Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Carrie Junior Sukan RIA
February 4, 2018

CARRIE JUNIOR – terbaru koleksi mainan comel SUKAN RIA

Carrie Junior terbaru ! Ada mainan tersembunyi – koleksi mainan ‘Sukan Ria’

Isi Kandungan hide
1 Carrie Junior terbaru ! Ada mainan tersembunyi – koleksi mainan ‘Sukan Ria’
1.1 Carrie Junior pilihan Nina
1.2 Belajar sambil bermain
1.3 Carrie Junior – Sukan Air membantu perkembangan imaginasi anak-anak
1.4 Mainan comel tersembunyi kat belakang botol mandian CARRIE JUNIOR
1.5 Tentang CARRIE JUNIOR
1.6 CARRIE JUNIOR – Halal , Berpatutan , produk berkualiti
1.7 Related posts:

Carrie Junior pilihan Nina

Carrie Junior Sukan RIA

Korang gerenti pernah dengar jenama Carrie Junnior kann..?? Alahai … sejak kecik kot dah ada jenama ni. Pasti ramai Mak Pak yang guna mandian  / shampoo Carrie Junior ni tuk anak-anak korang kann..?? Nina sejak anak sulung kecik dah guna Carrie Junior ni. Suka bau nya yang wangi, segar, banyak buih, senang di bilas, lembut untuk bayi dan kita juga! Harga dia lak mampu beli. Tu laaa antara sebab kenapa Carrie Junior pilihan Nina…Carrie Junior Sukan RIA

Belajar sambil bermain

Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk anak-anak belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk anak-anak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran sosial dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan.

Carrie Junior – Sukan Air membantu perkembangan imaginasi anak-anak

Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah mereka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka.

Carrie Junior Sukan RIA

CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.

Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada

  • CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola sepak
  • SPEEDY TOMMY- si kura kura yang terpantas di atas trek larian
  • TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat
  • DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki
  • SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong
  • dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml.

Mainan comel tersembunyi kat belakang botol mandian CARRIE JUNIOR

Carrie Junior Sukan RIA

Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan imaginasi mereka.

Carrie Junior Sukan RIA

Yeayyy  …. !! Ada mainan laaa kat belakang botol shampoo ni. . .!! Seronok Eihan 🙂

Eilhan dapat gajah comel warna pink! Suka dia …  Dok berubut ngan kakak Yana. Aduyai  . . .Nampaknya mama kena beli lagi satu ni. Manalah tau dapat hadiah lain plak. Benda gini pun dah cukup menggembirakan anak-anak!

Carrie Junior Sukan RIA

Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml . Beli yang hok kecik tak dapat tau!

Carrie Junior Sukan RIA


Tentang CARRIE JUNIOR

CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.

Carrie Junior Sukan RIA

CARRIE JUNIOR – Halal  , Berpatutan , produk berkualiti

Diiktiraf HALAL, ini paling utama tuk kita semua kann…??rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.

Nina dah guna CARRIE JUNIOR dah lama sejak depa kecik lagi. Suka kan carrie Junior sebab wangi dan harga pun amat berpatutan.  Biasalah Mak Mak, semestinya yang terbaik untuk anak-anak!  🙂

Related posts:

KFC Egg Tart
Dessert paling best buat juadah berbuka puasa /iftar. Heavenly Milo Oreo Jelly. Rugi tak cuba.....
Nafkah seorang anak sehingga bila?
MENU DIET SIHAT BEN ASHAARI GERENTI BERAT TURUN, KURUS dan NAMPAK SEMAKIN MUDA!
Lifestyle Parenting Review Belajar sambil bermainCarrie JuniorKoleksi Mainan Sukan RIAsabun bayisabun mandi kanak-kanakshampoo bayishampoo kanak-kanakTips parenting

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (5)

  1. Mama Kembar Tiga says:
    February 4, 2018 at 11:50 pm

    Amboih happynya Eilhan, manisss senyum dia.

    Reply
  2. Shalimar says:
    February 7, 2018 at 8:15 am

    seronoknya mereka…aunty pun suka

    Reply
  3. RADHIA HAAFIZA CHE RAZALI says:
    February 9, 2018 at 4:03 pm

    waaa…dah boleh free toy dengan beli sabun carrie junior..kena tukar mandian kepada carrie junior ni

    Reply
  4. mamatisya says:
    February 13, 2018 at 10:38 am

    wangi mandian carrie junior..ank pn suka

    Reply
  5. RADHIA HAAFIZA CHE RAZALI says:
    February 13, 2018 at 3:52 pm

    waa bestnya beli sabun dapat free toy.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes