang tak gemar pakaikan bedak kat kawasan yang kena ruam. Bukan apa, bila pakai bedak, ruam tuu semakin menjadi-jadi teruknya. Kalau dulu Nina prefer lotion jer atau agak-agak tak surut Nina akan rujuk doktor. Cuma bedak tuu memang tak laa…. Anak-anak dah besar ni baru ajar pakai bedak kat muka. Tuu pun bedak batu. hehehe . . . . share mama dia punya :p
Punca baby kena ruam ?
Ini antara faktor Nina tak galakkan pakai bedak kat anak-anak terutama kat kawasan ruam. Korang yang tak tahu, sekarang ni dah tahu silalah elakkan yaa…
Selain anak-anak yang kena ruam dek cuaca panas sekarang ni, Nina pun sama. Tapi Nina bukan gatal sebab ruam panas tapi gatal kat kawasan perut ni haa… Biasalah mengandung. Perut dah mula nak membesar mulalah gatal tuu mengada-ngada menjelma. Tak selesa dibuatnya… Tapi idok lerr tergaru-garu, sekadar gosok-gosok manja gitu. Hehee . . . risau oooo garu kuat-kuat, nanti berparut
Kulit arlegik sejak kecil Punca baby kena ruam
Paling sadis kakak yang sulung. Kulit dia sensitif. Dari kecik masa baby selalu ada ruam. Terutama kat leher, celah pelipat siku, peha dan ruam lampin aka bontot dia. Punca nya sebab cuaca panas! Bila panas mula lah ruam dia naik , kemerah-merahan, pastu gatal, pastu mula lah tergaru-garu…. Dah besar ni ruam panas dia berkurangan tapi kulit dia sensitif kat kawasan kaki lak.
Doktor kata Ekzema. .. Kawasan kaki dia sensitif pada suhu panas lembap terutama bila dia pakai stokin. Dah pegi sekolah kena lah pakai stokin kann… Payah nak elakkan puncanya. Redha jer laa…
Macam Eilhan lak, kalau cuaca panas dan dia terlama pakai pampers mula lah nanti bontot dia merah. Pastu biasalah…. tergaru-garu. Nanti dia cakap “mama, atal laaa… akit” (gatal, sakit) Alahai… kesian, dah sedap menggaru memang sakit luka-luka sikit kann.. Sebagai Mak tak kan tengok jer kann.. Tak kan biar jer kannn….. Haishh….!! Idok ler… Dah tengok menjadi-jadi ruam depa so Nina kena lah buat sesuatu. Ahaaa…
Dah jumpa solusi terbaik cara hilangkan ruam baby
Ini yang Nina nak kongsi kat korang. Baru-baru ni, Nina try satu minyak ni. Nina cuba sapu kat kaki kakak Eillya, Syukur Alhamdulillah … Gatal-gatal, kulit kering kat kaki dia berkurangan. Parut yang ada pun semakin kurang. Dia sendiri beri komen positif bila dah cuba. .. Mak nya lagi laa happy! Settel masalah kaki ekzema anak sulung Nina.
Kes Eilhan pula, kebetulan masa tuu punggung Eilhan tengah gatal-gatal merah, Nina pun saja laaa sapu sikit minyak ni kat dia. Alhamdulillah dengan sekali sapuan gatal-gatal, merah-merah kat punggung Eilhan hilang. Suka laaa….!! #Ehh … tak de yaa gambar part bontot Eilhan. Jangan mengada-ngada lak tanya nak tengok! hhehehe
Merawat ruam baby
Selain tuu kann, Nina pun guna minyak sapu kat kawasan perut. Sukacita dok sapu gosok-gosok kat perut. Lembut jerr….. Wangi lak tuuu. .. Bau dia fresh ala lemon, menenangkan… (maklumlah orang mengandung ni banyak benda wangi pun dok kata busyuk) hehehe . . . . Normal tu kann..
Apa yang Nina perasan, lepas dah guna minyak ni tak de lak tangan ni gatal dok nak gosok-gosok kat perut. Dah tak gatal! Best laaa… Moga-moga pas Nina bersalin nanti tak de stretch mark kat perut ni… Aamin **Yang nie pun tak de gambar yaa… babab kang sapa tanya nak tengok perut gebu Nina** Haippp…!!
Korang mesti nak tahu minyak apa yang Nina dok cerita ni kann…??
HABIBI OIL
Habibi Oil ni laaa yang Nina guna kat kaki Eillya, gatal-gatal punggung Eilhan dan juga kat perut Nina. Nina sukakan baunya yang segar! Walaupun namanya Habibi Oil namun ianya tidak melekit bila disapu. Cepat meresap ke kulit. Pastu kan, bila disapu kulit terasa lembut gebus jerr….
Paling best, minyak ni didatangkan dalam botol yang praktikal. Hanya picit kat atas dan minyak pun tak tumpah. Kadang ada minyak yang lubang kat atas. Bila tertuang lebih, membazir kann… Habibi Oil jimat..!! Sekali dua picit dah cukup untuk satu sapuan.
Habibi Oil ni juga sangat selamat sebab botolnya bukan kaca. Tak payah risau kalau anak-anak terbaling ker, tercampak ker…. Sebab botol Habibi Oil ni plastik! Bagus kann… Ada lagi best tau, senang dibawa kemana-mana. Botol yang kecik comel ni muat jer nak simpan dalam handbag. Mudah laa…
Khasiat HABIBI OIL
Habibi Oil ni selain bagus untuk ruam baby, ianya bagus juga untuk seisi keluarga. Antara khasiat nya :-
Pelbagai kegunaan kann…?? Setiap rumah harus ada satu Habibi Oil.
Kat mana nak beli HABIBI OIL
Kat mana nak beli?? Mudah ajer… Korang call aje Hotline Habibi Oil : 019-682 6886. Mereka sedia membantu.
Selain tuu, kot korang rajin nak baca lagi lanjut, korang pi terjah kat
Buat yang punya masalah ruam panas, ekzema, memudarkan stretch mark, atau masalah kulit kering korang try laaa guna Habibi Oil ni.. Nina dah cuba dan sukakan hasilnya. Lagi satu, Nina suka kan Habibi Oil ni sebab ianya dihasilkan dari bahan semulajadi. Tak de bahan kimia. Selamat untuk anak-anak da kita jugak. Nina bagi 8/10 bintang! Tahniah Habibi Oil..
wow.. amazing.. cpt gak ilang ruam tu
macam nak cuba lah.anak jadi gatai2 jugak ni.mcm ruam naik kat belkg badan dia.
bagusnya..kena adasatu dekat rumah
Boleh kurang eczema ek?
Ya betul… Saya setuju… Anak saya setiap kali balik ke kampung, mesti penuh ruam satu badan… Sebab terlalu panas… Dekat kampung tak ada air-cond… Sekali balik ke rumah, Alhamdulillah ruam tersebut sedikit-sedikit dapat berkurangan….