Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Bahaya Overdue tips buat apa 40 minggu mengandung belum bersalin
July 30, 2016August 24, 2022

Alamak… Dah overdue 40 minggu..!! Apa nak buat..?? Bahaya ke ..

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera.. Alamak.. Dah overdue 40 minggu..!! Apa nak buat ni..?? Dup dapp dupp dappp….!!!! Berdebar-debar, gemuruh, nervous, takut, rasa nak nangis, rasa tak tentu arah..??  Ahaaa… macam-macam rasa ada! Ini lah realiti emosi yang di lalui Nina tatkala ni.. Giler laa kalau cakap tak de rasa apa-apa. Sapa cakap ok jer…. bohong lah tu! Tok sah laaa nak cover line.

Isi Kandungan hide
1 Apa nak buat bila kandungan dah overdue 40 minggu?
1.1 Bertenang / Relax
1.2 Diberi masa tambahan (tarikh EDD baru)
1.3 Catat carta pergerakkan baby
1.4 Tips selepas 40 minggu. Nak buat apa ..??
1.5 Banyakkan berjalan dan naik turun tangga dan senaman ringan
1.6 Banyakkan mencangkung
1.7 Lebih kerapkan hubungan suami isteri
1.8 Buat senaman kegel
1.9 Berdoa
1.10 Related posts:

40 minggu hamil overdue

Apa nak buat bila kandungan dah overdue 40 minggu?

Bertenang / Relax

Relax?? Hohohooo… Camner nak relax? Stress ooo… Ini ayat yang kita akan dengar bila kita tanya. Tipikal answer kata omputeh! Doktor dan nurse pasti akan jawab gini. Bukan apa, untuk kita tidak terlalu gemuruh. Risau nanti jantung tuu berdegup laju setiap masa bak kena kejar anjing nanti. Hahaha… Sakit lain lak datang nanti. Haru jer… habis nak buat apa? Relax , bertenang dan perbanyakkan berzikir. Doa banyak-banyak..!! **Esok lusa keluar laa baby tuu…** Ayat sedapkan hati. 🙂

Diberi masa tambahan (tarikh EDD baru)

Ya, walaupun dah lepas overdue 40 minggu seperti yang tercatat kat dalam buku pink namun kita akan diberi masa tambahan. Haipp…!! Ingat game bola sepak aje masa tambahan! hahhaa…
Doktor akan beri kita tarikh baru – tambahan samada 6 hari lagi ataupun 10 hari lagi selepas overdue. Dalam tempoh tersebut, doktor akan scan lagi dan memantau perkembangan, air ketuban, uri, posisi dan kesihatan baby.

Ni nak share, kat dalam buku panduan baby ada kasitau.. Baby yang lahir di antara minggu ke 37 dan minggu ke 41 adalah NORMAL & HEALTHY PREGNANCY..!! Okey… Jangan risau sangat ehh… Selepas 42 minggu baru lah dikira bahaya! Akan tapi…. berjaga-jaga laaa

Catat carta pergerakkan baby

penting Catat Pergerakkan baby ibu hamil

Ini sangat penting! Lagi nak dekat EDD lagi laaa kena betul-betul catat carta pergerakkan baby. Kena pastikan baby betul-betul bergerak! Sebab apa?
Takut baby meninggal dalam perut tanpa disangka! Nauzubbillah… Mohon di jauhkan… Namun, ini lah hakikatnya. Bukan apa, masa gini laa selalu tak perasan baby bergerak. Perut dah padat sangat, baby lak dah tak muat nak main bola dalam tu, sekadar buat lambai-lambai tangan ala model cat walk jer. Tendang pun ala-ala glecek bola jer bukannya macam sebelum ni umpama macam nak jaringkan gol penalti gamaknya. So kena sangat alert! Jangan mengada-ngada buat random tick kat buku pink tuu ya..!! kalau tak cukup 10 pergerakkan dalam tempoh 12 jam SILA TERUS KE HOSPITAL. Jangan degil! Penting sangat catat carta pergerakan baby…

Tips selepas 40 minggu. Nak buat apa ..??

Disebabkan kerisauan yang amat, banyak bahan ilmiah yang Nina baca dan tanya kat doktor dan nurse. Ini beberapa tips yang sukacita Nina nak share ngan korang.. Kita usaha lah kan, mana lah tau baby keluar normal dan awal dari tarikh matang kedua yang doktor bagi. Tak payah induce kann…?? Takut weyyy…. macam ngeri jer dengar citer induce! gggrrrrr……

Saat ni juga lah, kontraksi palsu sering terjadi. Kita dok risau, kadang tuu ingatkan dah nak bersalin sebab terjadinya tekanan kat ari-ari, sakit pinggang ke,  dan pelbagai lagi tanda-tanda awal nak bersalin sekali rupanya belum saatnya lagi. Huhuuu . .  . Standby aje laaa

Banyakkan berjalan dan naik turun tangga dan senaman ringan

Bahaya Overdue tips buat apa 40 minggu mengandung belum bersalin

Waktu lewat gini memang tak dinafikan payah nak berjalan ke sana ke sini. Apatah lagi nak suh banyakkkan berjalan siap naik turun tangga..!! Nak plak dah terasa baby dok kat bawah ni macam dah nak terkeluar jer rasa. Kann….?? Sakit ngilu kat ari-ari ni hokey! Tapi nak buat camner, kena gak laaa berjalan ya. Kalau tak de apa-apa masalah contohnya uri kat bawah ke, bergerak lah macam biasa tapi dalam pada tuu berhati-hati gak laaa ya.

Banyakkan mencangkung

Ya, banyakkan mencangkung.. Antara aktiviti mencangkung paling sesuai adalah cuci bilik air! Ahaa… Apalagi kasi nyah dari segala kuman, kilat, bersih, berkilau laa dinding, lantai kat bilik air korang. Selain tuu, buat senaman jalan itik! kuekk kuekkkk….. hehee . . . (tapi jangan memaksa sangat, ala kadar jer ehh.. Risau lak nanti kejang segala otot peha kaki!)

Lebih kerapkan hubungan suami isteri

Ssyyhhh ….. Tips ni ramai yang dok kata tapi nak citer sangat pun tak tau nak tulis type apa. hehee… Ramai dok bilang cara ini akan lebih melancarkan proses kelahiran nanti. Berdasarkan bacaaan buku tentang Kelahiran, sperma suami mengadungi prostaglandin, hormon ni akan mengakibatkan kontraksi pada rahim dan menyebabkan mulut rahim lebih senang terbuka. Kalau korang tak de sebarang masalah contoh uri kat bawah, selamat aje. Tidak membahayakan kandungan. Kalau kurang selesa dan sakit tuu normal kata doktor sebab dah berada kata bawah kann…

Buat senaman kegel

Masih teruskan senaman kegel agar rahim bersedia dan kuat untuk proses kelahiran nanti. Camner senaman kegel ni? Oopss…!! Camner nak citer ehh.. Alahai, kemut tau tak? hehee…. Seolah-olah menarik sesuatu dari dalam rahim dan tahan sekitar 10 saat dan kemudian lepaskan. Buat laa lebih kurang 10 kali gitu.

Berdoa

Banyakkan juga baca doa sehingga tiba saat nya baby keluar.

Allahumma yassir wala tu ‘ assir – Ya Allah, permudahkanlah dan jangan lah Kau sukarkan

Thummas sabiila yassarah – Kemudian jalannya dimudahkan (Surah Abasa : Ayat 20)

Zikir Asmaul Husna memudahkan bersalin

Nina sendiri masih ternanti-nanti saat kelahiran baby ke-5. Berdebar-debar sangat! Tak tau camner nak ungkapkan.. Biasanya kelahiran sebelum-sebelum ni minggu ke-38 dan 39 baby dah keluar normal. Huhuu . . .

Meh Nina kongsikan pengalaman dan Tips Nina bersalin mudah secara normal masa Nina lahirkan anak ke-4 Eilhan Mirza.

Doakan moga nanti dipermudahkan proses bersalin Nina dengan mudah, selamat .. Aamiin..

ppssttt >>>> Perkongsian Nina ni hanya sekadar dari pengalaman dan penceritaan dari doktor, nurse dan pengalaman kengkawan serta bacaan buku ilmiah yang Nina baca. Nina bukan doktor ehh…. hehee..

Related posts:

16 KHASIAT CUKA KURMA OXYMEL : TIPS ELAKKAN SAKIT PERUT KETIKA PUASA
KEBERKATAN REZEKI Berbahagia Dengan Memberi ZAKAT SELANGOR
Tips pilih ayam segar, Ayam masak apa sedap?
Dah tahu ke? Beli Happy Meal McDonalds dapat buku best Treetop Twins Adventures
Lifestyle Parenting Tips 40 minggu mengandungAsmaul Husnabahaya overduehamilPetua dan zikir nak bersalinTips Bersalin dengan mudahTips bersalin mudahtips mengandungTips selepas 40 minggu hamil

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (5)

  1. Wzfadhlandotcom says:
    July 30, 2016 at 10:36 am

    Wahhhh kita yg xkhawin lagi ni excited hahaha good luck kak nina, semoga melahirkan baby dengan selamat!! Gambate!!

    Reply
  2. Farah farhana mohamad sanusi says:
    July 30, 2016 at 3:05 pm

    Farah lepas masuk 37w tiap2 hari exercise hehehe. 38w baby keluar dah

    Reply
  3. Mommy Diamonds says:
    July 30, 2016 at 3:36 pm

    Semoga dipermudahkan segalanya Nina.. Kite pulak yang nebes nih.. Aduhhh..

    Reply
  4. Jueliza says:
    August 2, 2016 at 12:03 am

    2 anak sebelum ni tak pernah terlebih minggu.. yg 1st 35 & yg ke 2 37 minggu.. no 3 ni tak tau la tunggu bulan 10.. tp rasanya awal jugak sebab asyik stress dgn abang2 dia.. hahahha

    Reply
  5. Noriza Rahman says:
    August 4, 2016 at 3:16 pm

    Pernah sampai 42 weeks masa pregnant sulung dulu, memang tak da pengalaman kan, so last solution operation la jawabnya

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes