Pulut Sekaya sedap

Oooo… Lain rupanya rasa Pulut Sekaya ngan Seri Muka

Pulut Sekaya

Hurmm… Memula Nina ingatkan Pulut Sekaya ni sama jer rasa dia macam kuih seri muka. Memandangkan baru-baru ni kat group whatsapp sekolah dok canang citer pasal pulut sekaya air tangan Yana maka dengan anjakan paradigma Nina pun terjebak ! support bisnes kengkawan Pulut Sekaya Sedap

Haruslah nak merasa kannn…?? Nina pun order laa pack budget tuk makan-makan kat rumah. Size loyang bulat kecik jer, cukup laaa kan. Tak kan nak order saiz loyang yang besar macam tuk kenduri tuu… Hahha

Bukan apa, setidaknya bila orang dok citer pasal pulut sekaya (PS), “Elehh…. Nina tahu ni, Nina dah pernah rasa” kannn…. Idok lerr nanti macam katak dalam tempurung.. Buat korang yang tak tahu, kuih ni merupakan kuih tradisi yang terkenal kat belah Utara.

Tak sama ngan Seri Muka

Ok, dari segi rupa paras memang berseri-seri laa macam kuih Seri Muka… Lapisan atas nya yang sejuk mata memandang dengan warna hijau daun pandan yang menenangkan. Bahagian bawah nya pula sama macam seri muka, iatu pulut. Kalau orang yang cincai-cincai gerenti bilang PS dengan seri muka ni sama aje!

Nina pernah kongsikan resepi seri muka sebelum ni. Pernah buat style Seri Muka Pelangi kengkonon hipster dan Nina pun pernah buat resepi Seri Muka tanpa telur.

Pulut Sekaya sedap

Hakikatnya ada beberapa perbezaan. Bahagian hijau pulut sekaya ni tak laa selicin flawless kuih seri muka. Seri muka ni yang mana pandai buat akan mendapat hasil yang sangat licin tanpa ada tanda titisan air wap semasa proses mengukus. Smooth je…

Tapi tuk PS ni pula atasnya memang tak berapa licin. Sebab apa tau… Kalau korang tau laa, resepi pulut sekaya perlukan banyakkkkkkkkkk telur! 6 biji you sekali adunan. Rasa part hijau depa ni memang berbeza. Tekturnya lebih halus, lembut, gebu, lemak dan rasa macam mak makan part hijau aje, boleh?! Hahaa..

Berbeza lak ngan seri muka yang bahagian atas sedikit pejal. Tak terlalu keras dan tidak selembut sekaya. Bahagian bawah lak kedua-dua nya sama. Ada pulut! Sedap weyy pulut.. Tapi Geng dah warning Nina tak boleh makan banyak-banyakkkk pulut. Nanti migrain Nina datang, dia yang risau. Siannn dia.

Buat yang nak order PS tuk sebarang majlis keramaian, open house ke, office meeting ke, sedekah kat surau masjid ke atau korang pun terjebak teringin teragak gak nak pekena pulut sekaya macam Nina…

Meh laaa order ngan kawan sekolah Nina . Korang panggil dia Yana. Cantik manis orangnya. Manja lak tu… Oopss…!! Sorry Yana. Heheh…

Pulut Sekaya Sedap

Tengok tuu… Siap ada tagline gitu
“Bolehkah Aku Sekaya Pulut Sekaya “
Chewah…!!

Kalau tak salah Nina ada pelbagai versi. Acececehhh… Pulut sekaya pun nak hipster gak. Hehe

Pulut Sekaya Original
Pulut Sekaya Lemon Cheese
Pulut Sekaya Durian
Pulut Sekaya Pisang

Nina dah rasa yang original dan lemon cheese. Komen Nina?
Hurmm…. “Yana, tahniah… sedap! Tak cukup laaa” Maka , lain kali Nina kena order size besar nampaknya! Tapi … Ssyyhh… jangan kasitau Geng tau! Bising dia nanti Nina makan pulut banyak. Hahaha

Pulut Sekaya Sedap

Related Post
Harta Pusaka Nenek
Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat Read more

Chicken Pox
Chicken Pox

Chicken Pox -  demam cacar  / demam campak Chicken pox yang dikenali dengan nama cacar air, jintungan atau bertih dalam Read more

Shaken Baby Syndrom (SBS)
Shaken Baby Syndrom (SBS)

Kisah yang ingin dikongsi buat semua ....Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki Read more

Paku Di Hati …
Paku Di Hati …

PAKU DI HATI...Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Read more

Please follow and like us:
4 Comments
  • cik za
    Posted at 17:52h, 12 March Reply

    kenapa nampak sedapnya.. perut lapar time-time hujan ni

  • Julia Johari
    Posted at 17:07h, 13 March Reply

    Ya Allah tgk pulut sekaya petang2 gini laparrrrrrrrrrrrnyaaaaaaaaaaa….nak carik hahahaha

  • Shiqin Sunshine
    Posted at 12:01h, 14 March Reply

    Alahai nampak sama sgt…hahha tau makan je…tatau beza…kihkih…jemput singgah blog 😉

  • Mama Kembar 3
    Posted at 18:40h, 14 March Reply

    I ingatkan sama ja ngan seri muka. Nampak sedapppp tu

Post A Comment

Follow by Email
Instagram