As’salam buat semua ….
Hari nie mood memang agak stress. Apa tak nyerr …. line internet dok down ajerr dari pagi ke malam hari. Punya lah slowwwww …….. betapa lembab nyerr nak masukkan entry hari nie. Apatah lagi nak masukkan gambar. Beberapa kali juga lah Nina mencuba. Stress dibuatnyerr..
Hrrmmm …. apa boleh buat, nasib badan .. . . .
Hari nie Nina masak Udang Goreng Assam. Buat yang tak biasa dengan lauk pauk Masakan Baba Nyonya pasti tertanya-tanya, Udang Goreng “Assam” ???? Ini antara resipi tradisi bagi keturunan Baba Nyonya Melaka. Yang berasal dari Melaka pasti tahu resipi nie …
Udang Goreng Assam
Bahan-bahan
500gm Udang bersaiz besar
100gm Asam Jawa – dibancuh dengan sedikit air
100ml Air
5ml Kicap Pekat
Gula & Garam Secukup Rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Cara-cara
- Perap udang dengan air asam jawa, gula & garam secukup riasa selama setengah jam.
- Selepas itu, panaskan minyak dalam kuali dan goreng udang tadi sehingga garing.
- Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit sahaja, tumis baki air asam jawa hingga mendidih dan pekat.
- Perasakan dengan garam & gula secukup rasa. Kacau hingga mendidih.
- Tuangkan ke atas udang tadi.
- Sedia dihidangkan.
Selamat mencuba !!