Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

AZYMACARE Pencuci Muka Kulit Kering Sensitif
August 7, 2021August 7, 2021

Love it! AZYMACARE Pencuci muka KULIT KERING SENSITIF SELAMAT

Bila usia makin meningkat, kulit muka Nina jadi sensitif. Mudah kering! Bila kulit muka kering, nanti mula lah dia merah-merah dan mengelupas. Pastu ya ampun pedihnya! Nak cuci muka pun sakit. Huhuuu . . . Sudahnya kulit muka nampak kusam dan cepat kedut. Dah minum banyak air pun masalah kulit kering sensitif ni payah nak selesai. Stress tau! So sebab tu Nina memang cerewet bab skincare. Paling utama Nina akan pastikan ianya produk yang selamat. Dok usha-usha pastu kawan rekemen suh cuba AZYMACARE | Pencuci muka untuk kulit kering sensitif. Bagus katanya!

Isi Kandungan hide
1 AZYMACARE
2 AZYMACARE CLAY SOAP-FREE PURIFYING GEL
2.1 AZYMACARE Selamat !
2.2 Bahan asas dalam Pencuci Muka untuk Kulit Kering Sensitif AZYMACARE CLAY SOAP-FREE PURIFYING GEL
2.2.1 ROYAL JELLY
2.3 BEE PROPOLIS
2.4 SOAP- FREE | Memang kurang berbuih. Pakai sikit je tau!
2.5 KEBAIKAN SOAP-FREE PURIFYING GEL
3 Apa kata Nina tentang Pencuci Muka AZYMACARE ?
4 Harga Pencuci Muka AzymaCare ?
4.1 Related posts:
5 Ayam Goreng Berperisa Chinese Style
6 Sinopsis DIA YANG KU CINTA TV3
7 Nina Mirza Cheese Cake Leleh sememangnya Awesome!! iyer ker nie....???
8 Resepi Dan Tips Sotong Goreng Tepung Rangup Sedap

AZYMACARE

Ok . . .dengar nama AzymaCare terus rasa lega! Sebab Nina pengguna sabun mandi dia. Memang bagus sabun mandi dia! AZYMA Sabun Tanah Liat bukan saja berkesan hilangkan bau badan malah membantu sapa yang ada masalah kulit. Wajib cuba! Selalunya Nina order sekali banyak so tak perasan AZYMACARE dah keluarkan produk terbaharu CLAY SOAP-FREE PURIFYING GEL atau senang sebut pencuci muka! HEhee

AZYMACARE CLAY SOAP-FREE PURIFYING GEL

Produk ini merupakan keluaran terbaharu Azymacare selain Clay Body Wash yang juga berasaskan tanah liat dan ekstrak botanikal yang telah mendapat 100% kelulusan oleh pakar kulit dan mendapat sijil Dermatologist Tested dan Hypoallergernic yang mengesahkan ianya sangat lembut sehingga boleh dipakai di kulit bayi begitu juga bagi mereka yang berkulit sensitif.

AZYMACARE Selamat !

Haaa see! Produk selamat! Lebih yakin nak guna.
Bukan nak kata laa.. Kalau orang dok rekemen suh cuba apa-apa skincare, ada rasa berbelah bagi nak cuba! Giler tak risau.
Takut weyhhh . . nanti tak selesai masalah tapi tambah masalah lain lak. Haru! So sebelum cuba opkos Nina akan belek-belek bahan ingredients nya dulu. Nak pasti ianya selamat digunakan.

Produk ini semestinya tiada bahan berbahaya seperti Parabens, SLES dan SLS yang membuatkan ianya sangat sesuai untuk kulit muka yang lebih halus dan nipis berbanding kulit badan. Senang kata kulit muka sensitif macam Nina pun sesuai pakai ni.

Bahan asas dalam Pencuci Muka untuk Kulit Kering Sensitif AZYMACARE CLAY SOAP-FREE PURIFYING GEL

ROYAL JELLY

Royal Jelly adalah rembesan bahan menyerupai susu yang terhasil dari kelenjar pharyngeal koloni lebah madu sebagai makanan ekslusif untuk ratu lebah yang membolehkannya bertelur sehingga 3000 biji telur setiap hari sehingga umurnya 6 tahun.

Selain mengekalkan 5 bahan utama iaitu Koalin Clay, Lavender, Aloe Vera, Cucumber dan Chamomile di dalamnya, 2 bahan aktif semulajadi yang istimewa turut ditambah iaitu Royal Jelly dan Bee Propolis khusus untuk kulit wajah.

Ia kaya dengan nutrisi seperti protein, air, gula, lemak, garam, vitamin dan asid amino untuk menyokong kesihatan dan tumbesaran, menambah kesuburan, membekalkan tenaga dan memanjangkan usia ratu lebah. Di dalam kosmetik, Royal Jelly digunakan untuk membantu menyihatkan kulit dan menjadikannya lebih berseri kerana kandungan nutrisinya yang kaya dengan asid amino, vitamin dan mineral. Royal Jelly juga dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit.

BEE PROPOLIS

Merupakan campuran melekit seakan resin yang dihasilkan lebah madu daripada air liurnya dan juga rembesan yang terkumpul dari tunas atau getah pokok serta sumber botani yang lain. Digunakan sebagai gam bagi mengukuh, membaiki dan mengisi rekahan pada sarang lebah.

Dalam produk penjagaan kulit, propolis membentuk lapisan pelindung pada permukaan kulit juga menjauhkan perengsa yang mungkin menyebabkan kerengsaan dan noda kulit. Berbekalkan sifat antibakteria, propolis juga telah digunakan sebagai antiseptik semula jadi untuk luka.


Baik untuk kesihatan kerana mempunyai fungsi anti-bakteria dan anti-oksida dan kemampuannya menekan pertumbuhan bakteria, virus dan fungi serta kemampuannya meredakan radang.

Di dalam kosmetik, propolis dapat membantu menghilangkan pori secara semula jadi untuk memberikan kulit yang bersih dan licin. Pelbagai vitamin, mineral dan asid amino yang terdapat dalam propolis juga membantu menyuburkan kulit, memberikan nutrien penting yang diperlukannya. Dalam banyak kes, propolis telah digunakan untuk menyeimbangkan masalah kulit dan menenangkan kulit yang bermasalah, melembabkan dan melembutkan kulit.

Antioksidan yang terdapat dalam propolis dapat membantu proses penyembuhan luka dengan merangsang aliran darah dan mengurangkan peradangan. Propolis terdiri dari nutrien yang mendorong pertumbuhan sel yang membantu mempercepat proses penyembuhan sambil meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Telah lama dikenali sebagai antibiotik semula jadi dengan sifat antibakteria yang kuat, ia dapat melawan pelbagai jenis kuman, melucutkan virus dan melawan jangkitan.

Cantik packaging dia! Satu youb ni 50ml so tak terlalu besar dan tidak terlalu kecik. Just nice to hold. Tekstur liquid warna putih yang halus yang tidak terlalu pekat, pakai sikit pun dah cukup. Nina suka jenis Liquid gini, mudah digunakan dan lebih hygiene berbanding sabun jenis bar tu. Bau dia fresh citrus light-light gitu, Best!

SOAP- FREE | Memang kurang berbuih. Pakai sikit je tau!

Nak pesan ni, orang jangan lak buh banyak-banyak kat tapak tangan sebab dah terang tulis SOAP FREE so memang kurang berbuih. Sila noted tau! Senang dibilas dan tak rasa bergris setelah dibilas. Kulit rasa lembab jer lepas cucian. Suka sangat!

KEBAIKAN SOAP-FREE PURIFYING GEL

Antara kebaikan produk yang terhasil dari gabungan pelbagai bahan istimewa ini termasuklah :

  • 100% Clay Kaolin Asli tanpa bahan kimia berbahaya
  • Produk – Dermatologist Tested, Hypoallergenic
  • Halal Jakim, NPRA – NOT210405478K dan dengan status kilang – ISO, US FDA, GMP.
  • Melembabkan dan melembutkan kulit muka
  • Mengatasi masalah kegatalan kulit dan kulit kering
  • Mengatasi masalah jerawat

AZYMACARE Pencuci Muka Kulit Kering Sensitif

Apa kata Nina tentang Pencuci Muka AZYMACARE ?

Love it! Dah guna lebih seminggu dan Alhamdulillah serasi dengan kulit muka Nina tanpa sebarang alahan. Kulit muka terasa lembab sepanjang hari terutama kawasan pipi dan bahagian T-Zone tak berminyak pun! So sesuai untuk lelaki jugak yang mana punya kulit muka berminyak. No more oily face!

Packaging tiub gini bagus senang dibawa ke mana-mana! Nak pi mana je pun PKP ni? HAhaaa..
Ok, tiub lebih bersih, jimat berbanding bar soap cepat rosak. Nina suka bau dia yang light citrus gitu. Saat cuci muka rasa relax jer . . . Tekstur nya lembut licin buat rasa enjoy gosok muka. Senang dibilas sebab kurang berbuih. So sapa kulit muka nya jenis sensitif skin macam Nina, korang should try! So gentle to skin dan paling penting selamat!

Harga Pencuci Muka AzymaCare ?

Ahaa… Tengah promosi ni! Harga promo hanya RM29.00 jer. So, cepat grab sementara promo masih ada!
Dan feel the different kulit lembut, lembab dan sihat. Rugi tak cuba!

Sapa yang nak tahu tahu lebih lagi tentang Azymacare korang boleh lah mentelaah di
website rasmi Azymacare http://www.azymacare.com/
FB : https://www.facebook.com/azymacareHQ

Related posts:

Ayam Goreng Berperisa Chinese Style

Sinopsis DIA YANG KU CINTA TV3

Nina Mirza Cheese Cake Leleh sememangnya Awesome!! iyer ker nie....???

Resepi Dan Tips Sotong Goreng Tepung Rangup Sedap

Lifestyle Review Tips AZYMA CareAZYMA Sabun Tanah LiatAZYMACAREAZYMACARE CLAY SOAP-FREE PURIFYING GELBee Propolisgentle cleanserHarga Pencuci Mukainfo - kecantikannak cantikPencuci MukaPencuci Muka Kulit Kering Sensitifsabun kulit bermasalahTips kecantikan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (18)

  1. HELOAIN says:
    August 7, 2021 at 11:03 pm

    Wahh makin cantik berseri lah kak nina . Selamat berhujung minggu 😀

    Reply
  2. Nadia johari says:
    August 8, 2021 at 10:52 pm

    Boleh cuba ni. Elakkn jerawat

    Reply
  3. Eiza GreenAppleKu says:
    August 8, 2021 at 11:17 pm

    Best guna pencuci muka Azyma Care ni. Masalah kulit muka kita hampir sama. Bila dah kering, mulalah timbul alahan. Alhamdulillah, pencuci muka ni sesuai dengan Eiza. Wajah pun dah kurang berminyak. Lembap je kulit. Bila makeup, tahan lama.

    Reply
  4. Semutsenyum says:
    August 9, 2021 at 12:11 am

    Kak nina….. saya dah guna dah.. memang best. Jatuh hati terus. Bau wangi…. sangat menenangkan. Pastu pulak diyakini Halal, guna tanpa ragu2. Kulit memang jadi lembab. Mcm mana tak jatuh cinta.

    Reply
  5. azni says:
    August 9, 2021 at 11:57 am

    sabun yang tanah liat tu pun memang bagus and proven masa kena gatal=gatal. yang ni nina rasa memang okay jugak erk .

    Reply
  6. Rawlins GLAM says:
    August 9, 2021 at 5:48 pm

    Bila tengok bahan-bahan dia memang sesuai dengan kulit Rawlins yang super sensitive nie. Pastu tengok harga, ok. Berpatutan untuk try. Hehe

    Reply
  7. Ayu Rafikah Mohd Amin says:
    August 10, 2021 at 8:36 am

    dulu selalu tgk jenama ini as mandian.. kini ada untuk membersihkan muka.. agak menarik juga ni.. nanti boleh cuba

    Reply
  8. Marshaliza says:
    August 10, 2021 at 4:49 pm

    Baru jumpa produk guna clay untuk cuci muka…biasa jumpa mask je. Mesti sejuk je guna kan kak nina.

    Reply
  9. Ika says:
    August 12, 2021 at 8:33 am

    Menarik. baru tahu pasal produk ni. nanti boleh cuba sebab rasa macam nak tukar produk lain untuk muka ni.

    Reply
  10. Ruby says:
    August 12, 2021 at 11:46 am

    Wahhh dah ada pencuci muka gel pula. Bagusnya! Nanti nak cari lah. Saya jenis oily skin, memang sesuai produk pencuci wajah jenis gel. Tq akak share!

    Reply
  11. nikkhazami says:
    August 12, 2021 at 12:55 pm

    ramai yang ada kulit sensitif ni. kena cari produk yang ada kandungan selamat and tak karm kulit. mungkin diorg kena cuba yang ni

    Reply
  12. Kevin hawks says:
    September 29, 2021 at 1:39 pm

    This is a very helpful blog post. I really appreciate the efforts you’ve done for the information.

    Reply
  13. Ace Divino says:
    October 23, 2021 at 1:57 pm

    Nice one, I am impressed your blog. Thank you for sharing it.

    Reply
  14. Muskesh singh says:
    February 15, 2022 at 6:53 pm

    Great article really impressed me. I think you should also write an article about bank guarantee facility This will be beneficial for others I guess thank you.

    Reply
  15. Dog Boarding Cleveland Cleveland says:
    July 10, 2024 at 2:31 am

    Thanks

    Reply
  16. sell my phone says:
    June 17, 2025 at 8:26 pm

    I’ve been searching for the best place to skin care, and its was a best place ninamirza came through with a smooth and quick process. Highly recommended!

    Reply
  17. English language courses in dubai says:
    June 22, 2025 at 5:01 pm

    Best blog for skin care and i was loved it. Keep up the good work team

    Reply
  18. Halloween Deals says:
    October 16, 2025 at 2:37 pm

    Safe face wash is specially formulated for dry and senstive skin, offering gentle yet effective cleansing without stripping natural moisture.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes