Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

RESEPI SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI
September 12, 2012April 26, 2024

Sambal Tumis Ikan Bilis Petai | Ketahui KHASIAT PETAI untuk kesihatan

Siapa suka makan petai?? angkat tangan. Wahh …!! Ramainya suka makan petai. Petai merupakan sejenis sayuran dalam golongan ulam-ulaman. Selalunya petai akan dimasak bersama sambal tumis udang mahupun ikan bilis. Atau makan gitu aje pun onz. Makan pula bersama nasi panas-panas, Perghhh..  memang tak toleh kiri kanan punya lah! Kann…?

Isi Kandungan hide
1 PETAI
1.1 Khasiat Petai
1.2 Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Petai
1.3 Cara masak sambal tumis ikan bilis petai
2 TIPS MASAK PETAI KEKAL RANGUP
2.1 Related posts:
3 Resepi Muffin Coklat Sedap Mudah
4 Resepi Nasi Goreng Cina Sedap Mudah
5 TIPS MUDAH BERSALIN NORMAL lahirnya EILHAN MIRZA
6 BB Cream apa yang BEST? Aku suka BB Cream Cosmoderm sebab

PETAI

Tapi tak dinafikan tak semua orang suka petai. Ada juga yang tak sukakan petai. Korang ke?
Ini kerana petai mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Petai sahaja tidak berbau tapi selepas digigit, dimakan , kandungan asid amino dalam biji petai yang mengandungi unsur sulfur. Kandungan asid amino tersebut menjadikan biji petai menghasilkan bau yang menyengat dan tidak enak. Dan bau tersebut meresap dalam badan kita, ianya akan lebih harum semerbak keluar dari sendawa, kentut dan aktiviti pencernaan yang memakannya!

KHASIAT PETAI

Walaupun side effect nya boleh buat gadoh, petai tetap menjadi pujaan hati penggemar nya.
Petai mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Tapi tidak lah sesuai dimakan setiap 365 tanpa henti. Nanti sapa pun tak mo kawan ngan awak! HAhaaa

Khasiat Petai

  1. Boleh membantu menurunkan tekanan darah, jadi mereka yang berpenyakit darah tinggi, sangat bagus mengamalkan makan petai nie.
  2. Kandungan fiber yang tinggi dalam petai boleh mengurangkan sembelit. ? Ianya akan memudahkan proses penghadaman! Try makan petai banyak-banyak masa dinner, tengok esok pagi apa jadi. Hehhe.. Segala toksik dalam badan korang akan keluar sekali pakej bau harum semerbak!
  3. Menghilangkan gigitan nyamuk, gatal-gatal dan bengkak- caranya hanya gosok kulit petai ditempat yang terkena gigitan nyamuk, gatal-gatal atau bengkak tu akan surut
  4. Anemia. Sesiapa yang ada masalah anemia, petai ada tinggi ferum yang boleh banyakkan lagi kandungan sel darah merah korang!
  5. Anda perokok dan ingin cuba berhenti merokok? Bagus niat tuu..!
    Mungkin petai boleh membantu. Petai ni ada magnesium dan calcium yang bantu hilangkan kesan-kesan lepas berhenti merokok. Cuba lah ..

Banyakkan khasiat petai?
Ketahui 12 Khasiat kelebihan manfaat kebaikan makan PETAI untuk kesihatan
Apalagi jom kita sesama makan petai

Nak kongsi satu rahsia : : : : sebenarnya kannnnnn, Nina sendiri tak makan petai! HAhaa
Tapi Nina masakkan petai ni untuk Geng dan anak-anak. Favorite derang petai nih!

Sebelum nie Nina pernah juga masak petai bersama udang. Boleh tengok Resepi Sambal Udang Petai. Kali ni masak bersama ikan bilis pula ….. check it out

RESEPI SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Petai

Bahan-bahan
2 cawan ikan bilis, rendam hingga lembut dan toskan
6 papan petai, ambik isinya
1 cawan cili kisar

1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar – dihiris kasar

Bahan kisar
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan

Cara masak sambal tumis ikan bilis petai

  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masuk cili kisar dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
  • Tambah air  asam jawa masak hingga mendidih. Kemudian rasakan dengan garam dan gula secukup rasa , kacau dan masak hingga pekat.
  • Masukkan ikan bilis dan petai bersama hirisan bawang besar, masak seketika sehingga mendidih.
  • Tutup api dan sedia dihidangkan bersama nasi panas-panas ataupun cecah roti . Makan panas-panas sedapnya! Standby, sesiap masak nasi extra tau. HAhaa

Sekadar nasihat : Lepas makan jangan mengade-ngade pi timbang berat badan, nescaya korang akan kecewa. Dan lagi … Lepas selesai proses pencernaan kecik atau besar sila jirus lelebih air kat bilik air, spray pewangi jugak. Jangan bagi sesapa masuk dulu, lepas 10 minit korang keluar baru orang lain boleh masuk bilik air tau!

sambal sotong petai

TIPS MASAK PETAI KEKAL RANGUP

  1. Pilih petai yang segar: Pilihlah petai yang masih segar dan belum terlalu matang/masak. Petai yang segar cenderung lebih renyah daripada yang sudah tua. Kalau dah lembik tu menandakan petai dah lama, tak segar.

  2. Jangan terlalu lama direndam: Jika korang merendam petai sebelum dimasak, pastikan untuk tidak merendam terlalu lama. Rendam petai hanya selama beberapa minit dalam air biasa atau air garam untuk membersihkannya. Nina prefer rendam dalam air garam.
  3. Jangan terlalu lama dimasak: Masaklah petai hanya sampai matang, jangan terlalu lama memasaknya kerana masak lama akan membuat petai menjadi lembik. Petai cenderung cepat masak, jadi pastikan untuk memasaknya hanya sampai benar-benar masak tanpa overcook.
  4. Gunakan api sedang: Gunakan api sedang saat memasak petai. Menggunakan api terlalu besar dapat membuat petai cepat masak dan kehilangan tekstur rangupnya.
  5. Tambahkan petai dalam masakan saat terakhir: Jika korang sedang membuat masakan yang melibatkan banyak bahan, tambahkan petai ke dalam masakan pada saat terakhir. Ini akan membantu mempertahankan tekstur rangupnya.
  6. Tidak dipotong terlalu kecil : Hindari memproses atau memotong petai terlalu kecil atau halus sangat sebelum dimasak kerana bila dah halus sangat akan menyebabkan petai hilang tekstur rangupnya. Kalau nak jugak halus-halus, saat akhir masak, just tabur petai, gaul-gaul sekejap dan tutup api.

Amacam?
Sapa suka makan petai?
Buat yang tak suka, cuba-cuba lah makan, manalah tahu kot faktor usia merubah citarasa korang terjadi suka pada ulam-ulaman. Benda baik untuk kesihatan, why not cuba kann?

Related posts:

Resepi Muffin Coklat Sedap Mudah

Resepi Nasi Goreng Cina Sedap Mudah

TIPS MUDAH BERSALIN NORMAL lahirnya EILHAN MIRZA

BB Cream apa yang BEST? Aku suka BB Cream Cosmoderm sebab

Resepi Tips AnemiaIkanInfo - kesihatanKhasiat PetaiLauk Paukmengurangkan sembelitmenurunkan tekanan darahPetaiResepiresepi mudahresipiSambal Tumis Ikan Bilis PetaiSayur-sayurantips berhenti merokokTips masak petai kekal rangup

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (0)

  1. Cik Puan Izan✿ says:
    September 12, 2012 at 5:28 pm

    byk khasiat mkn petai ni rupanya…lps ni nak kena pupuk minat mkn petai nmpknya…hehe

    Reply
  2. Amie says:
    September 12, 2012 at 5:41 pm

    suka makan petai banyak2… sebab boleh cuci perut!

    Reply
  3. Nina Mirza says:
    September 12, 2012 at 5:46 pm

    Cik Puan Izan,

    ulam-ulaman sememangnya banyak khasiat yang tersembunyi
    samada nak makan atau tak ajerr ~~
    (nina mmg tak boleh makan petai, tapi kalau yang lain2 Ok jerr)

    Reply
  4. Nina Mirza says:
    September 12, 2012 at 5:48 pm

    Amie,
    itu laaa…. makan petai pun cukup utk cuci perut kann
    passtu, siap ada bauan aromatheraphy lagi!!
    hehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes