Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

September 13, 2012May 25, 2016

Bihun Tomyam Homemade…. slurppp slurpppp~~

As’salamualaikum dan salam ceria buat yang sudi singgah teratak Nina nie…. Apa khabar teman-teman yang tersayang? Moga-moga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya… Amin… Alhamdulillah Nina sihat 🙂 Bihun Tomyam simple mudah

Hhrrmmm …. agak lama sungguhhh kan Nina tak mengupdatekan diri kat CoratCoret Nina.. Masa agak terbatas lepas Aidilfitri yang lalu. Ada beberapa tempahan yang perlu Nina bereskan. Dengan cake, muffin, biskut dan juga doorgift untuk marshmallow. 

Syukur Alhamdulillah ….. Terima kasih buat teman-teman yang sudi order dengan Nina.. 
Nanti order lagi ehh… hehe . . . Lagi pula ditambah dengan mood Raya sepanjang bulan menyebabkan kurengnya kerajinan dalam diri nie untuk mengupdatekan entry. 

Blogger lain pun sama kann, kan kannnn…?? masih mood warming up lagi~ hehe . . .
Ada yang siap email tanyakan keadaan Nina, jutaan terima kasih diatas caring anda.. (tak sangka ramai yang caring kat Nina). Terharu dibuatnya … sob sob sobbb~~ Terima Kasih sahabat 🙂

Bukan senang nak jumpa insan yang bernama sahabat… Kekadang, seseorang itu berkawan sekadar ingin mengambil kesempatan. Selalu terjadi >>>> (lihatlah sekeliling kengkawan kita, pasti ada sebab mereka ingin berkawan dengan kita… Renungkan ….. )

 
Amat payah nak jumpa kawan yang benar-benar ikhlas dalam persahabatan. Satu dalam sejuta pun belum tentu! Bila tiadanya keikhlasan dalam persahabatan maka berlakunya talam dua muka. Bukan kueh talam ehh …. hehee…..

Ikhlas kah kita dalam persahabatan?
Jujur kah, ada sefahaman antara kita?
Jika tidak, mengapa ianya terjadi? 
Tidak perlu salahkan sesiapa, menunding jari antara satu sama lain kerana semua yang terjadi tentu ada sebabnya yang mungkin kita tidak ketahui. Hanya DIA yang tahu perancangan NYA.
Yang pasti, semuanya untuk kebaikkan diri kita. Alhamdulillah . . .

Manusia mudah leka… faktor sekeliling contohnya kawan,  banyak memainkan peranan dalam kehidupan seharian. Berubahnya seseorang itu samada ke arah kebaikkan atau sebaliknya juga bergantung dengan keazaman dalam diri individu itu sendiri. 

Buat sahabat semua,
siapapun, dimanapun… 
Nina sentiasa doakan yang terbaik untuk anda semua
Moga silatulrahim antara kita diberkati. .. 
Nina sentiasa disini jika anda perlukan Nina. ..

Barangsiapa yang hadirkan satu niat yang baik, maka ALLAH SWT akan membukakan baginya 70 lagi pintu kebaikan yang lain.” –
AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN bin ABU BAKAR AL-HAMID


Hhrmmm …. apa lah yang Nina bebelkan hari nie kann? Dah lama tak update sekali banyak lak celotehnya. hik hik hikk ~~

Oklah, jom tengok resepi untuk hari nie. Sebelum nie, Nina dah pernah share resepi TomYam Seafood HomeMade cuma kali nie Nina tambahkan bihun. Tiap kali masak Tomyam pasti Nina guna resepi nie.. suka sangat! Bihun Tomyam simple mudah

Bihun Tomyam simple mudah

Bihun Tom Yam Homemade
Bahan-bahan
300g isi ayam (kat peti ais Nina ada part peha jerr, belasah ajerrrr)
500g udang sederhana size
500g sotong – Nina potong bulat-bulat
8 ulas bawang putih – diketuk ajerrr
8 biji tomato – potong dadu
3 sudu besar cili blend – kalau nak pedas lagi buh cili api
1 litter air
minyak untuk menumis
5 batang serai – dititik
daun limau purut
sedikit lengkuas
2 biji perahan limau nipis
2 sudu besar tomato sos  (Nina tambah sendiri)
1 sudu besar serbuk chicken stok (Nina tambah sendiri)
garam secukup rasa

sayur-sayuran
1 batang carrot – Nina potong bulat-bulat
beberapa baby corn
bunga kobis
cendawan tiram

hiasan
tomato belah empat
bawang besar potong separuh bulat

1/2 paket bihun
rebus hingga lembut dan toskan

Cara-caranya

  • Bihun direndam seketika dan direbus hingga lembut lalu ditoskan. Ketepikan
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan tomato yang telah dipotong dadu.
  • Apabila tomato dah layu dan hancur, masukkan cili blend masak hingga pecah minyak
  • Masukkan ayam, kacau rata
  • masukkan air, masak hingga mendidih, 
  • Masukkan serai dan lengkuas
  • Biarkan sehingga ayam empuk
  • Setelah ayam empuk, masukkan sayur-sayuran bersama daun limau purut
  • Masukkan perahan limau nipis, sos tomato, serbuk chicken stok, garam. Seimbangkan rasa masamnya  mengikut citarasa masing-masing
  • Masukkan Udang & Sotong serta bahan hiasan. Lalu tutup api. Kacau rata.
  • Tuangkan kuah tomyam ke atas bihun dan sedia dihidangkan ~~~

slurpp.. slurppp…!! Bihun Tomyam simple mudah





Related posts:

Alhamdulillah.. Nasib baik ada Lazz Susu Kambing Ramadhan ni..
Sabun TOP | Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli Disokong TESCO dan JA...
PROMOSI BUFFET RAMADHAN Masakan Kampung Sejati' di Kuala Lumpur International Hotel
Sinopsis Drama BUDAK TEBING 2 lagi BEST!
Lifestyle Resepi AyamBihun TomyamMeemenu anak susah makan nasiMenu Ringkasresepi mudahSeafoodTomYam

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (11)

  1. Cik Puan Izan✿ says:
    September 13, 2012 at 4:40 pm

    janggut sotong tu yg buat bihun tom yam ni nmpk sedap…walah! terliur dah ni…

    Reply
  2. ibh_sue says:
    September 13, 2012 at 4:59 pm

    Asslmkum. .
    Heheheee tomyam paberet tuuu. . Yummyyy 😀

    Reply
  3. Nina Mirza says:
    September 13, 2012 at 5:29 pm

    Wslm Sue…

    Wahh… sama lah FAV kita 🙂
    jom hirup-hirup~~ hehe

    Reply
  4. Nina Mirza says:
    September 13, 2012 at 5:30 pm

    Cik Puan Izan,

    amboi~ suka tang janggutnya ehh? Hehehe …

    Reply
  5. Amie says:
    September 13, 2012 at 7:34 pm

    Nak tumpang hirup sama… slurrrppp sluurrrpppp enaknya!

    Reply
  6. Nina Mirza says:
    September 13, 2012 at 8:57 pm

    Amie,
    jom.. jomm.. slurpp, slurppp!!
    hehee

    Reply
  7. Rohah says:
    September 14, 2012 at 5:06 pm

    Tom Yam..):same menu ngan kita lebih kurangnya…lama x menyinggah sini..segerrrr, segerrr ni..hirup2 kuah ngan isi2 yg enak tu..

    Reply
  8. Nina Mirza says:
    September 14, 2012 at 8:35 pm

    Kak Rohah ….

    sila, sila …. tambah tambah, ambik udangnya tuuu
    jangan malu ehh~~
    hehee

    Reply
  9. Aizat says:
    November 12, 2016 at 4:23 pm

    Udang dan sotong perlu masak ke x atau direbus?

    Reply
  10. Nanie says:
    February 5, 2017 at 6:53 pm

    Tak perlu pes tomyam ye…senanglah macam tu. Cuma guna tomato je ye…mmmmm nak cubalah terima kasih

    Reply
  11. Ayen says:
    July 29, 2019 at 11:58 am

    mak aih cam tu je.. isk takleh jai ni kene try gak

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes