Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

DURIOO PLATFORM KANAK-KANAK MENERAPKAN NILAI ISLAMIK
March 7, 2022

DURIOO PLATFORM KANAK-KANAK MENERAPKAN NILAI ISLAMIK

DURIOO PLATFORM KANAK-KANAK NILAI ISLAMIK

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Nenek bukan sebarang nenek! GRANDMAMA'S Pavilion Awesome!
3 Roti Lapis Daging Cheese..... Nyummy!
4 Menu Sahur Mudah Cepat | Ikan Tenggiri Masam Manis
5 Day11 TEMPE GORENG CRISPY Menu Mudah Bekal Sekolah Eilhan

Sebut aje Omar dan Hana semua kanak-kanak pun kenal. Karektor karton animasi Islamik yang cukup sinonim dengan kebaikan dan pengajaran. Paling Nina suka Omar dan Hana menerapkan nilai murni seperti hormat orang tua, berterima kasih dan mensyukuri nikmat.

Alhamdulillah!
Ayat ni laa yang selalu anak-anak Nina ucapkan  siap dengan intonasi style Omar Hana. HAhaa..
Okies, ada berita gembira untuk MakPak yang anaknya suka tonton  sambil belajar dengan cara yang mudah tapi berkesan. Sekarang ni pun semua Belajar Online

Deco Hari Jadi Murah Cantik

Kesayangan Nina! Nina setuju pelbagai peringkat usia lebih mudah faham dan belajar dengan menonton.

Durioo + 

Januari lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa telah melancarkan sebuah syarikat Animasi Teknologi Malaysia bernama Durioo. Sebulan selepas dilancarkan, pada 18 Februari 2022, Durioo dengan rasminya telah mengumumkan platform penstriman global pertama mereka yang dipanggil Durioo+. Platform yang berasaskan langganan itu bertujuan untuk menyediakan kandungan Islamik yang berkualiti tinggi dan bermanfaat untuk kanak-kanak di seluruh dunia. 

DURIOO + Platform Penstriman Khas Buat Kanak-Kanak Muslim Di Seluruh Dunia yang Menekankan Nilai-Nilai Islamik

Durioo+ ditubuhkan oleh pengasas serta individu-individu kreatif yang menghasilkan siri animasi Omar & Hana dan Didi & Friends (Digital Durian) dimana animasi tersebut telah meraih kejayaan global dan memperoleh lebih daripada 13 juta pengikut di saluran-saluran YouTube mereka. Durioo+ ini akan menjadi batu loncatan untuk memantapkan kedudukan Durioo sebagai platform animasi untuk kanak-kanak Muslim dari seluruh dunia di samping memainkan peranan penting dalam ekosistem animasi digital di Malaysia. 

12 RANCANGAN JENAMA DURIOO YANG MENARIK

Sempena pelancarannya, pelanggan Durioo+ boleh menjangkakan lebih daripada 100 episod yang terdiri daripada animasi dan bukan animasi berteraskan nilai dan prinsip pegangan dalam Islam. Ia juga merancang untuk menampilkan 30 kandungan baharu setiap minggu bagi memberikan pengguna lebih banyak pilihan kandungan untuk ditonton. Syarikat itu juga akan membawa lebih daripada 12 rancangan baharu di bawah jenama Durioo Originals. Antaranya ialah Mina Mila, Little Ammar, Abibi, dan banyak lagi. 

Pelanggan Durioo+ mempunyai akses untuk menonton kandungan yang dihasilkan oleh tim kreatif Durioo dan juga rancangan-rancangan menarik melalui kerjasama dengan studio produksi lain seperti Bubu Lala – produksi bersama dengan Yeah Yeah Yeah Studio, Polytako – animasi yang dihasilkan bersama dengan Kanaloa Malaysia dan Zehni – pengeluaran bersama Philandure. 

Sinan Ismail, pengasas Durioo juga berkata pelancaran Durioo+ adalah langkah pertama dalam merealisasikan aspirasi mereka untuk menjadi platform penstriman pilihan utama bagi kanak-kanak Muslim di dalam dan di luar Malaysia.

“Kami mahu menyediakan platform yang selamat bagi membantu membina asas Islam yang kukuh untuk penonton kami dengan menyampaikan kandungan pendidikan yang mengajar tentang nilai asas dan kebaikan dalam Islam,” – Sinan Ismail

Dengan Durioo+, Sinan berharap dapat mendekati kanak-kanak Islam di seluruh dunia supaya mereka bukan sahaja dapat menonton dan berhibur tetapi juga mempelajari tentang keindahan agama Islam. 

MUDAH! DOWNLOAD APPS DURIOO + DI PLAYSTORE

Untuk penstriman dalam talian, layari laman web https://duriooplus.com/ atau untuk akses yang lebih mudah, pengguna boleh memuat turun aplikasi Durioo+ yang boleh didapati di kedua-dua gedung aplikasi iOS dan Android termasuk Apple TV dan Android TV.

DURIOO PLATFORM KANAK MENERAPKAN NILAI ISLAMIK

Harga DURIOO +

Durioo+ menawarkan langganan dengan kos bulanan hanya RM12.90 atau langganan tahunan pada harga RM129.90 sahaja. Durioo+ juga menawarkan percubaan percuma selama 7 hari. 

Selain itu, berita baik untuk pembaca di luar sana!
Korang boleh menggunakan promo kod
“ NINADURIOO ” untuk menikmati diskaun sebanyak 30% bagi langganan Durioo+ bulan pertama. Rebut peluang ini untuk melanggan Durioo+ hari ini juga.

Related posts:

Nenek bukan sebarang nenek! GRANDMAMA'S Pavilion Awesome!

Roti Lapis Daging Cheese..... Nyummy!

Menu Sahur Mudah Cepat | Ikan Tenggiri Masam Manis

Day11 TEMPE GORENG CRISPY Menu Mudah Bekal Sekolah Eilhan

Lifestyle Parenting Review AbibiBelajar OnlineBelajar sambil bermainBubu LalaDidi & FriendsDURIOOharga DURIOOKarton IslamikLilttle AmmarMina MilaOmar & HanaSinan IsmailTips parentingtonton Online

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (5)

  1. Nadia johari says:
    March 7, 2022 at 3:35 pm

    Memang menarik rancamgan dekat aptform Durioo+.. Suka yang ada unsur islamik

    Reply
  2. Marina says:
    March 7, 2022 at 3:49 pm

    Anak Marina suka tengok cerita macam ni

    Reply
  3. ajumohit says:
    March 10, 2022 at 12:22 pm

    suka tengok animasi ni, banyak mesej yang bagus dan ada nilai islamik

    Reply
  4. Min Shamsuddin says:
    March 10, 2022 at 12:48 pm

    Wahhh bagus sgt ni utk terapkan nilai2 islamik pd anak2

    Reply
  5. Rawlins GLAM says:
    March 16, 2022 at 11:18 am

    Bagus gak ada platform untuk kanak-kanak, dengan kandungan yang mesra kanak-kanak dan juga pendidikan semasa kan. Thanks for sharing

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes