Ayam antara menu kegemaran ramai kann? Menu yang paling senang, goreng kunyit jer pun dah sedap. Tapi tau tak korang Tips pilih ayam segar? Ayam masak apa sedap? Makcik-makcik bawang sure bilang “Alahai… Beli ayam jer pun, takkan tak reti beli” Iyer tak?
Haishh… Kadang-kadang benda paling senang lah ada je orang yang tak tahu. Lain laaa kalau siang ikan tak reti harus laaa gebang sana sini kasitau masyarakat. Ramai je orang suka cerita aib orang lain. Seronok jaja cerita agaknya. Tapi memang susah giler apa siang ikan kannn? Eerrkkk…
Ok laaa… Tak kisah laaa reti ke tak, saja nak share info kot ianya berguna pada yang memerlukan. Kot kot ada abah-abah mithali cam geng suka pi pasar. Boleh lah praktikkan tips beli ayam segar ni.
5 tips memilih ayam segar
1. Warna ayam
Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan adalah ayam yang segar. Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.
2. Tekstur ayam
Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu.
Isi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama.
Ayam yang kenyal biasanya diletakkan formalin. Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik.
3. Darah ayam
Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.
4. Bau ayam
Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.
5. Lalat
Sekiranya ada lalat yang mengurung atau hinggap pada ayam, biasanya ayam ini tidak lagi segar. Berpindah ke penjual yang lain dan elakkan membeli pada penjual yang dihurung lalat.
Info : Chef Arm https://www.facebook.com/100029090702304/posts/193087438337612/
Senang jer kannn? Tak banyak pun kena hafal. Hahaa… Lagi bagus, korang beli ayam kat pasar yang baru sembelih. Fresh gitu. Paling penting ianya HALAL Toiyiban. Ayam gini buh garam kunyit sikit , goreng saja pun dah sedap!
Ayam masak apa sedap?
Kalau kat rumah Nina, menu ayam suka masak menu gini. Korang click jer link kat bawah ni eh…
Ayam Masak Kurma Paling Senang Sedap
Ayam Masak Halia paling senang sedap
Ayam Stim Halia Eat Clean Menu Diet
Ayam Kicap Bersantan Hitam Itu Menawan
Nasi Ayam Paling Senang Mudah Cepat Masak
Ayam Bakar Satay Sedap Style Nina
Ok pasni korang dah pandai beli ayam, dan kot buntu ayam tu nak masak pun Nina dah share beberapa menu yang semua senang cepat dimasak. Menu yang susah nina pun tak kuasa! Nina pun malas gak orangnya. HAhaaa
Suka ayam masak merah . Lapar lak aihhh tetiba . Hahaha
Wah.. terima kasih sebab share.. nanti nak try lah buat kat rumah
Selalu memang akan bising laa dengan penjual aaym tu..tanya ayam ni bila punya..smabil2 pot pet tu mata dok melihat warna ayam..isi ayam..lalat bagai kalau ada..hehe