Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi ROTI TELUR Lemak Manis
March 17, 2021March 17, 2021

Day17 ROTI TELUR Lemak Manis Menu Bekal Sekolah Eilhan & Yana

Hollaa . . . Ya terpaksa akur, kita mampu merancang dan Allah sebaiknya yang menentukan. Apakan daya, secara tak sengaja Nina kecundang akhirnya. Punya lah semangat waja berkobar-kobar tak mo miss misi Nina dan semalam Nina tak berkesempatan share Menu Mudah Bekal Sekolah untuk Eilhan dan Yana kat korang. Sorry my bad! Huhuu Resipi ROTI TELUR LEMAK MANIS

Isi Kandungan hide
1 Resipi ROTI TELUR Lemak ManisMenu Mudah Bekal Anak Sekolah
1.1 Cara buat ROTI TELUR SEDAP Lemak Manis
1.2 Related posts:
2 Resepi Daging Korban Goreng Berempah simple mudah ... Lembut, moist, sedap !! Asyiknya makan..
3 Day8 ROTI TELUR UPIN IPIN Bekal Sekolah Eilhan
4 Resepi Udang ButterMilk Chinese Style ini paling mudah sedap! Rekemen korang cuba
5 Mmmm... Sedap nya PUDING ROTI SOS KASTARD ni

Terima kasih banyak buat yang ambik berat bertanya khabar Nina semalam. Allahu . . . Sebak!
Serius tak sangka ada yang tertunggu perkongsian Nina. Kebiasaanya sekitar jam 10am++ Nina akan share resipi atau cerita terkini dalam blog dan kekadang lewat sikit share kat facebook dan lagi lewat sampai terlupa kadang tu share kat instagram. Tu pun mujur ada yang perasan dan kasitau

“Kak Nina, dekat IG belum letak gambar bekal hari ni ye?” – halaahh hallah hallahhhh . . .
Baiknya awak! Sesuai jadi PA kak Nina ni.. Poyo sungguh siap nak kena ada PA. HAhaaa

Actually semalam pepagi lagi Nina dah keluar dan ada urusan yang perlu Nina uruskan. Bila dah keluar, time table semua kacau. Lari lintang pukang. Maka nya memang tak done laa nak update sebarang cerita.
Ya, surirumah pun ada timetable. Pengurusan masa amatlah penting. Sebab masa perlu diperuntukan sebaiknya supaya semuanya berjalan lancar sepanjang hari. Ada time kena keluar jemput Eicha, sat lagi keluar lagi jemput Eilhan pastu hantar Eilhan sekolah agama pastu keluar lagi masuk semula ke rumah dan keluar lagi dan begitu lah seterusnya! HAhaaa . .

Selit selit masa masak sat, sapu sat, mop sat, ngemas sat, belek tu sat, belek ni sat, semua pun sat sat jer.
Alhamdullillah mujur bab sidai baju Eilman bantu tu pun puas laa bebel suruh ikut SOP style Nina. MakMak biasalah kannn… Bab lipat baju Geng yang banyak bantu, balik keje dia yang tolong lipat. Bukan apa, kalau Nina yang lipat memang terhegeh-hegeh. Garisan mau sama, baju tak mo kedut, semua kena sama besar. So bila mau siap? Baik Nina tak tengok tutup mata, tau tau dah simpan dalam almari. Nak kata apa? Lagi mau cerewet? Senyap dan bersyukur sudaaaa.. HEhee Sebagai ibu isteri, bagi Nina ianya satu proses yang bukan mudah untuk belajar menerima dan hargai hasil usaha ahli keluarga yang lain. Bukan semua kena ikut standard kita jer dan tak boleh nak cerewet sangat. Baru lah sesama bantu membantu, bekerjasama. So semua orang penting dan saling memerlukan satu sama lain.

Resipi ROTI TELUR Lemak Manis

Resipi ROTI TELUR Lemak Manis
Menu Mudah Bekal Anak Sekolah

4 keping roti atau secukupnya
3 biji telur
2-3 sudu gula kaster
1/4 sudu makan garam
½ cawan susu lebih kurang
1 sudu makan esen vanila
Minyak masak untuk menggoreng
(Atau 3 biji telur + 3 sudu susu pekat manis) Rumah Nina payah nak ada susu pekat manis sebab tu Nina guna susu UHT atau susu tepung Eicha. Lagi sedapppp dan berkhasiat.

Cara buat ROTI TELUR SEDAP Lemak Manis

1.- Pukul telur, gula dan garam dalam mangkuk sehingga sebati. Panaskan susu dan tuang separuh daripada ke dalam adunan telur sambil mengacau sebelum masuk bakinya serta tambahkan esen vanila.
2.- Kemudiannya rendamkan roti dalam adunan telur itu tadi sehingga telur menutupi semua bahagian roti.
3.- Panaskan dua sudu makan minyak dalam kuali dengan kepanasan sederhana. Masukkan roti yang telah direndam dalam telur itu ke dalam kuali dan masak sehingga keperangan dua-dua belah bahagian.
4.- Setelah diangkat, taburkan serbuk gula (jika suka) dan sedia dihidangkan.

Mudah kannn?
Memang ada beza rasa bila kita guna susu UHT atau susu tepung anak berbanding susu pekat manis. Bukan tu jer, susu UHT dan susu tepung anak lebih berkhasiat. Apa pun ikut laa cutarasa memasing sebab kita yang nak masak dan anak kita jugak yang nak makan. Bukan anak jiran. Hehee
Yang penting kita dah cuba yang terbaik daripada tak berbuat apa-apa.

Related posts:

Resepi Daging Korban Goreng Berempah simple mudah ... Lembut, moist, sedap !! Asyiknya makan..

Day8 ROTI TELUR UPIN IPIN Bekal Sekolah Eilhan

Resepi Udang ButterMilk Chinese Style ini paling mudah sedap! Rekemen korang cuba

Mmmm... Sedap nya PUDING ROTI SOS KASTARD ni

Lifestyle Parenting Resepi bekal anak sekolahBekal Nutrisibekal sekolahbreakfastIDEA BEKAL ANAK SEKOLAHIdea Nak Masak ApaKids Menumenu anak-anakMenu sarapanresepi mudahresipi mudahRotiRoti TelurRoti Telur Lemak ManisSarapanWestern Menu

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. Hafiza Aizzawa says:
    March 17, 2021 at 3:49 pm

    Suka la tgk kak nina sediakan bekal utk anak2.. puas hati kan, anak2 pun mst happy

    Reply
  2. John says:
    July 7, 2023 at 9:37 am

    I am gonna prepare it.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes