The Regency Hotel Kuala Lumpur BEST!
Seminggu ni buat yang dok area Selangor pasti dok meroyan sebab tak de air. Biasalah dah jadi rutin tahunan nampaknya. Namun itu bukan alasan untuk Nina tidak setuju dengan slogan ‘SelangorKu Sayang’. Relax laaa…
Sekelumit satu masalah ini tak akan menutup kelebihan yang telah diterima sepanjang Nina dok kat Negeri Selangor ni. Syukur Alhamdulillah. Selangor sentiasa berada di lubuk hati ini yang paling dalam. Chewah …
Setuju kann..?? Geng tak mo tengok Nina dok tunjuk muka Shrek, maka keluar laaa kami anak beranak mencipta kenangan terindah kami bersama. Kengkonon ala romantis gitu. Anyonyonyooo… Ada nampak semut keluar tak? Hehehe . . .
Disebabkan tak de air, tanpa berfikir panjang Geng ajak Nina stay kat hotel sekitar KL. Pastu teringat lak ada kawan rekemen kat satu hotel ni .
“Chow Kit Road, Chow Kit Road, Chow Kit Road, Chow kit Roadddd…” dengan riang gumbira Geng nyanyi lagu Arwah Sudirman. Pastu dia bilang “Air tak de kannn, besok kita short holiday stay kat Chow Kit Road yaa… Geng ni memang suka sangat menyakat Nina. Ngadu kat korang jer. Huhuu
“Huh…!! Bayangkan mulut Nina melopong terkejut. Biar betul?!?!?!?! Dalam hati dah cuak, celah mana ada hotel best kat Chow Kit Road tu? Hotel Budget kwanggg kwangggg kwanggg adalah. Nehi nehi..!! Huhuuu . . . Dari Hotel Budget entah mana-mana, Nina lagi prefer stay kat hotel 3 star. Lebih yakin! Tapi … Mood Suspen bila teringat ayat Geng kata Chow Kit! acaner ni??
Dalam kete Nina dah tak senang duduk. Dupp dapppp dupp dappp….!! Mata ni mengantuk tapi cuba tahan, akhirnya kalah lalu tertido gak. Celik mata jer dah sampai dah kat depan pintu depan hotel. Alamak…!! Aiseymen… Betul laaa depan hotel Pasar Chow Kit. Memang kat Chow Kit laaa…. Ok cuba relax! Dalam berdebar Nina melangkah masuk gak dalam hotel.
The Regency Hotel Kuala Lumpur
Jengg Jenggg Jenggg…!!
Usai melangkah masuk dalam Hotel ni, tetiba macam rasa kat tempat lain. Hiruk piruk kesibukkan di luar hotel tadi terus lenyap. Ruang lobby yang luas, minimalis buat Nina rasa tenang, nyaman. Selesa! Pastu check in. Segala urusan lancar dan mudah. Staff pun friendly. Terus lupa yang Nina sekarang berada kat Chow Kit. Haha . . .
Bilik Deluxe
Bilik Nina di tingkat 18. Sejurus pintu bilik di buka, Nina rasa puashati! Mmmm … Tak sangka hotel yang agak lama masih mengekalkan kualiti mereka. Selesa. Ya selesa! Air-con ambik masa gak nak sejuk mungkin sebab kat luar panas terik. Beberapa minit kemudian dah sejuk. Lulus! Di balik langsir, pemandangan sekitar Kuala Lumpur terbentang luas.
Bilik kemas, bersih, TV banyak channel
Katil tersisir kemas ditutupi selimut tebal. Mmmm… Empuk! Tak sabar nak tido. Ok ngade.. depan katil TV LCD besau! Mode on. tekan tekan tekan… Manyak syiokkk ini macam, ada banyak channel. Hahha.. Mak yang over seronok.
Memula mak mak OCD selalunya check bilik air dulu. Korang pun gitu kann?? Wahh… Ada bathtub laa..!! Anak-anak gerenti suka ni. Bilik air bersih, ada hair dryer dan berfungsi baik. Good!
Almari siap ada peti besi. Pantry macam biasa complete! Biasalah ada air mineral, tea, kopi, garam gula krimer. Chiller pun bersih. Kejap jer anak-anak dah kasi penuh dengan jajan depa. Chocolate laa, manisan laaa, cake laaa, buah lemon, epal hijo mama, air kotak. Letak kejap dah sejuk. Good , berfungsi baik chiller nya! Kiranya facility yang ada semua dalam keadaan baik.
Anak-anak dah dok merengek nak pi tengkat 10. Nak pi pool. Biasanya bebudak, mana kan berpisah tiada dengan kolam. Sebab ada kolam laaa stay kat The Regency Hotel KL. Harga pun berpatutan.
Swimming pool
Subhanallah … Cantik nya keindahan pemandangan Kuala Lumpur dari pool ni. Terus rasa macam dok kat hotel mewah 6 bintang-bintang berkerdipan. Serius! Dok hotel mewah pun belum tentu korang akan dapat view macam ni. Dalam hati dah verangan nanti besok pagi nak snap gambar sunrise. Sekali … tinggal verangan jer laa… Ruginya! Huhuuu . . . Ok salah diri sendiri. Korang stay sini, bangun awal tau nantikan saat mentari mula menyinari pagi. Pastu pm nina gambar korang ehh… Please…
Tak sangka pemandangan sekitar KL cantik dari swimming pool The Regency KL
View swimming pool kat Regency Hotel KL ni memang superb! Cantik weyyy… Saujana mata memandang keindahan metropolitan Kuala Lumpur. Nampak jelas bangunan pencakar langit kebanggaan rakyat Malaysia – KLCC dan KL Tower.
Dari sini gak nampak jelas kehidupan warga kota seharian di sekitar Chow Kit. Melihat kesibukkan mereka seharian terkejar-kejar semuanya nak cepat lantas memberi keinsafan dalam diri Nina. Betapa beruntungnya Nina, walau Nina tak kaya raya duit berkepuk-kepuk namun, Nina masih punya waktu bersama-sama keluarga dihujung minggu. Syukur Alhamdulillah . . .
Cafe
Di level sama dengan Lobby, ada nya sebuah cafe yang sangat santai lagi menenangkan. Ada lounge gak. Memalam akan ada saxophonist meniupkan alunan musikalnya. Hurmm… walaupun ada lounge, korang jangan risau. Kat Regency KL tak de hidangkan alcohol pun tau! Bagus kann..?? Patuh Syariah gitu.
Lunch
Malas nak keluar dengan cuaca panas terik membingit. Kami order ala-carte jer. Biasalah tuk Dak Eilhan dia suka Nasi Goreng share ngan Nina, Eilyya dan Eilman taste western nak Spaghetti Bolognese, Abah nya Nasi Goreng Thai dan Yana yang manja tuuu nak kan Kuey Teow KungFu! Overall sedap. Kuey Teow KungFu paling Nina suka. Buh cili padi memang asyikkkk..
Market Front – Coffee Terrace
Cafe di tingkat satu juga ada Cafe. Di sini kami makan buffet untuk breakfast dan dinner. Susun atur cafe yang simple, luas rasa tenang nak nikmati hidangan.
Dinner
Alhamdulillah … Sentuhan ketuk-ketuk kuali periuk belanga Chef kat Regency kena dengan selera tekak Nina. Paling Nina suka Mushroom Soup dia. Terasa mushroom tu diblend dalam soup tu. Tak sama dengan mana-mana mushroom soup yang Nina dah pernah rasa sebelum ni. Sedap! Nanti bila-bila Nina nak datang sini lagi pekena Mushroom Soup dia…
Menu lain yang Nina suka Tempura dia. Isi nya lembut, tak over cook. Luarnya rangup di setiap gigitan. Pastu lak pertama kali Nina makan Tempura with Dip Manggo Sauce. Ternyata kombinasi nya match! Tak sangka sedap Tempura tuu cecah ngan sos manggo. Layann… Anak Nina punya pun Nina belasah. memang tunggu dia jawab tak nak, sebab mama nya NAK! Hahaa . . .
Breakfast
Biasalah breakfast macam-macam hado! Meriah kat sini. Pilihan menu makanannya lebih dari hotel lain yang Nina biasa pegi sampai buntu tak tahu nak makan yang mana satu. Dok belek-belek, jalan-jalan akhirnya Nasi Lemak tetap menjadi pilihan. Lantak laaa apa orang nak kata Typical Malaysian. Anak-anak lak breakfast sukakan yang western. Biar laaa nanti dah besar suka lah depa ngan Nasi Lemak kot. Pegi mana pun tetap nak rasa keunikkan nasi lemak. Lontong sedap!
Lunch sebelum check out
Kat rumah kannn tak de air. Sebelum balik makan siap-siap dulu. Sampai rumah nanti nak singgah dobi lak. Tengahhari makan berlauk tu lagi meriah. Nina dengan anak-anak suka pelbagai menu. Sana rasa sikit, sini rasa sikit seronok kann…?? Entah kenapa Nina suka sambal belacan dia! Chef nak resipi please. Hehe..
Parking banyak !
Parking amat penting bagi Nina. Kat Regency Kuala Lumpur ni best sebab ada 2 pintu masuk untuk parking. Satu lalu depan hotel belah tepi dan turun parking kete kat basement. Lagi satu masuk ikut laluan Menara Safuan (belakang hotel) dan terus naik tingkat 6 atau 7. Lagi banyak ruang parking yang disediakan. Best kann…?? Tak payah risau nak reserved parking ke bagai kalau keluar pi jalan bawak kete. Masuk semula gerenti ada jer parking.
Nak cuti tak perlu tunggu cuti sekolah
Korang, sekali sekala bercuti tanpa perlu tunggu cuti sekolah lagi seronok dari cuti di waktu peak season. Santai, relax, tenang … Suasana hotel pun sunyi mendamaikan jer.. Terasa macam hotel ini kita yang punya! hahaa… Kot korang belum pernah cuba short holiday, cuba laa stay kat The Regency Hotel Kuala Lumpur ni. Dekat jer pun… Nikmati ketenangannya. Kenangan terindah itu akan lebih bermakna penuh romantis. Aarghh… bersemut lagi. ngeh ngeh ngehhh.. :p
Ok laa… Sebelum korang naik meluat ngan melalut Nina, nahh …. info lanjut korang tengok sini ehh… Sebelum tuu meh layan short vlog sepanjang short vacation Nina The Regency Hotel Kuala Lumpur ni..
Caantik betul yer permandangan dari hotel.. Huhuhu
Tu laa… Tak sangka pemandangan nya indah. Terpegun!
Serius laaa nampak best! Dah masuk list utk short vacay ni hehe
Save jangan tak save! The best short vacay
Bestnyaaaa dah la dekat ngab tempat shopping. View bandaraya kuala lumpur oun cantik.
Kat sini semua pun dekat. Street food lagi laaa heaven.
fuh.. bila nak merasa stay regency ni..
Denagr citer, Regency ada lagi yang best kat Terengganu. Wish nak pi sana lak nanti. Jom…
cantik view kuala lumpur . makan-makan pun best dalam hotel
Aahh… Seriously berpuashati stay kat sini. Harga pun berpatutan.
cantik hotel nie..makanan pun nampak sedap
Yes.. Makanan bukan jer nampak sedap. Memang sedap! Dok sini hancusss diet kita tau. Huhuu
Cantiknyaaa! Macam puas hati je peri hotel ni kan
Memang puashati Yulia. Pasni nak pi terjah yang kat Terengganu lak. Nanti kak nina citer ehh… Tunggu tau
Best yer kak nina holiday dengan family kat sini..
Alhamdulillah sekali sekala short vacay gini lagi seronok. Yang penting anak² happy. Automatic mak Pak pun gumbira!
wow bestnya gie bercuti bermalam di hotel bawa anak-anak kecik kan
parking dia free ke bayar?
Wani, stay hotel free
lift parking tu connect terus dengan floor hotel ke? ke lift bawak gi lobby hotel, pastu kena tukar lift lain nak pergi bilik?
Siti, maaf sangat tak ingat. Rasanya memang kena lalu lobby untuk naik ke bilik. Mostly semua hotel gitu
Salam. Tq for good review. Kami check in ke sana next week. Bawa anak2 bercuti.. Actually suka tgk gmbar pool dia. Cantik. Dan saya harap sgt makanannya sedap2. Hehe.