Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

February 4, 2012December 20, 2017

Salam Maulidur Rasul 1433H

 As’salam buat semua ….

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Alamak parah!! Apa nak buat Autopass Card hilang!
3 llao llao Aiskrim Yogurt kayangan | Beli hari Rabu lagi murah!
4 Udang Masak Hitam Berempah Mamak Style. Walla..
5 Alhamdulillah.. Nasib baik ada Lazz Susu Kambing Ramadhan ni..

Salam Maulidur Rasul Nina ucapkan buat semua teman-teman yang sentiasa memberi sokongan dan juga pengunjung-pengunjung CoratCoret Nina yang tak seberapa ini.

Jutaan Terima Kasih kerna sudi singgah di blog Nina … Sempena Maulidur Rasul esok hari, Nina nak share amanat terakhir yang terpenting buat kita semua… Khutbah terakhir Nabi Muhammad saw ini disampaikan pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.
“Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai Manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang di amanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba, di batalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia (syaitan) telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil. Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk di beri makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan di larang melakukan zina.
Wahai manusia dengarlah bersungguh sungguh kata kata ku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Soleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah di sampaikan kepada kamu. Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain.
Semoga yang terakhir lebih memahami kata kataku dari mereka yang mendengar terus dari ku. Saksikan ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah MU kepada hamba hamba MU.”
“Ya ALLAH…

Betapa besarnya nikmat yg KAU berikan kepada hambamu ini….
Biarpun berapa kali aku terhanyut dibawa ombak,
KAU sentiasa ada untuk tunjukkan jalan…
Sesungguhnya ampunilah dosa ku dan kuatkan lah imanku….
Aku cumalah hambaMu yg cuba menjadi hamba yang taat di dunia akhir zaman…
Lindungi dan pelihara lah aku…
Sesungguhnya Kau lah yg Maha Mengetahui apa yg tersirat di langit dan bumi…”
AMIN.

Kami cintakan mu wahai RASULULLAH SAW…. صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم

Sabda Nabi, “Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat”.

Moga di hari Maulidur Rasul ini dan seterusnya memberi keberkatan buat kita semua dengan perbanyakkan selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW beserta keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.

Amin ….

Ikhlas dari,
Nina Mirza

Info : http://www.iluvislam.com/
Gambar dari Mr.Google

 
 

Related posts:

Alamak parah!! Apa nak buat Autopass Card hilang!

llao llao Aiskrim Yogurt kayangan | Beli hari Rabu lagi murah!

Udang Masak Hitam Berempah Mamak Style. Walla..

Alhamdulillah.. Nasib baik ada Lazz Susu Kambing Ramadhan ni..

Lifestyle Ceritera NinaInfo - IslamicUcapan Ikhlas dari Nina

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes