Pasti ramai sukakan kopi, bahkan kalau tak dapat sehari secawan kopi rasa macam tak lengkap hidup untuk hari tersebut. Kopi memberi extra “kekuatan” energi yang kita sangat perlukan. Benar! Setuju ataupun tidak, mari kita bangun sesaat dan hidu aroma kopi. Bau nya menyegarkan kann? Korang tahu tak banyak tau khasiat kelebihan minum kopi ni. Ianya terbukti amat bagus untuk kesihatan kita walaupun ada je mitos dok kata kopi ni tak bagus. Eh! Mana satu betul ni?
Fakta tentang kopi
Okies, kot ada tak tahu apa itu kopi – ini lah biji kopi. Biji-biji berwarna gelap ni punya pelbagai khasiat dan manfaatnya untuk kesihatan dan kecantikan. Kopi adalah minuman yang dicampurkan dengan air panas yang disedia daripada benih biji kopi yang dipanggang menghasilkan suatu air berperisa pahit manis. Ia mempunyai kesan perangsang kepada manusia yang meminum ia disebabkan kandungan kafein nya.
Hari ini, kopi adalah satu daripada minuman paling disukai itu di seluruh dunia. Minuman ini mula ditemui dalam abad ke-9 di tanah tinggi Habsyah. Dari situ, ia merebak ke Mesir dan Yaman di mana ia dimasyhurkan dalam kalangan ahli sufi dan pada abad ke-15, telah sampai ke Armenia, Parsi, Turki dan utara Afrika. Dari dunia Islam, penyebaran kopi tersebar ke Itali dan seluruh Eropah hingga akhirnya pergi sejauh benua Amerika.
Info : Apa itu Kopi .

Dan, untuk makluman Nina adalah salah seorang penggemar kopi. Kalau anda suka minum kopi, anda tidak sendirian kerana lebih dari 400 milliar cangkir cawan kopi dikonsumsi setiap tahun, sehingga menjadikannya sebagai minuman paling popular di dunia. Di Amerika sahaja 107 juta orang (52% daripada jumpah popularasi) meminum kopi secara rutin setiap hari. 57 juta orang yang lainnya meminum kopi beberapa kali secara purata setiap minggu. Dan kalau dulu, rata-rata penggemar kopi adalah dikalangan orang2 tua, kini peminum kopi terbanyak adalah lingkungan yang berusia diantara 18-39 tahun.
Hehehee . .
So korang tidak keseorangan! Boleh dikatakan setiap hari Nina wajib pekena secawan kopi setiap pagi. Asal dapat separuh cawan pun jadi laa,.. Kekadang NIna suka kopi susu dan adakala nya Nina pilih untuk minum kopi hitam. Atau lebih dikenali kopi O kawwww! Tak kisah tanpa gula atau letak gula sikit pun ok.
Korang suka KOPI apa?
Untuk White Cofee, Nina prefer White Coffe Hazelnut. Rasa dia lebih lemak dan rasa kopi nya agak ringan. Minum panas-panas memang sedap! Ini citarasa NIna laa., kalau korang suka white coffee yang macam mana?
Ok, jangan tidak tahu, kopi mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Selain dari itu, hampas kopi juga tidak kurang hebat khasiatnya buat kita semua. So lepas bikin kopi, lepas ni hampasnya jangan dibuang gitu jer. Simpan tau! Baca ni . . .
Antara khasiat KELEBIHAN HAMPAS KOPI
1. Menghilangkan bau badan
boleh dibuat sebagai scrub muka & badan. Gosok2 kat seluruh muka dan badan kemudian bilas. Anda akan merasai betapa lembut lagi gebu nya kulit anda …
2. Menghilangkan Selulit
hampas kopi dicampurkan bersama olive oil, gosok-gosok dan urut gerakan secara putaran kat kawasan yang ada selulit. Di amalkan selalu. Insya’Allah, secara beransur-ansur akan hilang selulit dengan rawatan yang konsisten. Urutan adalah amat penting sebab urutan akan memecahkan lemak-lemak yang terkumpul setelah sekian lama. Takes time yaaa sebab korang kumpul lemak pun bertahun so jangan lah sekali dua gosok terus hilang! Berbulan bertahun gak resultnya. Kena konsisten tau
Lagi manfaat khasiat kelebihan hampas KOPI untuk kecantikan
3. Masker muka
hampas kopi, putih telur dan madu dicampur sebati lalu digosok-gosok ke seluruh wajah (kecuali kawasan mata dan mulut laaa …) Kemudian dibiarkan hingga kering dan bilas dengan air suam. Ini adalah baik untuk proses pengelupasan dan menegangkan kulit muka.
4. Melembutkan tangan
sesudah minum kopi, semasa hendak membasuh teko tu, jangan dibuang terus hampasnya. Gosok-gosok dulu kat telapak tangan dan sekitarnya. Amalkan selalu, Insya’Allah, lembut lah nanti tangan tu … (pastikan guna hampas kopi, bukannya serbuk kopi yang belum digunakan untuk buat air.) Bukan apa, elakkan pembaziran ….
5. Baja tumbuhan
hampas kopi juga boleh dijadikan sebagai baja untuk tanaman kita. Hanya perlu taburkan sahaja kat tanaman. Boleh dikategorikan macam baja organik laaa …. Pelihara lah alam sekitar kita !!
Kalau husband korang tak minum kopi, try laa buatkan secawan kopi pepagi sebelum pi keje. InsyaAllah aura positif penuh energi meningkat selepas pekena secawan kopi. So far tips dan petua banyak memperkatakan khasiat kopi bagus untuk lelaki teruatama bila ditambah khasiat tongkat ali. Rasa lebih bertenaga! Allahualam.. Korang kena lah cuba sendiri baru lah tahu khasiat kelebihan minum kopi . Haaa gitu!
Minum Kopi bagus je . . . usah berlebihan, cukup sekadar bersederhana
Saja nak share, ni laa kopi kegemaran Nina kat rumah. Kopi hitam atau omputeh panggil Black Coffee. Kopi hitam ni paling best di adun pekat kawww memang Sedap! Harga pun berpatutan. EH! Ni bukan promote tau! HEhee Citer ikhlas dari hati gitu
Kesimpulannya, tak kira lah apa pun kopi kegemaran kita ; Bersederhana lah tatkala kita menikmati nikmat kehidupan
Tak kisah lah pilihan korang Kopi O, kopi hitam, kopi susu, black coffee, white coffee, cappucino, expresso atau apa pun yang kita namakan ….. Jangan dibuang begitu sahaja hampas kopi, gunakanlah ia sebaiknya kerana ini lah antara khasiat kelebihan minum kopi untuk kesihatan kecantikan dan jugak untuk poket korang
I love coffee
I love coffee
i like coffe
This article provides a brief overview of coffee’s history and potential benefits, highlighting the importance of moderation. It’s a good starting point for those curious about coffee’s effects.
Perkongsian yang praktikal, terutama bahagian hampas kopi yang boleh digunakan sebagai scrub, masker bersama putih telur dan madu, serta baja tumbuhan. Saya suka juga peringatan supaya minum kopi secara sederhana; kalau tip begini dikongsi dalam video, transkrip yang tersusun tentu memudahkan orang semak semula setiap langkah.
Menarik perkongsian ini, terutama bahagian hampas kopi boleh jadi scrub dan baja tumbuhan. Saya suka juga nasihat supaya minum kopi secara sederhana; selalunya lepas kopi pagi, masa santai memang sesuai untuk buat sesuatu yang kreatif seperti membina bandar kecil blok demi blok di Townscaper.
Terima kasih berkongsi. Bahagian “Fakta tentang kopi” menarik, terutama cerita bagaimana kopi jadi rutin kecil untuk tambah tenaga. Saya pun suka jadikan rehat kopi masa untuk buat sesuatu yang kreatif dan santai, seperti membina bandar pulau kecil blok demi blok.
Perkongsian yang santai dan berguna, terutama pesanan ‘hampasnya jangan dibuang gitu jer’. Artikel panjang macam ini juga sesuai dibaca semula sebagai audio dengan alat text-to-speech dalam browser, sambil bancuh kopi pagi.
Menarik bahagian tentang hampas kopi yang boleh dijadikan scrub dan masker, terutama campuran putih telur dan madu. Saya juga setuju dengan nasihat minum kopi secara sederhana; waktu rehat kopi yang singkat memang sesuai untuk permainan ringan seperti Blumgi Bounce sebelum sambung kerja.
Menarik bahagian tentang kegunaan hampas kopi selepas bancuh kopi. Tip seperti ini memang sesuai disimpan sebagai nota Markdown dengan pratonton terus, supaya senang disusun semula dan dikongsi bila perlu.
Saya suka bahagian yang ingatkan supaya minum kopi cukup secara bersederhana, dan tip hampas kopi untuk scrub pun praktikal. Lepas baca pasal ritual kopi pagi, teringat aktiviti santai seperti Townscaper yang sesuai dibuat perlahan-lahan sambil menikmati secawan kopi.
Menarik bahagian yang ingatkan supaya minum kopi secara bersederhana. Saya suka juga tip hampas kopi itu; lepas rehat dengan secawan kopi, aktiviti santai seperti bina bandar kecil blok demi blok memang rasa kena dengan mood kreatif.
Perkongsian yang seronok dibaca, terutama bahagian hampas kopi yang Nina cadangkan jangan terus dibuang. Idea campur dengan olive oil untuk urutan selulit dan guna bersama putih telur serta madu sebagai masker memang detail; saya suka susun nota petua macam ini dalam HTML supaya mudah preview dan rujuk semula.
Seronok baca bila Nina sebut kopi memberi extra kekuatan energi dan tanya Korang suka KOPI apa? Kalau susah pilih antara kopi susu, kopi hitam atau white coffee, Number Wheel pun boleh jadi cara santai untuk buat pilihan rawak.