Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Bubur Jagung Sagu kegemaran anak
March 20, 2020March 20, 2020

Bubur Jagung Sagu buat minum petang anak-anak

Korang buat apa tu..? Apa aktiviti korang hari ni? Bosan ker atau rasa tak keruan dok sibuk dari ruang tamu ke dapur, ruang tamu ke dapur. Dok buka katup pintu fridge, dok masak tak henti. Ye laaa… Tentunya ramai antara kengkawan Nina yang sekarang ni work from home kann? Seronok ker tuuu? HEhee . . . Resipi Bubur Jagung Sagu

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 BEST nya beli air F&N Apps Online. Lebih mudah, murah, jimat dan berbaloi-baloi.
3 Murah beb! Harga emas kat KEDAI EMAS HAJJAH HALIJAH Sungai Petani Kedah
4 Teknik Fotografi DSRL, mudah rupanya nak hasilkan gambar terbaik! Bersama En. Adhadi Mohd
5 Sambal Telur Burung Puyuh dan Khasiatnya...

Korang PLEASE STAY AT HOME!
Dok laaaa kat rumah saja, hanya 14 hari yang dirayu oleh Perdana Menteri kita untuk membendung mencegah wabak Coronavirus dari terus merebak! Allahu . . . Ianya  semakin membimbangkan kita semua.

Okies, sejujurnya Nina tak mampu nak luahan lebih lagi bab ni, jauh dari sudut hati ni risau resah. Rasanya semua orang pun rasa yang sama kann…? Semoga kita semua sentiasa diberi kesihatan yang baik, dijauhkan dari wabak ini. Dan segera lah pergi wabak ni dari kita semua.  InsyaAllah, Aamiin. . . Sesama kita sepakat dok di rumah diam-diam ya!

Ok ok dah dahhh . . . Just nak share aktiviti  dan menu yang ala kadar, bajet ciput buat hidangan minum petang anak-anak. Depa ni cuti sekolah memang lapar sentiasa. Tak tahu laaa kenapa?

Anak-anak korang pun sama  cam ni tak? Asal masak jer sekejapan eh eh! Dah licin periuk. HAHaa . .  Pastu dok bukak katup fridge. Risau tertanggal lak pintu fridge tu . Maklum lah anak Nina ada 5 orang kan, sorang dah bukak katup lebih 50 juta  kali, cer kali 5. Haisshh … Mintak simpang laaa.. Oh Fridge, panjang laaa jangka hayat kamu. Sentiasa berbakti untuk kami yaaa.. macam laa fridge dengar HAhaaa

Meh share menu minum petang paling ringkas Nina sekeluarga. Kebetulan ada baki jagung, Nina buatkan bubur jagung. Disebabkan jagungnya tak seberapa banyak maka Nina tambahkan dengan sagu. Nampak lagi muai dan meriah gini kann..? Selain sagu , korang boleh jugak buat Bubur Jagung Barli

Resipi Bubur Jagung Sagu

Resipi Bubur Jagung Sagu 

Bahan-bahan
2 batang jagung, hiris ambik butir jagung saja
1 tin jagung manis berkrim – Nina tambah kasi lagi banyak sikit sebab jagungnya ada 2 aje
1/4 cawan sagu kecil
1 kotak kecil santan
500 ml air – kalau nak kuah lebih boleh lah tambah lagi …
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam (atau secukup rasa)
2 helai daun pandan (disimpul)

Cara penyediaannya
1- Rendamkan sagu dan air dalam mangkuk. Dah kembang sikit toskan.
2- Bila dah empuk masukkan jagung, jagung manis berkrim, santan, air, gula, garam & daun pandan. Tunggu hingga mendidih. Masukkan sagu, masak sehingga sedikit jernih. Kacau sentiasa.
3- Setelah mendidih, tutup api dan sedia dihidangkan

Selamat mencuba !!

ppssttt >>>> Bubur Jagung Sagu  ni sesuai  dimakan samada sejuk mahupun panas. Memana pun sedappp! Ikut citarasa masing-masing laaa..  Kalau tanya ikut selera Nina suka yang panas-panas. Mmmm… Asyik hirup manisan ni. Korang suka panas ke sejuk?

Resipi Puding Kastard Jagung TIPS buat

Kalau korang ada kelapangan dan kerajinan, boleh laaa try buat Puding Kastard Jagung. Lagi sedap..

Cuba buat : Resipi dan TIPS buat Puding Kastard Jagung sedap

Try laaa . . .

Related posts:

BEST nya beli air F&N Apps Online. Lebih mudah, murah, jimat dan berbaloi-baloi.

Murah beb! Harga emas kat KEDAI EMAS HAJJAH HALIJAH Sungai Petani Kedah

Teknik Fotografi DSRL, mudah rupanya nak hasilkan gambar terbaik! Bersama En. Adhadi Mohd

Sambal Telur Burung Puyuh dan Khasiatnya...

Lifestyle Resepi Bubur JagungBubur Jagung SaguDessertmenu minum petang

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. happy wheels says:
    March 24, 2020 at 6:03 pm

    I just love pudding. Got to try this one as i haven’t had it till now

    Reply
  2. Farah says:
    March 24, 2020 at 11:07 pm

    Dua-dua sedapnyaaaaa… tapi takdok jagung!!! Hahaha… maka bertabahlah tengok screen saje ye. Jemput singgah: Resepi Fluffy Souffle & Dalgona Coffee

    Reply
  3. Ray says:
    March 26, 2020 at 2:38 am

    even something simple can be so tempting at a time like this.
    sedapnya both puding kastard and bubur jagung.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes