Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

January 30, 2015November 17, 2016

Tauhu Goreng Sumbat Isi Ayam….. kenapa sumbat? pasal…….

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera Tauhu Goreng Sumbat Isi Ayam

Isi Kandungan hide
1 TAUHU GORENG SUMBAT ISI AYAM
2 Related posts:

Salam Jumaat
Al-Fatehah …..
Titipan ikhlas dari Nina buat mangsa MH370. Tiada kata yang dapat diungkapkan. Andai benar mereka telah terkorban, T_T Nina doakan moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman hendaknya. Aamiin…

Tak tau nak story mory tentang apa hari nie. Sayu, sebak rasa hati ini …. Kat kawasan rumah Nina time gini, cuaca mendung macam nak hujan seolah memahami kesedihan seluruh rakyat Malaysia ketika ini. Nina dimaklumkan selepas solat Jumaat tadi, masjid-masjid utama di Malaysia mengadakan bacaan tahlil buat mangsa MH370.

Dalam pada kesedihan dan kehibaan, mangsa MH370 amat bertuah lagi beruntung kerana seluruh rakyat Malaysia sama-sama tanpa henti mendoakan untuk mereka. … Walaupun kami tidak mengenali mangsa MH370 secara peribadi. Tak mau citer banyak lagi …… sedey~ huhuuu . . . .

Back to basic, soalan yang kerap di tanya kat Nina.. Hari nie Nina masak apa? Apa menu lunch Nina hari nie? Nina, minum petang nie masak apa? Tadi breakfast Nina makan apa? Apa.. apa… apa…?? Hehee .. . .
Hhrmm…. Agaknya kalau Nina aje kena story pasal makan, menu & resepi ker? Ok ok ….. tak mau gadoh-gadoh. Jom tengok resepi yang Nina sharekan tuk hari nie..

Tauhu goreng sumbat isi ayam nama diberi…. Kenapa sumbat? Pasal nak sumbat inti isi ayam dalam tauhu nie…. Apa yang u allz terfikir nak sumbat dalam tauhu nie boleh aje disumbatkan. Tak de pantang larang.  Itu aje. So we call tauhu goreng sumbat isi ayam boleh? Boleh laaa kan? kan kan kannnn…..

Tauhu berinti Nina pernah buat sebelum nie… nama glamour nya Tauhu Bunga Terbalik. Boleh refer SINI….. untuk rujukan dan step by step. Kali nie Nina gunakan tauhu kering juga (tauhu yang selalu digunakan untuk letak dalam Mee Kari tu) tapi this time segi empat. So result kejadiannya tak jadi bunga….. Jadi apa?

.

.

.

.

Jadi tauhu gak laaa…. Hahahaa….!! Oopsss sorry~
Anyway, sedap dimakan panas-panas! Tapi kena hati-hati time makan pasal sure tak akan perasan dah beberapa ketul dah dibelasah! Hehee . . . . habis diet (Nina diet ker??)

Tauhu Goreng Sumbat Isi Ayam
Tauhu Goreng Sumbat Isi Ayam. Menarik kann..?? Makan panas-panas memang layan…


TAUHU GORENG SUMBAT ISI AYAM

Bahan-bahan
10-12 keping tauhu kering empat segi
1 keping daging ayam kisar
1 biji bawang besar – dipotong dadu
1/2 carrot – dipotong dadu
6-7 biji cendawan bulat – dipotong dadu
daun bawang – dihiris halus
cili merah sikit – dihiris halus
1 biji telur
isi tauhu
garam secukup rasa

Cara penyediaannya
1- Belah dua tahu tersebut.
2- Korek dan keluarkan isinya perlahan-lahan dan ketepikan.
3- Bahan-bahan inti disatukan kesemuanya termasuk juga isi tauhu tadi (tak baik membazir, sayang kalau dibuang kannn…. ) dan masukkan inti ke dalam tauhu hingga penuh.
4- Setelah itu goreng hingga garing. Cara menggoreng ala-ala deep fried,
5- Bila dah kekuning-kuninggan, angkat dan toskan
6- Sedia dihidangkan dengan cili sos kegemaran.

** Hidangan nie amat sesuai sebagai menu kudap-kudapan/sampingan kalau nak buat majlis, party ataupun open house. Pasti laju dan yang penting tuan rumah kenalah buat stok banyak-banyak ehh….

Selamat mencuba!

 

Related posts:

Wany Hasrita! Oooo... Rupanya dia lah ...
Situ sana sini... Mana-mana ada Potato Fritters. Sedap ranggup!
Resipi AYAM MASAK MERAH SEDAP MUDAH
Allahu... Asthma menyerang kali ke-2. Nasib baik ada ....
Lifestyle Resepi Ayamkudap kudapanmenu anak susah makan nasimenu anak-anakresepi mudahresipiTauhu GorengTauhu SumbatTelur

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes