Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

March 27, 2019April 5, 2023

SUCHI Set Travel Umrah Haji HALAL | Wajib bawa dan sesuai sebagai hadiah buat bakal jemaah

SUCHI Set Travel Umrah Haji HALAL | Wajib bawa dan sesuai sebagai hadiah buat bakal jemaah ini yang Nina nak kongsikan buat semua. Alhamdulillah Nina dah jumpa hadiah terbaik yang korang boleh belikan buat keluarga atau saudara mara yang akan ke Tanah Suci nanti.

Isi Kandungan hide
1 Apa hadiah terbaik buat tetamu Allah yang bakal berangkat menunaikan Umrah Haji?
2 Kenapa Set Kosmetik yang bagus penting ketika menunaikan Umrah Haji?
3 SUCHI Set Travel Umrah Haji HALAL | Wajib bawa dan sesuai sebagai hadiah buat bakal tetamu Allah
3.1 Apa yang ada dalam Set Travel SUCHI ?
3.1.1 Set Ali RM100
3.1.2 1. Gel Mandian SUCHI
3.1.3 Losyen Tangan dan Badan SUCHI
3.1.4 Lipbalm SUCHI
3.1.5 Krim Tumit SUCHI
3.1.6 B’Fit Losyen SUCHI
3.2 Kenapa harus pilih SUCHI Set Travel Umrah Haji
3.3 Kat mana nak beli Set Travel SUCHI?
3.4 Kedai kelengkapan Haji Umrah Galeri Muslim
3.5 Related posts:
4 "Aney, mee goreng mamak satu" : Ini resepi rahsia mee goreng mamak
5 Cara Masak Resipi Ayam Sweet Sour Sedap Paling Cepat Mudah
6 Ohhh ... Jatuh cinta dengan Tshirt muslimah Hana Tajuddin
7 Alahai... Senang jer buat Vietnamese Spring Rolls

Sambil santai tengok facebook, sejujurnya hati ni amat cemburu dengan saudara mara, kengkawan yang berkemampuan menunaikan Umrah dan Haji. Pasti ramai gak yang bercita-cita yang sama. Sapa nak weyhh…?? Buat masa ni sekadar mampu di pujuk hati ni kata itu rezeki mereka… Alhamdulillah.. InsyaAllah satu masa rezeki kita pasti datang. Gitu kann..?

Walaupun belum menjejakkan kaki ke Tanah Suci, ada perkongsian yang ingin Nina kongsikan. Walau hakikatnya benda ni tentunya dah masuk dalam list barangan dan keperluan yang perlu di bawa ke Makkah dan Madinah sepanjang tempoh beribadat tapi mungkin ada yang terlepas pandang.

Apa hadiah terbaik buat tetamu Allah yang bakal berangkat menunaikan Umrah Haji?

SUCHI Set Travel Umrah Haji

Ok, kebiasaaanya apa hadiah yang kita hulurkan bila sedara mara atau sahabat handai pergi menunaikan ibadah Umrah Haji? Selalunya duit jer laaa kan? Ok, kang ada yang marah lak… DOA juga. Tanpa sedar kita sering kali buntu nak bagi hadiah apa kann?

Sebab pada firasat kita tentu saja mereka dah bawa kelengkapan yang lengkap. Pernah ke kita tanya? Padahal kita menduga jer kann…? Tentu tak ramai yang terfikir nak bertanya sama ada perlu membawa peralatan mandian dan penjagaan diri ketika di Tanah Suci kann.. Mungkin ada yang fikir berkata dalam hati “Aarrghhhh…. Pakai aje hotel punya nanti kannn?”

Itu kalau nasib baik pihak pengurusan hotel sediakan, tapi kalau tak de acaner? Jangan pandang enteng, pandang sebelah mata sebab set keperluan mandian ni antara keperluan yang paling penting.

Kenapa Set Kosmetik yang bagus penting ketika menunaikan Umrah Haji?

Jemaah hanya boleh gunakan produk kosmetik yang sah digunakan ketika ihram. Ianya diyakini suci dan selamat. Kita semua sedia maklum bahawa dengan memakai wangi wangian adalah dilarang ketika ihram. Melanggarnya adalah tidak membatalkan haji dan umrah tetapi kita dikenakan dham.

Hah nampak..! Macam remeh tapi ianya sesuatu yang amat penting. Kena bawak produk kosmetik yang khas untuk Umrah Haji. Bukan boleh bawak sebarangan yang kita dok guna seharian. Jelas? Tambahan lagi dengan cuaca panas terik extreme di sana, losyen dan pelembap wajib pakai terutama sekali krim tumit. Cuaca kering disana akan menyebabkan kulit kering sehingga mudah luka dan berdarah. Bila sakit akan membataskan pergerakan dan ibadah. Tak mo kannn ianya terjadi? Nauzubillah… Moga dijauhkann.

SUCHI Set Travel Umrah Haji HALAL | Wajib bawa dan sesuai sebagai hadiah buat bakal tetamu Allah

Set Travel Umrah Haji

Ahaa… Ini lah yang Nina nak share ngan korang. Pasni bila dengar ada sedara mara, kaum keluarga , kengkawan nak pegi menunaikan Umrah ataupun Haji, boleh laa kita hadiah Set Travel SUCHI ni. Satu hadiah yang amat bermanfaat untuk mereka di sana nanti. Percaya lah..!!

Produk Suchi Kosmetik ini dan ianya halal, dan menepati ciri-ciri yang wajib ada dan ianya sangat membantu para jemaah daripada perasaan was was dan tidak yakin.

Apa yang ada dalam Set Travel SUCHI ?

Ada beberapa pilihan set yang korang boleh pilih.

Set Safa RM60.00 – Gel Mandian, Losyen , Krim Tumit dan Lipbalm
Set Raudah  RM70.00 –  Gel Mandian, Losyen , Krim Tumit, Lipbalm dan ubat gigi
Set Marwah RM70.00 – Gel Mandian, Losyen , Krim Tumit, Lipbalm dan Deodorant
Set Fatimah RM90.00 – Gel Mandian, Pelembap Badan, Krim Tumit, Lipbalm dan Whitening Moisturizer SPF 25
Set Ali RM100 –  Gel Mandian, Losyen , Krim Tumit, Lipbalm dan Losyen B’Fit
Set Lengkap RM215 – Gel Mandian, Syampu, Losyen , Krim Tumit, Lipbalm, Pencuci Muka, Whitening Moisturizer SPF 25, Losyen B’Fit, Deodorant.

Buat yang terfikir-fikir set mana nak pilih, Nina cadangkan korang pilih Set Ali. Dalam Set Ali  ni ada Gel Mandian, Pelembap Badan, Krim Tumit, Lipbalm dan B’Fit Losyen. Set ini cukup melengkapkan keperluan jemaah Umrah Haji. kot ada bajet lebih ambik aje Set Lengkap. Cukup berbaloi!

Set Ali RM100

1. Gel Mandian SUCHI

SUCHI Set Travel Umrah Haji

Gel mandian Suchi amat sesuai dan praktikal untuk dibawa ketika memgembara. Kandungan sebanyak [50ml] dibekalkan dalam set ini dan ianya mampu bertahan sehingga dua minggu. Gel mandian Suchi juga bertindak menghilangkan bau badan, menyegarkan serta melembabkan kulit.

Gel mandian Suchi diperkaya dengan ekstrak minyak zaitun [olive oil], lidah buaya [aloe vera] dan daun pudina [peppermint)]. Bahan-bahan ekstrak tersebut telah terbukti dapat mengekalkan kelembapan serta menyegarkan kulit. Gel mandian Suchi juga dapat membuang segala kotoran tanpa menjejaskan keseimbangan semulajadi kulit.

Ia hadir dengan saiz yang kompak dan mudah dibawa kemana-mana kerana tak makan ruang yang banyak dan of course ianya juga ringan – Dari segi saiz, lepas sangat nak dibawa naik kapal terbang kerana ianya menepati syarat saiz maksimum barangan cecair yang boleh dibawa masuk kedalam kapal terbang, iaitu dibawah 100ml. Bagus kannn?

Losyen Tangan dan Badan  SUCHI

SUCHI Set Travel Umrah Haji

Losyen Tangan dan Badan SUCHI ni adalah ‘waterbased’. Nina suka sebab ia cepat  meresap dan tak melekit apabila digunakan. Apabila dipakai kulit akan terasa lembut dan selesa.  Melembabkan kulit Nina sepanjang hari. Losyen Suchi juga diperkaya dengan ekstrak minyak zaitun, lidah buaya, minyak bunga matahari dan daun pudina.

Lipbalm SUCHI

Lip Balm Halal Set Travel Umrah Haji

Produk ini merupakan jalan penyelesaian kepada mereka yang ada masalah bibir kering atau pecah. Diperbuat daripada bahan natural seperti minyak zaitun, minyak bunga matahari, shea butter, daun lidah buaya, lilin lebah dan tanpa mengandungi bahan pewangi, pelembap bibir ini sangat sesuai untuk elakkan bibir jadi kering bila cuaca panas atau sejuk.

Nina suka Lipbalm Suchi ni, berangin jer bila di pakai. memang sesua ngan bibir Nina. Ia jugak berfungsi merawat bibir kering Nina.

Korang yang selalu travel tu, wajib pakai tatkala cuaca sejuk macam dok kat Negara Omputeh tuu , korang calit jer kat kawasan hidung terutama area lubang hidung sebab kawasan situ nipis dan mudah luka bila cuaca sejuk melampau.

Krim Tumit SUCHI

Krim tumit sangat penting untuk jemaah. Kalau tak jaga, tak pakai krim tumit yang baik, tumit akan merekah, silap hari bulan berdarah! Aduhh … tahap ni dah merana sakitnya. Huhuuu…

Krim tumit Suchi ini berperanan untuk melindungi tumit supaya tidak merekah atau pecah setelah lama berjalan. Ianya mudah meresap kedalam kulit dan tak mendatangkan rasa melekit di tapak kaki. Seperti produk-produk Suchi yang lain, krim tumit Suchi turut diperkaya dengan khasiat minyak zaitun, lidah buaya, minyak bunga matahari, lilin lebah dan daun pudina.

B’Fit Losyen SUCHI

B’Fit Losyen Suchi ini bertindak sebagai pelega yang pantas untuk menangani masalah lenguh. Nina suka sebab ia cepat meresap, terasa dingin dan melegakan. Bila Nina pi travel banyak berjalan, lenguh kaki pastu Nina sapukan B’Fit Losyen ni kat bahagian yang lenguh, ia amat melegakan, hilang rasa lenguh. Suka laaa…!!

Losyen ini juga seperti losyen tangan tadi, merupakan produk ‘waterbased’ dan mesra ibadah. Ia tidak melekit, tidak berminyak dan selesa dipakai walaupun sedang melakukan aktiviti harian.

Menarik  kannn..?? Set Travel SUCHI ni ada beberapa set yang lain mengikut kesusaian dan keperluan measing-masing. Walau apa pun Set Travel SUCHI sememangnya satu keperluan yang wajib bawak keteka menunaikan Umrah Haji dan ianya hadiah terbaik untuk bakal jemaah.

Kenapa harus pilih SUCHI Set Travel Umrah Haji

Nina bersetuju dengan MamaKembarTiga, SUCHI set Travel Umrah Haji Halal ini terbaik sebab :-

1- Saiz yang kompak dan mudah dibawa kemana mana, senang nak sumbat dalam beg ketika travel sebab tak makan banyak ruang dan tak berat.

2- Saiz setiap botol tu menepati syarat saiz barangan cecair yang boleh dibawa menaiki kapal terbang iaitu dibawah 100 ml. Beg lutsinar untuk simpan semua item ni pun dah ada, jadi tak perlu risau lah nak bawa naik kapal terbang.

3- Set yang mengandungi ‘daily essentials’ yang memang kita akan guna semasa travel. Sebenarnya set travel Suchi ni ada beberapa jenis, kalau nak yang lengkap dengan ubat gigi dan deodoran pun ada.

4- Tidak mengandungi wangian dan bebas paraben, InsyaAllah sesuai untuk kulit sensitif.

5- Dan paling penting sekali sebagai kosmetik untuk umrah dan haji tentulah ianya sah digunakan ketika ihram. Malah status produk Suchi ni turut mendapat sokongan dari Mantan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Jadi tak perlu risau atau was was bila guna.

Set kosmetik HALAL Umrah Haji

Antara produk tambahan lain yang menarik buat bakal tetamu Allah ialah Bedak SUCHI Umrah Haji ini yang juga HALAL dan tiada sebarang bau. Bagusnya ia juga mencegah dari bau badan.
Lepas pakai Bedak Talkum SUCHI, Nina calit sikit Lipbalm NUUR SUCHI ByGaleriMuslim Lip Balm HALAL Terbaik Untuk Merawat bibir kering. Best giler lipbalm NUUR ni tau, pas calit dah tak perlu pakai lipstik dah. Warna dia tukar ikut darah gitu. Cantik!

Lip balm NUUR merawat Bibir kering halal

Kat mana nak beli Set Travel SUCHI?

Tak susah pun, korang boleh order online je dari website Suchi. lagi best kann, korang pi laaa layan Facebook dan Instagram diorang. Depa akan terkini berita terkini mahupun info penting untuk bakal jemaah.

Website: https://suchiofficial.com/
Facebook: SuchiByGaleriMuslim
Instagram: SuchiOfficial
Telefon: 018-2909879

Kedai kelengkapan Haji Umrah Galeri Muslim

Selain tu, beruntung buat penduduk sekitar Senawang sebab Galeri Muslim – one stop center butik terbesar SUCHI terletak kat sana. Lagi syiokkk pi sana belek-belek segala keperluan. Cari lah apa pun keperluan semua ada kat sana. Lengkap!

Bukan saja ada kelengkapan Haji Umrah, malah… Jubah, tudung, telekung, shawls, kurta pun ada! Harga lak memang mampu beli. Tak caya pi laaa sendiri tengok ehh… Rambang mata awakkk… Semua cecantik! Dah boleh usha baju jubah Raya ni. Eh!Puasa pun belum. HAhaa…

Related posts:

"Aney, mee goreng mamak satu" : Ini resepi rahsia mee goreng mamak

Cara Masak Resipi Ayam Sweet Sour Sedap Paling Cepat Mudah

Ohhh ... Jatuh cinta dengan Tshirt muslimah Hana Tajuddin

Alahai... Senang jer buat Vietnamese Spring Rolls

Lifestyle Review Tips Travel Galeri MuslimHalalidea hadiahProduk HalalSet Kelengkapan Umrah HajiSet Kosmetik Umrah HajiSet Mandian Travel HalalSet Travel Umrah HajiSUCHISuchi By Galeri Muslim

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (33)

  1. Sherry says:
    April 2, 2019 at 11:21 am

    looks like a good set to try out, its also like a travel size for easy travel use too. Shall let my friends to know I think they will wanna to check this out as they are traveling soon.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 3, 2019 at 3:44 am

      Sherry, set travel ni lengkap dan good produk. Kita jalan jalan cuti dalam Malaysia pun bawak ni jer. Ringkas!

      Reply
  2. el says:
    April 2, 2019 at 1:31 pm

    ingatkan review pasal sushi..tetiba terbantut kelaparan haha..tp travel kit suchi sgt comel and senang nak bawa..lengkap semua..tak payah risau dah tentang hal2 toiletries

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 3, 2019 at 3:41 am

      Amboi El… Ingat makan jer eh. Hahaa.. Tau laaa sana sini dok food review Ramadhan kann. Hehee…
      Yup set travel SUCHI melengkapkan kelengkapan travel dan umrah haji. Senang bawak

      Reply
  3. Ezna says:
    April 2, 2019 at 4:01 pm

    Krim tumit pun ada?. Senang la ada set ni. Kecik je kalau nak bawa travel. Nama pun suchi mestilah barangan ni suci dan halal ye tak?. First time dengar ni Nina…

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 3, 2019 at 3:40 am

      Krim tumit dia recommended Ezra. Cepat meresap dan melembabkan kulit. Sebelum pegi lagi dah kena start pakai baru efektif, bukannya dah sakit baru pakai. Alhamdulillah good produk.

      Reply
  4. Rane Chin says:
    April 2, 2019 at 4:03 pm

    First time hearing the brand SUCHI. The packaging look good though. I like the Set Travel as it is very convenient to bring to travel kan. nice

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 3, 2019 at 3:38 am

      Yup, Travel set SUCHI very convenient kannn? Comel lak tu

      Reply
  5. ajumohit says:
    April 2, 2019 at 9:28 pm

    pek kembara yang mudah dibawa travel. sesuai dijadikan hadiah untuk mereka yang ingin menunaikan umrah dan haji, aah jeles juga tengok kawan ramai dh tunaikan ibadah ni, insha allah ada rezeki kita ameen

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 3, 2019 at 3:35 am

      Aju, InsyaAllah… Kita sesama doa eh moga ada rezeki tuk kita nanti. Aamiin

      Reply
  6. ayu rafikah says:
    April 2, 2019 at 9:33 pm

    pernah dengar jenama ni…memang set ni penting bagi mereka yang ke tanah suci..sebab kita boleh guna tanpa was-was..dan didatangkan dengan pembungkusan macam tu memang sangat mudah dan praktikal

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 3, 2019 at 3:34 am

      Kannnnnn Ayu. Mudah bawa, siap ada bag dia sekali, sesuai gak buat hadiah.

      Reply
  7. Mahamahu says:
    April 2, 2019 at 11:40 pm

    Bagus lah produk ni kenapa masa kita pergi Umrah tak ada semua ni lengkap hehehehe tapi yang losyen tu ada bau ker boleh pakai masa ihram ker hehehehe tanya jer tau. Tapi bagus macam ni nak beli satu dapat semua lengkap…

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 3, 2019 at 3:34 am

      Actually produk ni dah lama ada kat pasaran. Cuma kita yang tak perasan huhuuu… Next time ada rezeki pi umrah lagi leh laa bawak set ni atau hadiahkan tuk sesapa yang nak pegi nanti eh.
      Losyen dan semua produk ni tak de bau. Tak de bahan pewangi. Kita yang typo. Huhuu.. (makaseh alert kasitau kita)

      Reply
  8. Rawlins GLAM says:
    April 3, 2019 at 12:15 am

    Bagus kan ada set sebegini. Boleh la melaksanakan ibadat dengan tenang dan tanpa ragu-ragu kan. Dah la harganya memang mampu milik dan travel-friendly too.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 3, 2019 at 3:31 am

      Yup… Harga nya amat berpatutan dan mudah dibawa travel.

      Reply
  9. Lia Hasty says:
    April 3, 2019 at 6:51 am

    First time juga dengar nama produk ni. Salah satu idea gak nak ng dekat kawan/saudara Yang pergi menunaikan haji atau umrah. Selamat digunakan juga.

    Reply
  10. Hanny Abdullah says:
    April 3, 2019 at 7:15 am

    Bagus jugak ada set macam ni kan. Selamat digunakan ketika disana. Idea yg bagus untuk hadiahkan set ni utk sedara mara atau kwn2 yg nak menunaikan umrah/haji nanti

    Reply
  11. Fadzi Razak says:
    April 3, 2019 at 9:09 am

    Bagus kan ade set macam ni. Senang bawak travel. Dan nama brand ni pun rasa sangat selamat dan dipercaya. Nak nak pulak bila pergi umrah ke haji. Mesti nak pakai produk produk yang diyakini dan tak ada unsur unsur syubhah

    Reply
  12. Izaramli says:
    April 3, 2019 at 9:29 am

    Senangnya ada ser macam ni. Masa mak iza nak pergi haji dulu kemain susah nak cari set macam ni. Lepas ni kalau iza pulak nk pergi haji dah tau dah mana nak cari.

    Reply
  13. CINDY TONG says:
    April 3, 2019 at 11:02 am

    ini bagus untuk yang nak ke haji! such a great concept…ingredient pun bagus!

    Reply
  14. Saidila Rahman says:
    April 3, 2019 at 12:55 pm

    ai memang guna suchi nih nina , siap bawak sampai korea lagi..lipbalm dia bagus untuk protect bibir dalam cuaca sejuk …shower gel dia pun besttt guna sebab boleh hilangkan gatal2..losyen dia ai guna kat muka jugak sebab nak elak kering masa winter

    Reply
  15. kylie cre8tone says:
    April 3, 2019 at 3:15 pm

    looks like it’s a great product… first time heard of this brand.. so convinient to bring to travel.. yeah!

    Reply
  16. Wawa Ashihara says:
    April 3, 2019 at 5:05 pm

    Bagus betul ada set cmni utk org pergi umrah & haji kan… Yelah2..kadang2 kita tak teringin bnde penting mcmni pun kdg2 terlupa… Siap ada utk krim tumit.. Mmg bagus sbb kat sana byk pergerakan yg kena buat… Lagi² utk org tua…

    Reply
  17. Syamimi says:
    April 3, 2019 at 7:18 pm

    Alahai.. Comelnya ada pack mudah nak dibawa begitu.
    Bila kita pergi tempat orang, memang banyak faktor kena titikberatkankan.
    Lagi lagi dalam nak mengerjakan ibadah.
    Kena pilih produk yang bersesuaian.
    Untuk keselesaan juga.

    Reply
  18. Wawa Ashihara says:
    April 3, 2019 at 7:57 pm

    Bagus ada produk ini.. Sesuai la utk bg hadiah utkpara tetamu Allah yg nak pergi umrah & haji kan.. Lagi2 krim tumit.. Memang digalakkan sgt2 kena ada.. Sbb byk pergerakan disana..

    Reply
  19. Zandra Siti says:
    April 4, 2019 at 8:27 am

    Sets macam ni actually very good. Ada yg tak sampai RM 100 pun. In which kalau sets ni nak pi bawa travel pun boleh sbb dia prepare everything. Tinggal bawa je cukup lengkap.

    The best part bila mmg dh dibuat travel pack, tak risau nak bawa pi naik flight. Dah siap2 dah dibuat ml dia mengikuti syarat kan.

    Reply
  20. AlongMurni says:
    May 28, 2019 at 6:06 pm

    Bagus la ada kelengkapan 1 set utk brg penjagaan diri bila mengerjakan haji atau umrah.. Leh la AM beli satu utk hadiahkan pd mak cik yg nak ke haji nnti..

    Reply
  21. kylie cre8tone says:
    May 29, 2019 at 10:17 am

    such a lovely travelling set.. convinient to bring around… great tips you are sharing there…

    Reply
  22. Ahsan says:
    October 22, 2020 at 10:44 pm

    Great & useful post thanks for sharing.

    Reply
  23. Car Towing Near Me says:
    March 19, 2024 at 3:34 am

    I enjoy every little bit of it. It is a great website and has a nice share. I want to thank you. Good job! You guys do a great blog and have some great content. Keep up the good work.

    Reply
  24. Towing in Fulshear says:
    August 30, 2024 at 6:28 pm

    But thank you for sharing such a wonderful idea. I like this blog’s theme and the idea of putting things right.

    Reply
  25. Sobia Nazir says:
    October 11, 2024 at 11:14 pm

    I appreciate all of the time and effort you took to share your knowledge. This is a great thing to spread. Proceed. Thank you for sharing.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes