Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi MUFFIN COKLAT SEDAP
March 26, 2020March 26, 2020

Resipi MUFFIN COKLAT Sedap jimat ni buat Juadah Berbuka Puasa RMO

Korang dah ganti puasa? Sempena bulan Syaaban ni ada beberapa hari jer lagi peluang untuk ganti puasa last year. Memandangkan dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, maka kena berjimat sediakan menu untuk berbuka puasa.  Hari ni Nina nak share Cara Buat Resipi MUFFIN COKLAT SEDAP yang paling mudah.

Isi Kandungan hide
1 Resipi MUFFIN COKLAT Sedap
2 Related posts:
3 Cream Puff versi 2. Sedapnya.....!! Tips puff menjadi dengan cantik dan jayanya.......
4 Menu breakfast paling mudah dan cepat : Roti Bakar Cheese
5 BIAR BETUL? MODAL RM3K DAH BOLEH JADI FOUNDER JENAMA SENDIRI??!
6 RESEPI CUPCAKE PANDAN SEDAP MUDAH MOIST

Kenapa Resipi MUfin Coklat ni mudah? Sebab resipi ni mengguakan sukatan cawan jer. So tak perlu laaa korang menimbang timbang bahan-bahan. Dan lagi Resipi ni jimat! Sebab hanya perlukan 2 biji  telur jer..

Ikutkan boleh jer guna sebiji telur, tapi kat rumah ni telur beli kat Speedmart ni kecik size C kot, so Nina buh laaa 2 biji.  Nina buat separuh adunan jer. Serbuk koko tak cukup. Huhuu..

Puasa-puasa ni macam tak daya nak celoteh panjang, entah laa… Lately ni Nina pun macam tak de apa nak ceritera kan. Mood tak de kot. Atau sebab RMO ni segala nya jadi penuh kebuntuan. Huhuu . . . Korang ada rasa yang sama tak?

Resipi MUFFIN COKLAT SEDAP

Resipi MUFFIN COKLAT Sedap

Bahan-bahannya:

Bahan A
2 cawan tepung
1 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe (Nina tak letak punn , tak der stok nescafe kat rumah)
sedikit garam

Bahan B
2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick (optional)

Bahan C
3/4 cawan air panas (Nina kurangkan 1/2 cawan ajer)

Cara-caranya

  • Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
  • Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
  • Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
  • Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
  • Tuangkan adunan ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.

 Selamat mencuba !!

Resipi Muffin Coklat Sedap Mudah Sukatan Cawan ni paling senang buat. Tak perlu mixer pun. Kaedah kaup balik. Sesuai untuk minum petang atau pun apa jua majlis keramian. Gathering family pun best! Cepat jer buatnya..

Alahai.. Tetiba rindu lak gathering riuh rendah dengan family. Memasing berkumpul, berbual, borak, gosip sambil makan pelbagai menu yang di bawa. Meriah! Ya Allah .. Beri lah peluang untuk kami bersatu kembali. Cepatlah hapuskan wabak Covid-19 ini. Aamiin..

Related posts:

Cream Puff versi 2. Sedapnya.....!! Tips puff menjadi dengan cantik dan jayanya.......

Menu breakfast paling mudah dan cepat : Roti Bakar Cheese

BIAR BETUL? MODAL RM3K DAH BOLEH JADI FOUNDER JENAMA SENDIRI??!

RESEPI CUPCAKE PANDAN SEDAP MUDAH MOIST

Lifestyle Resepi DessertJuadah Berbuka PuasaJuadah Iftarkudap kudapanmenu jimatmenu kenduriMenu Open HouseMuffinMuffin Coklatresipi mudahWestern Menu

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes