Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

The Kids Eco Dash 2017
October 19, 2017October 19, 2017

Jom join Kids Eco Dash 2017 Run! Sabtu ni kat Menara Kuala Lumpur

Isi Kandungan hide
1 Kat mana?
2 The Kids Eco Dash Run 2017
2.1 The Kids Eco Dash 2017 2.0 2017 Tarikh : 28 october 2017 Lokasi : Taman Eko Rimba Bukit Nenas Forest Reserved @ Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
2.2 Apa yang menarik kat The Kids Eco Dash 2017 ?
2.3 Sapa boleh join ?
2.4 Pendaftaran Sukarelawan (Ibu Bapa)
2.4.1 Event Day Schedule for The Kids Eco Dash Run 2017 , 28/10/17 Taman Eko Rimba, Menara Kuala Lumpur
2.4.2 Time Activity 7.15am Participant Arrival 7.30am Warming Up Session 8.00am Race Flag Off by Category (Flag off by YBTM MoTAC) 8.45am Side activities starts 11.00am Race Course Closure
2.4.3 Sides Activities
2.4.4 1. Garden Experience 2. Recycling Games 3. Tourism Malaysia Eco House 4. Kids Craft 5. Petting Zoo
2.5 The Kids Eco Dash 2017
2.6 Related posts:
3 Sinopsis Drama ADAM CHEMPAKA TV3
4 MEE JAWA ... Jawa pun Jawa lah, janji 'Rock' !!.. Hehhee....
5 BIAR BETUL? MODAL RM3K DAH BOLEH JADI FOUNDER JENAMA SENDIRI??!
6 Cepat rebut dan Menang Hadiah !! kat Booth Traveloka di KL2017

Ke mana korang sabtu ni bawak anak-anak sabtu ni? Belum ada apa-apa program ke? tengok muka atas depa ni… sengal jer kan?! hehehe …. Boring kot. Hahaa Jahat mama gelakkan depa. Tak pe, depa bukan reti baca blog mama nya. Hhahaa… gelak lagi.!

Ok, tak de program ehh…? Ahaa… Apa kata korang bawak anak-anak korang selami alam semulajadi sambil beriadah , bersenam, bermain dan belajar tanpa paksaan.  Di samping tuu, anak-anak akan dapat kawan baru!

Korang tahu tak dengan melepaskan anak-anak bermain tanpa kita di sisi bagus untuk membina daya self confident depa di tempat awam.  Cara ini secara tak langsung, mereka yakin akan kemampuan diri sendiri, belajar berdikari dan mengawal emosi, jatidiri dan meningkatkan komunikasi rakan sebaya.

Nina suka bawak ok tipu! Geng suka bawak anak-anak ke Taman permainan, taman layang-layang, tasik titiwangsa untuk mereka beriadah.  Dan dapat kawan baru! Cerita baru, kongsi aktiviti baru bersama dan mak pak dapat kawan baru. Hehe…

Kebetulan Nina dapat tahu ada event  Sabtu minggu depan (28 October 2017) event yang menarik untuk anak-anak, Nina kongsikan ngan korang. Manalah tahu kita jumpa sana nanti… Nina tak sabar nak bawak anak-anak join. Konsep nya menarik! Love nature gitu sambil lari >>>>> untuk anak-anak tau!

Kat mana?

The Kids Eco Dash Run 2017

The Kids Eco Dash 2017 2.0 2017
Tarikh : 28 october 2017
Lokasi : Taman Eko Rimba
Bukit Nenas Forest Reserved @ Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

The Kids Eco Dash 2017 Menara Kuala Lumpur

The Kids Eco Dash adalah acara keseronokan KIDS ONLY yang disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk menggalakkan anak-anak muda melakukan aktiviti luar dan menghargai persekitaran semula jadi. Bagus ni pupuk cintai alam semulajadi dari anak kecik lagi.

Kesian anak-anak dok ngadap gadjet tab, semakphone laa, PX4 laa, X-Box laa… entah apa lagi nama Nina pun tak reti. Anak-anak Nina kurang pendedahan ni. Kita ni non-hado 🙁

Aktiviti gini memang antara aktiviti terbaik Nina terapkan tuk anak-anak Nina. Selain bawak ke Taman permainan, taman layang-layang, dengan aktiviti macam ni anak-anak akan kenal dunia sebenar, ini lah realiti kehidupan mereka.

Apa yang menarik kat The Kids Eco Dash 2017 ?

Kanak-kanak dapat berlumba seperti orang dewasa dan mengalami keseronokan dan rasa “perlumbaan besar” pada jarak yang mana mana-mana anak mana-mana tahap kecergasan boleh dicapai. Yeahh…!! Depa mesti suka lari lari lari tanpa sekatan. hahaa

Menarik kann…?? Anak-anak suka nak jadi macam orang besar. Ini lah saat nya! Husihh … Tentu havoc nengok anak-anak bersaing berlumba nak menang. Mak pak gerenti over excited tengok gelagat mereka.

Sapa boleh join ?

Kids Eco Dash 2.0 2017 bakal disertai kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun dan larian terbahagi kepada tiga kategori iaitu :

● Caterpillar untuk kanak-kanak berusia empat tahun hingga enam tahun.
● Rabbit untuk kanak kanak berusia tujuh hingga sembilan tahun.
● Tiger untuk kanak kanak berusia 10 hingga 12 tahun.

Pendaftaran Sukarelawan (Ibu Bapa)

Mak pak pula idok lerr tercongok saja. Korang pun boleh ambik bahagian menjayakan acara ni.

Ibu bapa digalakkan mendaftar sebagai sukarelawan. Penganjur akan memberikan tugas kepada sukarelawan pada hari acara. Setiap pendaftaran berhak mendapat satu t-shirt dan pendaftaran automatik di bawah program sukarela.

Ok, Nina sertakan jadual acara tersebut.

The Kids Eco Dash 2017

Event Day Schedule for The Kids Eco Dash Run 2017 , 28/10/17
Taman Eko Rimba, Menara Kuala Lumpur
Time Activity
7.15am Participant Arrival
7.30am Warming Up Session
8.00am Race Flag Off by Category (Flag off by YBTM MoTAC)
8.45am Side activities starts
11.00am Race Course Closure

Ok, selain aktiviti lari, ada banyak lagi aktiviti yang menarik korang boleh sertai. Pasti akan mengembirakan masa hujung minggu anak-anak dengan aktiviti berfaedah.

Mini Zoo in The City KL Tower
Rasanya ni aktiviti Petting Zoo kot …  Nina pernah gi Mini Zoo in The City ni kat Menara Kuala Lumpur. Best giler weyy …. Peluang keemasan kalau dapat masuk sini andai korang join event The Kids Eco Dash Run 2017 ni…
Sides Activities
1. Garden Experience
2. Recycling Games
3. Tourism Malaysia Eco House
4. Kids Craft
5. Petting Zoo

Untuk maklukan, lepas korang daftar, korang disarankan ambil Race Kit Pick Up
Tarikh : 27 Oct 2017, Jumaat ni.
Masa : 11am – 10pm
Lokasi : Malaysia Tourism Centre @ Matic Jalan Ampang

Note :

** Kit perlumbaan akan dilucutkan jika gagal dikumpulkan semasa tarikh dan masa yang ditetapkan.
** TETAPI KOLEKSI KOLEKSI PADA HARI RACE. Pengumpulan kit perlumbaan semasa hari perlumbaan tidak akan dilayan.
** Anda boleh membantu mengumpul bagi pihak rakan anda. Bagaimanapun, sila bawa salinan IC mereka.

Panduan size T-shirt dan tuk daftar korang pi layari https://www.sbbhosted.com/event/kids-eco-dash-2-0-2017-55   Daftar sekarang tau ! Last daftar ahad ni ya… 4 hari saja lagi!

Untuk lebih info korang boleh intai facebook : https://www.facebook.com/kidsecodash/
Atau whatsapp : 019-6464269

Selamat beriadah dan cintai alam semulajadi! Jumpa sana …

The Kids Eco Dash 2017

Related posts:

Sinopsis Drama ADAM CHEMPAKA TV3

MEE JAWA ... Jawa pun Jawa lah, janji 'Rock' !!.. Hehhee....

BIAR BETUL? MODAL RM3K DAH BOLEH JADI FOUNDER JENAMA SENDIRI??!

Cepat rebut dan Menang Hadiah !! kat Booth Traveloka di KL2017

Lifestyle Parenting Review Info - kesihatanInfo - ParentingInfo - Semasalove natureMenara Kuala LumpurThe Kids Eco Dash 2017

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (12)

  1. Lya says:
    October 19, 2017 at 7:50 pm

    Memang menarik ni kak nina..Mesti anak anak seronok..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      October 22, 2017 at 5:07 am

      tu laa… plan nak bawak anak-anak nanti

      Reply
  2. NORIZA ABDUL RAHMAN says:
    October 20, 2017 at 1:06 am

    Bestnya, tapi anak-anak ni nak ibu ngan baba ada sama baru diorang nak lari. Kalau ibu tak pregnant memang ibu join je ni

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      October 22, 2017 at 5:06 am

      Ibu boleh jer join as sukarelawan

      Reply
  3. Mohd Shahrir Bin Mohd Arshad says:
    October 20, 2017 at 8:23 am

    Badan yang Cergas membentuk minda yang cerdas bagus aktiviti ini

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      October 22, 2017 at 5:03 am

      betul3x… setuju! Anak-anak lagi cergas belajar sambil bermain

      Reply
  4. Leyla Nurjatiey says:
    October 20, 2017 at 8:28 am

    activity yang menarik untuk kanak2..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      October 22, 2017 at 5:02 am

      aahh … Leyla jom laa join sama nanti

      Reply
  5. mas saari says:
    October 20, 2017 at 8:45 am

    Bestnya, mesti anak² seronok! Kalau bukan dalam pantang dah daftar untuk anak².

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      October 22, 2017 at 5:02 am

      bertabah lah ya… InsyaAllah lain tahun akan ada lagi

      Reply
  6. Haida Eyda says:
    October 20, 2017 at 9:23 am

    Kalau la ade anak kecil mst Haida xkan lepaskan peluang ni.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      October 22, 2017 at 5:01 am

      tu laa… menarik kann…?? Mesti comey anak-anak berlarian

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes