Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

February 3, 2012May 25, 2016

Resepi Mee Hoon Goreng Hailam lagii ~~~~

As’salam dan Salam Sejahtera buat semua …. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi Yang Maha Esa. Jumaat kembali lagi ….. 

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 SAMBAL DAGING DENDENG SUMATRAA SEDAP MUDAH READY TO EAT
3 Resepi Lepat Pisang Senang Sedap sukatan cawan mudah dibuat
4 Nasi Goreng Satay... Satay sedap kat mana?
5 Terkini di pasaran | Wet Tissue Antibakteria AIKEN
Selamat Pagi buat kengkawan semua. Apa khabar hari nie? Ceria-ceriakan diri anda dan perbanyakkan selawat ke atas Nabi. Moga-moga di penghulu hari Jumaat ini kita beroleh ketenangan di jiwa disamping membersihkan hati. Selalu lah berfikiran positif agar kita  tidak mengajar diri berprasangka buruk terhadap orang lain.
Biarlah apa orang nak kata tentang kita, yang pasti kita tak akan berkata demikian kepada orang lain mahupun berkata didalam hati. Jika tidak, kita pun sama sahaja seperti orang tersebut……. Sebaiknya kita doakan yang baik-baik untuk mereka.
 
Hrrmmm …… Kalau rasa hati tuu tak bersih lagi, minum ajer clorox yea…. Pasti hati tu nanti putih bersih lagi berseri.  Hahaaa . . . . (Gurau ajer)
 
Bak kata pujangga ….”Andai seorang sahabat membuat kebaikkan, ukirlah diatas batu agar ia tersemat dihati dan kekal sebagai memori terindah dan seandainya seorang sahabat membuat kesalahan, tulislah di atas pasir agar hilang dibawa arus kemaafan”
Sesama lah kita memaafkan sesama kita ….. 
 
Apa ajer Nina nie pepagi Jumaat berceloteh panjang kannn …… Entah laaa.. sekadar bercerita. Tidak bermaksud apa-apa punn ..  Hari nie menu ulangan. Dah selalu ulang-ulang menu nie. Nak buat camner, kegemaran anak-anak …. Lagipun terkena jangkitan Cik DjDayang kita semalam dia post mee hoon goreng dia. Terliur la plak ….. Hehehe ….
Nina copy paste ajer resepi yang terdahulu. Click Mee Hoon Goreng Hailam kalau nak tengok yang sebelum nie. Cuma kali nie rencah tak cukup, Nina masukkan fish cake & chicken ball + sayuran ajer. Terliur semalam punya pasal ~~~ Hehehe ….


Resepi Mee Hoon Goreng Hailam Tak Pedas

Mee Hoon Goreng Hailam
Bahan-bahan
1 packet mee hoon
1 biji bawang merah besar – dihiris halus
3 ulas bawang putih – dihiris halus
1 sudu besar serbuk secukup rasa
minyak masak

Bahan sos (disatukan)
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos cili
1 cawan air

rencah-rencah;
2 biji telur
udang, sotong, isi ayam – dibersihkan dan diperap bersama sos tiram dalam 20minit (tak perap pun tak apa)
fish cake dan fish ball
sayur sawi – dipotong anggaran 4 cm
Carrot – Nina parut jer (nak cepat punya pasal) Hehee …

Bahan hiasan;
Daun kuchai – dipotong anggaran 4cm
Bawang goreng

Cara-cara

  • Panaskan kuali dan minyak
  • Goreng telur hingga masak sambil dipotong telur tersebut dalam kuali kepada ketulan-ketulan kecil. (ala-ala scramble egg tapi kering). Ketepikan..
  • Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar merah dan bawang putih hingga warna keemasan.
  • Setelah itu, masukkan segala sos dan air. Masak hingga mendidih.
  • Masukkan bahan rencah. Masak atas api besar seketika.
  • Masukkan mee hoon. Kacau rata kesemuanya.
  • Masukkan telur yang diketepikan tadi bersama serbuk secukup rasa
  • Kacau rata bersama daun kuchai
  • Sedia dihidangkan

Selamat mencuba !!

Related posts:

SAMBAL DAGING DENDENG SUMATRAA SEDAP MUDAH READY TO EAT

Resepi Lepat Pisang Senang Sedap sukatan cawan mudah dibuat

Nasi Goreng Satay... Satay sedap kat mana?

Terkini di pasaran | Wet Tissue Antibakteria AIKEN

Lifestyle Resepi bihun gorengbihun goreng tak pedasMeeMee Gorengmee hoon goreng hailammenu anak susah makan nasimenu anak-anak

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes