Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

July 26, 2016July 26, 2016

Selagi tak bersalin lagi … Pekena Nasi Lemak bersama Sambal Sotong Serai

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Dup Dapp Dupp Dappp ….!! Minggu ni Nina mengandung dah 39 minggu. Berdebar-debar sangat! “Bila laaa baby nak keluar ni??” Tak keruan dibuatnya setiap hari setiap malam menanti detik dan saatnya bersalin nanti. Giler tak risau! Kadang tuu makan pun dah tak lalu. Iyer ker?? hahaha .. .   Nasi Lemak Mudah Sambal Sotong Serai

Isi Kandungan hide
1 Nasi Lemak Mudah Sambal Sotong Serai- style Nina
2 Nasi Lemak Mudah Style Nina
3 Sambal Sotong Serai
4 Related posts:
5 NICKELLSKIN SERUM Triple Stemcell | Cantik berseri bak artis Korea...
6 Cayalah! CARRIE JUNIOR dah ada refill pack! Lagi jimat weyy....
7 Roti Canai Kayu Arang Melaka wajib singgah Sarapan pagi sedap
8 SWiPEL berkesan halau serangga dengan berkesan dan selamat

Memandangkan Nina masih belum bersalin, ini lah masanya dok belasah seafood! Udang dan sotong antara seafood kegemaran Nina. Lagi pun mudah dan senang nak masak dan makan… Yelah kalau ketam tuu kan payah sikit nak makan. Malas kopek! hehee….

Nanti dah bersalin dalam pantang dah tak boleh makan seafood. Nengok ajer laaa gamaknya! Walaupun setakat 44 hari aje tempoh pantang, namun kalau terpandang kelibat sambal udang atau sambal sotong  memang boleh jadi ‘pantang nampak!’ Tergugat keimanan you.. hahaha . . . .

Agak lama juga Nina tak masak sambal sotong. Asyik-asyik dok makan kari. Anak-anak semua suka kari. Lagi pun MyGang tak berapa makan nasi so lauk kari antara lauk paling mudah untuk Nina match kan makan bersama roti buat cecah-cecah. Dan… Nina pun suka kari! hehe . . .

Nasi Lemak merupakan menu favorite Nina sekeluarga. Lagi pun senang aje nak masak Nasi Lemak. Cuma tiap kali masak Nasi Lemak harus ada lauknya sekali. Kalau Nasi Lemak kosong terasa tak lengkap juadah. Minggu ni masih minggu terakhir Syawal dan kot korang nak masak Nasi Lemak simple style Nina, boleh laaa buat juadah Open House nanti.

Selalunya Nina masak style Nasi Lemak Emak  tapi kali ni dah nak dekat bersalin ni, malas sikit Nina masak paling mudah. Tak de bawang, halia bagai. Hanya beras dan santan dan sedikit garam. Sedap gak simple gini… Terasa lemak santan! Bertambah-tambah Nina makan…. hehee . . . . Ada rasa beza tau kalau pakai santan kotak, santan sawit dan santan original. Paling mabeles semestinya santan original. Wangi seluruh ruang dapur! Ambi pur pun kalah….

Kalau ikut pendapat dan selera tekak Nina, lagi suka Nasi Lemak Mudah gini, bukan apa…. yang letak bawang laaa, halia laaa, halba laa…. sedikit sebanyak bahan tersebut menghapuskan rasa kelemakkan santan itu sendiri.  Dah beberapa kali buat, so far Nina lagi suka hanya santan dan sedikit garam untuk Nasi Lemak tu.. Cukup memadai. Tapi . . . . kalau orang lain pula seleranya. Sedap tuu kan subjektif. Maaf laa kalau selera korang tak sama ngan Nina. Sekadar perkongsian 🙂

Part sambal, Nina suka letakkan sikit serai yang diketuk manja dalam tumisan. Aroma dan rasa serai tuu buatkan sambal lagi kick! Tak payah banyak sangat pun serai tuu, setakat 2batang pun ok. Kalau korang belum pernah cuba masak sambal ketuk serai sikit, korang try laa…. Mana lah tau, kot-kot suka kan….??

Kalau tak suka, lain kali tak payah letak. Tak paksa pun…. hehhee . .
Ok, jom tengok resepi Nasi Lemak Mudah dan Sambal Sotong Serai Nina…

Nasi Lemak Mudah Sambal Sotong Serai

Nasi Lemak Mudah  Sambal Sotong Serai- style Nina

Nasi Lemak Mudah Style Nina

Bahan-bahan
1 kg beras / 4cawan beras
Santan (1cwn beras = 1 cawan santan – 3/4 santan pekat dan 1/4 santan cair)
Secubit garam / 1 sudu teh garam untuk 4 cawan beras
1 sudu minyak masak
2 helai daun pandan di simpul.

Cara-cara
1- Basuh beras sebersihnya. Nina rendam kejap dalam 5-10minit beras bersama sikit garam. Ini untuk nasi tuu nanti lebih lembut. (tak suka nasi keras)
2- Campurkan kesemua bahan dalam periuk nasi
3- Tanak hingga macam biasa hingga masak. Setelah masak, kacau rata dan dibiarkan lagi hingga nasi masak sepenuhnya
4- Sedia dihidangkan bersama sambal, ikan bilis goreng, timun, dan telur rebus

Sambal Sotong Serai

Bahan-bahan
1kg Sotong sederhana saiz – dipotong bulat-bulat atau ikut suka
4 biji bawang merah- hiris halus
cili blend secukupnya
2 batang serai – ketuk jer
air asam jawa
air
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-caranya
1- Sotong dibersihkan, dipotong bulat-bulat dan ditoskan. Panaskan air mendidih dalam periuk, tutup api dan masukkan sebentar sotong lalu ditoskan dan diketepikan.
2- Panaskan kuali, masukkan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar dan serai hingga berbau wangi dan kekuning-kuninggan.
3- Masukkan cili yang telah diblend secukupnya. (kalau nak sambal banyak letaklah banyak yea). Tumis sehingga cili pecah minyak (supaya tak sakit perut kalau makan cili tak cukup masak)
4- Masukkan air asam jawa, kacau rata.
5- Masukkan sotong. Kacau rata hingga masak.
6- Rasakan secukup rasa dengan garam dan gula ikut citarasa masing-masing. Sedia dihidangkan. Nasi Lemak Mudah Sambal Sotong Serai

Kalau korang tengok betul-betul, Nasi Lemak Nina kali ni kurang lengkap. Tak de timun. Tapi …. Belasah jer laa.. Dah kemaruk Mak Buyung nak makan Nasi Lemak air tangan sendiri. Yang penting, Nasi Lemak nya menepati selera sendiri yang kaya dengan kelemakkan santan.  Janji hado..!! hehe . . .

Bukan apa, kadang bila beli yang jual tuu tak rasa pun lemak santan kat Nasi Lemaknya…  Dah ala-ala nasi putih jer gamaknya! Nasi Lemak? Mana lemaknya? kann… Frust jer … Masak sendiri puas hati! Kannn … Sila abaikan kot ada yang terasa ehh.. Tak bermaksudpun Mak Buyung cerewet!  hehe . . .

 

Related posts:

NICKELLSKIN SERUM Triple Stemcell | Cantik berseri bak artis Korea...

Cayalah! CARRIE JUNIOR dah ada refill pack! Lagi jimat weyy....

Roti Canai Kayu Arang Melaka wajib singgah Sarapan pagi sedap

SWiPEL berkesan halau serangga dengan berkesan dan selamat

Lifestyle Resepi menu cepatMenu Hari RayaMenu Open Housemenu tradisionalNasi lemak sambal sotongNasi Lemak sedapresepi mudahresepi ringkasresipiSambal sotong seraitips masakan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (6)

  1. Anuar says:
    July 26, 2016 at 12:42 pm

    Wah… Wah… Wah… Eloklah bedal sekarang apa yang Nina rasa nak makan… Bila dah bersalin nanti, dah kena pantang… Dah tak boleh nak makan macam-macam…

    Reply
  2. At-Tarmizi says:
    July 26, 2016 at 2:15 pm

    simple&sedap =)

    Reply
  3. nadia johari says:
    July 26, 2016 at 5:39 pm

    petang2 macam ni makan sedap oo

    Reply
  4. Hani Fadhlina Abdul Rahman says:
    July 27, 2016 at 9:11 am

    Jemput join segmen saya Segmen Sesuci Lebaran by Hani Rahman Terima kasih…

    Reply
  5. yaya says:
    July 27, 2016 at 1:33 pm

    ni mesti mengidam ye mak??hihihi….jaga diri k kak tau!! kita jauh jarang jumpa .kaki da kena ikat..hikhik…majlis nnt jgn lupa dtg..hihi

    jemput dtg & komen sini…tq 🙂

    http://www.yayacendana.com/2016/07/dapat-baucer-rm5-untuk-pembelian.html

    Reply
  6. jueliza says:
    August 25, 2016 at 6:52 pm

    Hahha tu satu hal.. selagi tak bersalin minum air ais.. hahah

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes