Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi ROTI PITA BERINTI SIMPLE BENTO BEKAL SEKOLAH
August 21, 2020August 21, 2020

Roti Pita Berinti Daging yang paling simple

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera .. Jumaat kunjung tiba lagi, Syukur Alhamdulillah..  Kejap jer kan dan nak weekend dan sejak semalam dah bermulanya cuti sekolah…. Apa plan cuti sekolah nanti? Pastinya membawa anak-anak balik kampung @ holiday kann…?? Kalau ada kampung best laaa….. kalau tak der, hurrmmmm …. Macam Nina dok rumah jer dendiam.  ROTI PITA BERINTI SIMPLE

Isi Kandungan hide
1 Resipi ROTI PITA BERINTI SIMPLE untuk Bento Bekal Sekolah
2 Related posts:
3 Lala Masak Lemak Hijau wajib cuba resepi ini. Tips sedap kena letak daun
4 Seronoknya anak-anak terokai Mini Zoo in the City KL Tower
5 Durian Oh Durian ...... SERAWA DURIAN !!!
6 Taugeh Goreng Kicap
Moga masa cuti sekolah ini memberi manfaat bersama dan merapatkan lagi ikatan sekeluarga.  Time seronok-seronok tuu nanti jangan lupa keselamatan bersama. Paling penting patuhi SOP! Elakkan laaa pi tempat ramai umat. Ngeri tengok dalam berita semalam, sangat laa padat, langsung takde penjarakan sosial di Jeti Langkawi. 
 

Setiap hari dok masak dan ada ketikanya tak tahu dan jadi buntu dibuatnya bila memikirkan apa menu yang nak dimasak. Pasti korang pun yang alami rasa yang sama  kann…? Hurmm.. Normal jer rasa tu sebab Nina juga selalu mengalaminya. Sep! Stress nak masak apa  is normal. Chillx

Nina ni pula type yang tak suka melakukan benda yang remeh. Semestinya sesuatu yang simple, cepat dan berkhasiat menjadi menu pilihan Nina. Erti kata lain Nina ni malas jugak orangnya! HAhaaa sedar diri

Menu berasaskan roti merupakan menu pilihan asas. So, Nina pelbagaikan menu roti add sumber protein daging untuk nutrisi tambahan. Chewah… Dah macam pakar pemakanan gamaknya. HAhaa…

Ada bermacam-macam versi resepi untuk inti roti pita ni. Apa jua bahan yang ada dalam stok fridge tuu boleh ajer digunakan. Ikut suka nak letak apa pun… (kita yang nak makan) hehe ….

Kalau nak gantikan daging tuu ngan ayam pun boleh, sotong, udang, crab pun boleh.. Part sayurnya pula, mix vege tuu boleh ajer digantikan ngan timun, tomato, salad atau apa juga bahan yang ada kat rumah tuu. Yang penting kombinasi antaranya penuh dengan khasiat dan seimbang. Dan lagi penting senang masak, tak payah periuk belanga nak kena cuci. HEhee . . . kan dah kata Nina ni malas juga orangnya

Ok laa, jom intai resepi versi Nina …

Resipi ROTI PITA BERINTI SIMPLE BENTO BEKAL SEKOLAH

Resipi ROTI PITA BERINTI SIMPLE
untuk Bento Bekal Sekolah

Bahan-bahan
5 keping roti pita
1 paket daging kisar 
4 ulas bawang putih – diketuk
1 biji bawang besar – dicincang halus
2 sudu besar serbuk kari daging
5 sudu besar sos tiram
1 cawan mix vege
2 biji telur
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Cili sos dan mayonnaise secukupnya

Cara penyediaannya
1-  Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga keemasan dan berbau wangi
2-  Masukkan daging kisar, sambil goreng pecah-pecahkan daging kepada ketulan kecil.
3-  Kemudian masukkan sos tiram dan serbuk kari, kacau hingga mendidih dan gaul rata.
4-  Masukkan mix vege dan pecahkan telur, kacau hingga masak.
5-  Rasa dengan garam secukup rasa jika perlu. 
6-  Sedia digunakan sebagai inti roti pita.
7-  Roti pita dibakar sekejap atas non-stick pan, belah dua dan masukkan bahan inti tadi kat tengah-tengah poket roti pita. Sedap juga ditambah dengan mayonnaise dan cili sos kegemaran.
8-  Sedia dihidangkan…!!

Selamat mencuba





Related posts:

Lala Masak Lemak Hijau wajib cuba resepi ini. Tips sedap kena letak daun

Seronoknya anak-anak terokai Mini Zoo in the City KL Tower

Durian Oh Durian ...... SERAWA DURIAN !!!

Taugeh Goreng Kicap

Lifestyle Parenting Resepi bekal sekolahBentoDagingIDEA BEKAL ANAK SEKOLAHkudap kudapanMenu anak-anak susah makan nasiMenu RingkasRoti berintiRoti Pita Berinti Daging yang paling simpleWestern Menu

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (9)

  1. JaSSNaNi says:
    March 22, 2013 at 1:03 pm

    sedapnya roti pita.. tengok daging yg melimpah2 tu… nyam nyam..

    Reply
  2. Nina Mirza says:
    March 25, 2013 at 3:53 pm

    As'salam JassNani,
    sekali sekala dinner ngan roti pita mmg layann~
    hehehe

    Reply
  3. MADRASAH TAHFIZ MIFTAHUL ULUM says:
    September 13, 2013 at 2:58 pm

    Salam…makasi banyak2 sudi kongsikan resepi ni…izinkan saya untuk menyalin dan mencubanyer…Jazakallaho..

    Reply
  4. Nina Mirza says:
    September 13, 2013 at 11:36 pm

    W'slm …
    silakan, resepi yg ada disini mmg untuk dikongsi bersama
    Selamat mencuba moga ianya menepati citarasa anda sekeluarga 🙂

    Reply
  5. auni tasnim says:
    February 28, 2014 at 7:47 pm

    jazakillah atas perkongsian. saya try. terbaik =]

    Reply
  6. qaseh says:
    August 22, 2020 at 3:47 pm

    sedap sokmo kak nina masak, senang nak cari resepi mudah kat sini

    Reply
  7. Ai says:
    August 25, 2020 at 12:31 pm

    Buat sendiri, Jimat.

    Reply
  8. Nadia johari says:
    August 25, 2020 at 9:11 pm

    Sedapnya tengok kak.. Puas buat sendiri kan

    Reply
  9. Mama Kembar Tiga says:
    August 28, 2020 at 12:45 pm

    Nak buat gak lah…buat bekal or makan dinner pun senang ni

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes