• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Suspen! Siapa sebenarnya MISTERI NONA? Full Sinopsis episod akhir

December 14, 2020 by Nina Mirza 3 Comments

Tamat dah happy ending  Drama BERI SEDIKIT WAKTU  lakonan Zara Zya bergandingan bersama Aqasha. Drama yang cukup santai mengupas tentang penyakit OCD. Ya OCD boleh sembuh dengan jalani rawatan dari pakar. Sinopsis Drama MISTERI MONA

Kesinambungan slot Samarindra diteruskan dengan drama seram suspen berkisarkan kehidupan pesakit mental. Bila cakap mental ni orang selalu andaikan orang gila. 

Sesuatu yang menarik bakal dikupas tentang ikatan kekeluargaan, kasih sayang antara adik beradik, cinta tulus ikhlas seorang suami yang menjaga isteri sakit mental dan kecekalan  seorang gadis terpaksa bekerja jaga pesakit mental demi kelangsungan hidup. 

Sinopsis Drama MISTERI MONA Full Episod Akhir

Sinopsis Drama MISTERI MONA

Mengisahkan Anom (Janna Nick) seorang wanita lemah lembut yang menghidap penyakit mental yang kronik. Trauma zaman kanak-kanak nya yang yang amat sadis. Bapa tiri yang  panas baran selalu memukul mendera ibunya antara faktor Anom mengidap penyakit mental.

Anom mendapat rawatan dengan Dr Nadeem (Redza Rosli)  dan kemudian berkahwin. Suaminya amat risau akan keadaannya Anom yang sering berhalusinasi tentang seorang wanita bernama Mona yang sering menghantuinya.

Dr Nadeem telah memberikan Anom segala ubat untuk membantunya mengawal kondisi halusinasinya, tetapi kerana pekerjaan Dr Nadeem yang terlalu sibuk, Nadeem mengupah Farah (Elisya Sandha) sebagai penjaga isterinya.

Farah merupakan seorang gadis yang jujur dan rajin mula menjaga Anom kerana dirinya telah menganggur sekian lama setelah tamat pengajiannya. Pada mulanya Farah selesa menjaga Anom, sehingga suatu hari, Farah mula melihat keadaan Anom yang sebenar apabila Farah terleka untuk memastikan Anom mengambil ubatnya, lalu Anom meroyan pada malam itu. Farah teruk dimarahi Dr Nadeem dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Ketika keadaan semakin baik, dan Anom juga semakin rajin mengambil ubatnya, Anom mula menyatakan bahawa dia sering mendengar suara seorang wanita di loteng rumahnya, lalu menyiasatnya sendirian.

Hati-hati, bukan semua yang ada di depan kita itu benar

Sinopsis Drama MISTERI MONA Full Episod Akhir

Tanpa diduga, tiba-tiba satu pesanan nota bertulisan tangan berada dalam handbag Farah. Farah cuba membandingkan tulisan tersebut dengan Dr Nadeem dan Puan Anom malangnya tidak sama! Farah mula mengesyaki sesuatu dan mula menyiasat misteri tersebut. 

Hari demi hari, satu persatu kejadian yang terjadi dan semakin banyak misteri! Tentang Anom, Dr Nadeem dan rumah itu sendiri

Satu hari Farah terkejut apabila mendengar jeritan Anom lalu bergegas ke arah Anom. Ketika itu, sebuah kejutan besar buat Farah apabila Anom berkata,

“Aku dah lepaskan Mona……”

Siapakah Mona?
Adakah Dr Nadeem tahu kewujudan Mona di loteng selama ini?
Mungkinkah Farah mangsa Dr Nadeem seterusnya?

Jeng jeng jengggg… Drama MISTERI MONA ni agak seram dan suspen!
Nina dah tonton 2 episod dan sukakan kelainan slot Samarinda kali ni. Idok ler dok kisah cinta, kawin paksa, scandal sana sini, rebut harta dan kebanyakkan drama cliche. Tapi tetap gak tonton Drama Sangat! HAhaaa

Hebat lakonan Janna Nick, Redza Rosli dan Elisya Sandha. Sinematografi nya cantik! Nina suka..

Cer tonton! Best ke best kannnn??

Drama genre psiko thriller arahan Amor Rizan. Ditayangkan pada bulan Disember 2020.
JUDUL : MISTERI MONA
EPISOD : 8
TARIKH TAYANGAN : Disember 2020
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Amor Rizan
PRODUKSI : Aquila Emas Sdn Bhd

PELAKON : Janna Nick, Redza Rosli, Elisha Sandha, Ruzana Ibrahim, Zizan Nin, Zarynn Min, Ainin Batrisya, Duerra Mitilda, Syed Irfan, Alif Hadi, Syafi Tee, Siti Aishah Bujang, Amir Rahim

WATAK PELAKON
Janna Nick sebagai Anom
Redza Rosli sebagai Dr Nadeem
Elisha Sandha sebagai Farah
Ruzana Ibrahim sebagai Mona
Zizan Nin sebagai Razlan
Zarynn Min sebagai Laila
Ainin Batrisya sebagai Anom
Duerra Mitilda sebagai Mona

Korang dah tonton? Best tak  . . .
Berdebar-debar jer nonton kannn? Sesekali layan drama grene psiko thriller gini syok gak!

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Drama Movie, Personal, Review Tagged With: Drama 10pm, Drama best, Drama Info, Drama sangat, INFO DRAMA TERKINI, iQIYI, Janna Nick, Redza Rosli, Samarinda TV3, Sinopsis Drama MISTERI MONA, Tonton Drama Online, VIU Malaysia

  • Raya sakan Nina tahun ni! HAhaa.. Shopping Branded Handbag di SELLECTION.COM
    Raya sakan Nina tahun ni! HAhaa.. Shopping Branded Handbag di SELLECTION.COM
  • 15 Resipi Mudah BUKA PUASA Menu EAT CLEAN khas untuk awak!
    15 Resipi Mudah BUKA PUASA Menu EAT CLEAN khas untuk awak!
  • Buffet Ramadhan 2021 SUDIRMAN CAFE Koptown EDC Hotel KL BEST Murah Sedap!
    Buffet Ramadhan 2021 SUDIRMAN CAFE Koptown EDC Hotel KL BEST Murah Sedap!
  • SYSTEMA Kempen GUMBATTE Towards Healthy Gums and Teeth
    SYSTEMA Kempen GUMBATTE Towards Healthy Gums and Teeth
  • APAKAH PRODUK MUSLIM BENAR-BENAR MUSLIM?
    APAKAH PRODUK MUSLIM BENAR-BENAR MUSLIM?
  • Sinopsis Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU episod akhir. BEST giler gandingan Intan Najwa dan Redza Rosli
    Sinopsis Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU episod akhir. BEST giler gandingan Intan Najwa dan Redza Rosli
  • Cuba beralih ke NEW.BIE tak sangka bagus berkesan merawat kulit muka bermasalah
    Cuba beralih ke NEW.BIE tak sangka bagus berkesan merawat kulit muka bermasalah
  • AQIQAH Online Anak Lelaki di Mekah mudah dengan AQIQAHCENTER.COM
    AQIQAH Online Anak Lelaki di Mekah mudah dengan AQIQAHCENTER.COM



Comments

  1. cik nor says

    December 15, 2020 at 3:54 pm

    btl2 mistri ni k.nina..:)

    Reply

Trackbacks

  1. Sinopsis Drama BOUGAINVILLEA TV3. Obsesi memusnahkan segalanya! says:
    January 5, 2021 at 1:30 am

    […] sudah Drama grene psiko thriller yang menarik perhatian ramai, DRAMA MISTERI MONA lakonan Janna Nick, Redza Rosli dan Elisha Sandha. Walaupun drama ini hanya 8 episod namun olahan […]

    Reply
  2. Sinopsis Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU episod akhir. BEST giler says:
    April 2, 2021 at 1:49 pm

    […] terakhir tonton lakonan Redza Rosli dalam Drama MISTERI NONA last year 2020. Watak psiko dia memang menjadi! Sikap penyayang sangat kat isteri dia, pelindung […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • RESIPI PULUT SERUNDING
    By : Tiffin Biru
  • Camana nak selesaikan masalah si Qhaliff ni ?
    By : Ben Ashaari
  • Dengki Ke ?
    By : Saidila Lifestyle
  • MENCARI HIDANGAN TULANG RUSUK DIMASAK ALA AMERIKA DENGAN RASA TEMPATAN DI MUSIM RAYA INI? TONY ROMAS PASTI MENEPATI CITARASA ANDA
    By : Sohoque
  • Bila Monitor PC Baru Pakai 3 Bulan, Dah Rosak!
    By : Hafiz Rahim
  • Jangan Putus Asa
    By : Mama Kembar Tiga
  • KEDAI CERMIN MATA MURAH DAN VIRAL DI SUNGEI WANG PLAZA KL
    By : YB Shehan

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa