Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi Nasi Ayam Mudah sedap
January 27, 2016March 5, 2023

Resipi Nasi Ayam yang Mudah.. Menu kegemaran anak-anak

Menu anak-anak sebenarnya tak susah pun. Asal sedap kat tekak mereka dah kira lulus dah! Setuju? Namun, ada juga mak-mak yang dok bilang susah nak masak nasi ayam.  Sebenarnya kan, tak de laa susah mana pun nak masak Nasi Ayam ni. Mudah je! Korang follow je Resipi Nasi Ayam Mudah style Nina ni, InsyaAllah cepat je cara masaknya dan korang akan tersenyum seronok anak makan habis licin!

Isi Kandungan hide
1 RESIPI NASI AYAM MUDAH
1.1 Related posts:
2 Asyik beli jer.... Jom buat sendiri ROTI JOHN HOMEMADE senang jer
3 Resipi Ringkas | Udang Goreng Kunyit
4 Sinopsis Drama LARA AISHAH Astro
5 Bihun Soto Rempah Mak Siti.. Siapa Mak Siti tuu?? Hehe...

Kalau Nina suka yang mudah aje. Tak suka yang remeh-temeh. Asal done jadi Nasi Ayam dan anak-anak pun suka kira lulus dah tuu… Nak sedap taraf hotel chef terkemuka kena la pi kelas kannn…. Resepi hebat bukan mudah nak dapat. Sila bayor yaa…. Iyer tak? tak pun, remeh sikit lah kot bahan-bahan masakannya nanti. Susah-susah ni Nina kurang gemar, suka yang senang, simple aje.. Ramai kot macam Nina. hehee . . .

hurmm… walaupun Resipi Nasi Ayam mudah, namun nak sediakan step by step pun panjang. Dah try buat sekali pasti jadi kacanggg aje!  Tak cuba mana nak tahu.. Jom tengok resepi Nina

RESIPI NASI AYAM MUDAH

Resipi Nasi Ayam Mudah sedap

Nak buat Nasi Ayam Nina – memula kita kena sedia kan supnya dulu. Kalau nak ringkas macam Nina just rebus ayam sampai separuh masak. Semuapun masuk jer dalam periuk. Tak perlu tumis bagai….
Nanti air rebusan ayam tu masukkan dalam periuk nasi untuk buat nasi nya pula.
Untuk nasi pun Nina tak der tumis…
Ayam pula, tak der nak perap memerap…. ringkas dan mudah :)

SUP AYAM
2 ekor ayam  dicuci bersih (kalau ayam nya besar seekor pun cukup)
air secukupnya
3 inc halia – dititik
1 sup bunjut
garam secukup rasa
** kalau nak lagi sedap, tambahkan 2-3 ketul kiub Ayam Knorr**  Terpulang… Selalunya Nina tak letak

Cara penyediaan Sup Ayam :-
1- Masukkan air dalam periuk bersama halia dan serbuk sup
2- Air mendidih, masukkan ayam masak sampai separuh masak.
3- Rasakan sup dengan garam secukup rasa.
4- Toskan ayam letak tepi.
Ok … dah siap sup ayam, kita prepare ayam nyer pula.

AYAM GORENG
Setelah ditoskan, tabur sikir garam atau perasa. Nanti goreng dengan api sederhana dengan menggunakan minyak yang banyak. Ala-ala deep fried gitu …
Dah sejuk sikit, ketuk macam kat kedai tuu pastu potong-potong. Time panas jangan diketuk, nanti ayam tu hancur.

NASI AYAM
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam (sukatan air ikut macam masak nasi biasa)
2 inci halia – diketuk jer
2 helai daun pandan
sedikit serbuk kunyit

Cara penyediaan Nasi Ayam Nina yang Ringkas :-
1- Bersihkan beras dan rendam seketika. Letak garam sikit. Nina rendam dalam 15minit. (tak nak rendam pun tak apa – just tips) Nina rendam supaya nanti nasinya lembut, besar dan cantik. Masak nasi biasa pun Nina buat gini kalau ada masa.
2- Kemudian, toskan beras dan masukkan air rebusan ayam bersama halia, daun pandan dan garam secukup rasa dan sedikit serbuk kunyit. sikit jer~
3- Tutup periuk nasi. Tanak nasik seperti biasa hingga nasi masak.

CILI SOS
Tumis halia dan bawang putih. Kemudian masukkan cili sos kegemaran dan sikit air rebusan ayam tadi. Tambahkan sedikit gula jika mahu. Masak hingga mendidih. Siap!
Tuang atas ayam goreng tadi.

KICAP
Nina guna kicap Jalen Lemak Manis ajerrr…. senang kan….

SAMPINGAN
Timun, tomato (tak nak letak pun ok. Nina & MyGang jerrr pun yang makan)

Dah ready semua…. Sediakan plate, senduk nasi, letak ayam yang dah ketuk dan potong, curah sikit cili sos, sipikan timun dan tomato. Ceduk kuah sup tabur bawang gorengEilman tak suka! dan daun sup sikit. Daun ketumbar letak banyak-banyak. Nina suka daun ketumbar!!
Ready to eat~~ ringkas kan?

Sesuai buat bekalan sekolah anak. Gerenti habis licin! Berkhasiat, jimat, terjamin bersih dan  semestinya berkat. Maklumlah air tangan mamanya kan….
Ini antara menu yang sesuai buat bekalan anak-anak ke sekolah. . Ini antara IDEA Bento Bekal Sekolah berkhasiat yang selalu Nina masak. Korang pun boleh cuba. Memang banyak jimat dan puashati sebab kita tau anak makan makanan sihat.

Related posts:

Asyik beli jer.... Jom buat sendiri ROTI JOHN HOMEMADE senang jer

Resipi Ringkas | Udang Goreng Kunyit

Sinopsis Drama LARA AISHAH Astro

Bihun Soto Rempah Mak Siti.. Siapa Mak Siti tuu?? Hehe...

Lifestyle Parenting Resepi IDEA BEKAL ANAK SEKOLAHIdea Juadah Berbuka PuasaIdea Nak Masak Apamenu kegemaran anak-anaknasi ayam cepatNasi Ayam mudahnasi ayam sedapResepiresepi mudahresipiResipi cepatresipi ringkas

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. shark says:
    January 27, 2016 at 7:45 am

    mana bleh tolak air ibu.
    masak le apa pn.
    untung ada ibu rajin cm kak nina.

    Reply
  2. athirah says:
    January 27, 2016 at 7:57 am

    nina, sy share resepi nasi ayam ni ye. mudah nnt bila nak buat sy refer blog sy je. hihi. pastu nak tanya, kalau rebus ayam, standard ke ada lemak2 ayam tu timbul kat permukaan air?

    Reply
    1. Admin Comel says:
      January 27, 2016 at 2:54 pm

      Athirah, silakan share… Rebus Ayam timbul lemak-lemak tuu sebab masa cuci tak buang. Kalau Nina , masa cuci akan korek buang lelemak yang ada.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes