Ayam antara menu paling senang, paling mudah dan boleh dikatakan ayam adalah menu utama dalam masakan harian. Selalunya menu berasaskan ayam antaranya Ayam Masak Merah, Ayam Masak Kicap, Ayam Goreng Berempah dan mereka yang sukakan menu diet tentu suka Ayam Masak Halia. Setuju?
Ayam Oh ayam… Sekarang ni bukan harga ikan kembung aje dah naik, harga ayam pun sama. Semua barang pun naik harga. Kalau dulu dengan RM15 tambah sikit lagi dah boleh dapat seekor ayam saiz sederhana. Sekarang ni dengan harga RM15 dapat gak ayam tapi separuh aje. Sedih betul!
Amboi .. Cantik pulak ayam dok posing gini! HAhaa
Nak beli ayam kena tau pilih jugak. Dah laa semua pun mahal sekarang so kita lah bijak membeli.
Ketahui TIPS PILIH AYAM SEGAR
Nina dah citer terperinci beberapa tips yang penting korang kena titikberatkan adalah warna ayam, tekstur ayam, bau ayam dan lagi korang baca kat bold atas tu eh..
Akhirnya.. Walaupun harga ayam mahal, ikan kembung mahal, segala apa pun mahal, hidup harus diteruskan. Redha jer laa kann?
Masakan Ayam Paling Mudah Cepat
Ayam Masak Halia ni paling mudah cepat senang masak. Bahan pun tak banyak guna. Jimat! Tak payah santan, tak payah rempah segala, tak payah minyak banyak tuk menggoreng, tak payah … Eh! Semua pun tak payah baik tak payah masak dan tak payah makan! Lagi senang.. Haha
Jom lah tengok resepi mudah Nina. Mana lah tau, bahan yang mudah dan senang masak ni boleh sejukkan hati membara korang. Relax! Semua orang pun lalui dugaan yang sama. Huhuu . . .
Ayam Masak Halia Paling Senang Sedap
bahan-bahan
3 ketul dada ayam – potong / hiris kecik
1 ulas bawang putih
6cm halia (dihiris pajang2)
serbuk lada hitam
bawang besar potong bulat (untuk hiasan)
cili merah
Carrots
Bahan perap (selama 20 minit)
3 sudu besar kicap manis
4 sudu besar sos tiram
6cm halia – diblend
Cara masak ayam masak halia
1- Bersihkan ayam, perap dengan bahan perapan selama 20 minit atau lebih
2- Panaskan minyak untuk menumis. Tumis halia sehingga garing. Kemudian masukkan bawang putih
3- Masukkan ayam yang telah diperap tadi. Masak hingga ayam empuk. Jika suka berkuah boleh lah tambahkan air
4- Masukkan garam & gula secukup rasa. Masukkan juga cili potong, bawang potong & serbuk lada hitam
5- Sedia dihidangkan… Sedap makan panas-panas! Wallaa…
Kebaikan manfaat HALIA dalam masakan dan kesihatan
Halia adalah rempah yang sering digunakan dalam masakan dan mempunyai pelbagai kebaikan yang berkaitan dengan rasa, kesihatan, dan kesejahteraan. Berikut adalah beberapa kebaikan halia dalam masakan:
- Rasa dan Aroma: Halia memberikan rasa dan aroma unik kepada masakan. Ia boleh menambahkan kehangatan, kepedasan, dan sentuhan segera kepada hidangan, menjadikannya lebih lezat dan menarik.
- Pencernaan yang Lebih Baik: Halia telah lama digunakan dalam perubatan tradisional untuk membantu pencernaan. Ia boleh membantu merangsang pengeluaran enzim pencernaan, mengurangkan rasa kembung, dan meringankan masalah pencernaan seperti loya perut.
- Anti-radang: Halia mengandungi zat anti-radang semulajadi yang dikenali sebagai gingerol. Ini boleh membantu meredakan radang dalam badan dan membantu dalam merawat keadaan radang seperti arthritis.
- Booster Imun: Kandungan anti-oksidan dalam halia dapat meningkatkan sistem imun tubuh, membantu melawan jangkitan dan penyakit.
- Pengurangan Rasa Mual: Halia adalah penawar semulajadi untuk rasa mual. Ia sering digunakan untuk merawat mual yang disebabkan oleh morning sickness semasa kehamilan atau selepas pembedahan.
- Penurunan Kolesterol: Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan harian halia boleh membantu mengurangkan tahap kolesterol dalam darah, yang berpotensi mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Peningkatan Aliran Darah: Halia juga dapat membantu meningkatkan aliran darah. Ini boleh memberi manfaat kepada kesihatan jantung dan mengurangkan risiko masalah sirkulasi.
- Kurangkan Rasa Sakit: Halia boleh membantu meredakan sakit kepala, sakit perut, dan sakit otot dengan mengurangkan keradangan dan meningkatkan aliran darah. Korang boleh cuba Cara buang angin dalam badan tanpa ubat dengan menggunakan HALIA
- Pelengkap Hidangan: Halia sering digunakan dalam pelbagai hidangan, termasuk sup, kari, tumis, dan hidangan laut. Ia dapat menghidangkan pelbagai citarasa dan menambah keunikan kepada hidangan.
- Keselamatan Makanan: Halia adalah bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk mengawet dan memperpanjang tarikh luput makanan, seperti dalam hidangan jeruk.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengambil halia dalam jumlah yang bersesuaian dan berunding dengan profesional kesihatan jika anda mempunyai sebarang kebimbangan kesihatan atau mempertimbangkan penggunaan halia dalam bentuk makanan tambahan. Jika digunakan dengan bijak, halia adalah tambahan yang bermanfaat untuk pelbagai jenis hidangan dan boleh memberi faedah kepada kesihatan kita semua.
Resepi Ayam Masak apa lagi yang popular
Buat yang sukakan menu Ayam, korang boleh cuba :-
8 RESEPI AYAM BAKAR MUDAH MENGGUNAKAN AIR FRYER
Semua mudah simple cepat dimasak. Antaranya Ayam Bakar Simple, Ayam Bakar Percik, Ayam Bakar BBQ, Ayam Bakar Tandoori dan banyak lagi yang best best. Cuba tau!
kejamnya entry ni…sejuk2 hujan lebat ni tgok gambar terus lapar perut
best juga kalau buat lauk ni mkn tghari sat lagi…
ayam masak halia ni cukup mudah dan sedap