Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

January 12, 2012March 20, 2016

Udang Ranggup Bersos Pedas!! Chinese Style ..

As’salam dan salam sejahtera buat semua…
 
Buat apa tuu …? Masih memikirkan nak masak apa untuk lunch hari nie? Hah ….. kalau terasa nak makan udang hari nie, jom cuba resepi Nina nie…. sedapp tau! 
Tarak bohong punya~~~ Hehee . . . 
 
Udang merupakan makanan kegemaran Nina sekeluarga. Dalam seminggu pasti ada menu Udang. Kadang kala Nina jadi buntu untuk sediakan masakan berasaskan udang. Balik-balik sambal udang, kari udang, udang masak lemak, udang goreng berempah dan macam-macam lagi. So hari nie Nina nak share satu resepi yang sangat memikat selera Nina, anak-anak dan terutama sekali Hubby tercinta. Udang Ranggup Bersos Pedas !! Chinese Style  
 
Betapa enaknya makan udang yang garing lagi ranggup. Terasa kenikmatan semasa menggigit dan menguyah udang tersebut. Tambahan lagi, Nina perap udang tersebut bersama serbuk lada sulah, serbuk ketumbar. Makan pulak bersama sos yang lain dari yang lain. Selalunya sambal ala-ala nenek moyang kita. Ermmm ….. sukar dijelaskan kesedapan nyerr, sampaikan Hubby Nina tambah menambah nasi dan lauk. Selalunya udang masak sambal, udang berempah yang paling diminati. Kali nie dah ada resepi baru…
Aiseyman …. Hubby Nina malu-malu kucing lak kali nie nak bilang udang nie sedap dari masak sambal yang biasa-biasa tuuu. Kalau tak,  takkan makan bertambah-tambah Cik Abang~~~ Hehee …

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Yeah yeahh....!! KBBA Blogger's Day Out 2015
3 BEST SANGAT ke Drama PUJAAN HATI KANDA? TV3 dok ulang tayang.. Lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah
4 Pengat Pisang simple vs celoteh dari lubuk hati paling dalam
5 Sinopsis BIAR MEREKA CEMBURU Aiman Hakim dan Nabila Razali




Udang Ranggup Bersos Pedas – Chinese Style
sumber : Buku Masakan Halal Cina
resepi asal : Ikan Masak Pedas


Bahan-bahan
600g udang laut bersize sederhana
1 labu  bawang besar – dicincang kasar
2 biji lada merah – dicincang halus (Nina tak letak)
4 tangkai cili kering – dipotong 2cm (Nina tambah)
5 biji cili padi – dicincang halus  **** kalau suka pedas berapi tambah lah lagi ****
2 inch halia – dicincang halus
sedikit capsicum merah dan hijau – dipotong berjalur (Nina tak letak)
minyak untuk menggoreng dan menumis


Bahan perap (Nina memandai sendiri jerrr)
Tepung beras
Serbuk lada sulah
Serbuk ketumbar
Serbuk Secukup Rasa Maggi


Bahan Perasa
2 sudu besar sos plum masam
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar serbuk pati ayam
2 sudu besar sos cili
1/4 gelas air
(sila gandakan sukatan bahan perasa sebab sukatan nie bagi Nina sikit sangat sos nya. Nina gandakan 4x) Baru Uummphh ….!!! Sos lebih. ) Hehee . . .


Cara-caranya

  • Udang dibersihkan, ditos lalu diperap dengan bahan perapan selama 20minit.
  • Panaskan minyak yang banyaka dalam kuali. Goreng udang atas api sederhana besar sehingga garing. Angkat dan toskan. Susun atas pinggan.
  • Pijarkan minyak. Tumis bawang besar, halia, cili merah, cili padi hingga naik baunya.
  • Kemudian masukkan bahan perasa. Kacau rata-rata. Biarkan mendidih.
  • Tuangkan sos ke atas udang yang telah digoreng garing tadi.
  • Sedia dihidangkan panas-panas.

Selamat mencuba !!

Udang-Bersos-Pedas















Related posts:

Yeah yeahh....!! KBBA Blogger's Day Out 2015

BEST SANGAT ke Drama PUJAAN HATI KANDA? TV3 dok ulang tayang.. Lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah

Pengat Pisang simple vs celoteh dari lubuk hati paling dalam

Sinopsis BIAR MEREKA CEMBURU Aiman Hakim dan Nabila Razali

Lifestyle Resepi Chinese Stylechinesse style menuLauk PaukMenu Ringkasresepi mudahSeafoodUdangUdang Ranggup Bersos Pedas

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes