Sedar tak sedar dah lebih 12 tahun Nina terjebak dalam dunia blogging. Asal dulu tulis blog sekadar untuk catat resepi yang Nina dah cuba masak. Erti kata lain kiranya blog Nina Mirza adalah diary rujukan setiap kali Nina nak masak Nina just follow je semula catatan resepi Nina dalam blog sendiri. Haaa gitu! Tapi sejak Nina join Kelab Blogger Ben Ashaari, niche dah tukar ala-ala lifestyle. Masa ni dah naik lah sikit level dari MakMak yang dok masak je kejenya ke acah-acah wartawan macam Kak sitizurinamatsaman atau panggilan manjanya Mama Reen.
Sebab lepas Nina join KBBA9, Nina dah mula menulis pelbagai niche tentang kecantikan, tips, parenting, review dan banyak lagi. Tak dapat jadi wartawan, acah-acah pun jadi laaa! Ok perasan. HAhaa
Siapa Mama Reen disebalik sitizurinamatsaman.com
Okies, Nina kenal Mama Reen dari group whatsapp blogger. Beliau lah empunya blog Diary Hot Mama. Nina tertarik bila ketahui beliau dulu wartawan aka penulis majalah popular sejak tahun 1999. Hobi Nina membaca dan sejak remaja, Nina antara pembaca tegar majalah popular. Biasalah masa zaman tu remaja dulu mana ada media social bagai so majalah adalah info ilmiah yang Nina dok baca. Antaranya majalah favorite Nina adalah Remaja, URTV, Nona, Seri Dewi & Keluarga, Dara.com, Pengantin indahnya berangan masa dok belek-belek majalah Pengantin ni HAhaa
Masa tu terfikir hebatnya kerja wartawan ni, dari mana lah agaknya mereka dapat sumber penulisan. Ada resepi, tips kekeluargaan, kesihatan, parenting dan tak lupa cerita tentang artis kegemaran. Tentu busy berkejaran sana sini untuk dapatkan sebuah naskah yang hebat terkini. Salute Nina pada wartawan!
Menurut Mama Reen, sekarang beliau adalah penulis sepenuh masa. Telah ditinggalkan semua nya bidang kewartawanan. Akan tapi, skill menulis selama 23 tahun tuu di alihkan ke blog. Mmmm… Dah nama pun bekas wartawan, agaknya jari depa ni kalau tak ketuk keyboard sehari boleh cair kot. HEhee… Gurau kak!
Dulu Wartawan Majalah kini blogger
Sebab dah ada blog sendiri, penulisan blog Mama Reen lebih santai, dah tak skema macam majalah dulu-dulu. Kalau nak nak tahu, Kak Reen ni rajin belajar mengenai penulisan SEO Keyword. Nina tabik spring toing toing! Yelah bukan mudah weyhhh nak mendalami pasal blog ni, Nina sendiri pun nyaris-nyaris putus semangat blogging satu ketika bila blog Nina terkena serpihan sumpahan Puteri Gunung Ledang. Panjang cerita sadis nih! Ketika tu Allah hantarkan seseorang insan terpilih memberi kata semangat untuk Nina fight dan setelah berhempas pulas sehabis daya, akhirnya Nina dapat semula blog Nina dan kembali meneruskan my passion ni. Syukur Alhamdulillah.. Cerita dari hati kann, memang tercampur aduk cakap omputeh. Terima je lah ehh..
Menulis dari jiwa | Blog boleh jana pendapatan ?
Dunia blogging ni struggle beb!
Ya tidak dinafikan bukan mudah dunia blogging ni. Nampak macam indah, tulis tulis type type, review, story mory dan siarkan content. Pastu dalam fikiran, nanti ada lah yang baca content kita tuu. Mungkin dari kalangan kengkawan, followers atau dari carian google. Dok membayangkan yang indah belaka kann.. Best nya jadi blogger.
Lagi menyedapkan keindahan blogging, ada kata blog ni boleh jana pendapatan.
Ya betul, memang betul tapi
untuk dapat income kena lah ada adsense, kena lah ramai yang baca blog kita, kenalah tahu keyword yang betul supaya google rekemen blog kita, content kita berada di page pertama carian google. nama glamour Blogger SEO. Eerkk.. bukan semudah yang diangankan. Wake up brother! HAhaa
Tapi struggle tu lah kemanisan dunia blogging sebab selama dok teriak susah, struggle, challenging tu tanpa sedar ramai je yang Nina Mirza kenali dari carian google terutama awak ler yang dok cari resepi.
Kann..? So tidak mustahil ! Kiranya Nina lulus dah jadi Blogger SEO kannn .
Semoga jari jemari Mama Reen terus mengetuk keyboard sehingga satu ketika nanti Mama Reen akan tersenyum puas bila entri Mama Reen berada di 1st page google! Enjoy blogging, enjoy sharing kak.. Terima kasih ukhwah ini, kita sama-sama belajar dan kecapi impian kita. Aamiinnn..
Korang nak tips awet muda kenalah baca 8 tips awet muda dan cantik walau usia dah 40-an
dan korang kena selongkar blog Mama Reen sebab banyak lagi tips kecantikan, food review dan banyak tips lain yang dia kongsikan dalam blog dia! Maklumlah bekas wartawan kannn, banyak ilmu, rahsia, tips dia ada. Sila lah pi menuntut baca kat sana . . .
salam kenan Mama Reen ♥️
Lama dah Sal tak singgah sini .. salam perkenalan jugak buat Mama Reen
akak masih lagi simpan majalah Remaja, Keluarga dan few majalah lain. Seronok kenal wartawan2 yg selalu nampak nama mereka di majalah je