Bila sebut nama negeri Pulau Pinang atau Penang, makanan pertama yang terlintas di kepala adalah nasi kandar diikuti dengan pasembor, rojak, durian musang king dan sebagainya. Normal kerana itu adalah makanan jalanan yang paling orang cari. Tapi, hakikatnya makanan Penang jauh lebih banyak dan meriah dari itu. Order Food Delivery Penang
Di Penang ada juga makanan dari negara lain seperti makanan barat, Korea, Jepun dan sebagainya. Salah satu daripadanya adalah menu sashimi salmon segar dengan harga terendah di Pulau Pinang.
Sashimi salmon merupakan salah satu menu yang agak terkenal di negara Jepun. Tapi kita semua tahu yang sashimi tidak murah dan banyak restoran Jepun mengenakan harga yang besar untuk sashimi salmon segar.
Untuk Non Muslim, di Penang ada sebuah restoran bernama Kenko, sebuah kafe Jepun yang menawarkan harga sashimi salmon segar dengan bayaran serendah RM15 sahaja!
Kenko adalah kafe Jepun yang sudah lama wujud cuma mereka baru-baru ini telah berpindah ke Perpustakaan Digital Pulau Pinang untuk menawarkan suasana yang lebih selesa kepada pelanggan.
Untuk non muslim, boleh dapatkan sushi salmon segar dengan harga hanya RM15 untuk 10 biji. Manakala untuk sashimi salmon mereka, harganya antara RM35 untuk 200 gram yang mempunyai sekitar 18 hingga 20 keping. Sekali order boleh makan dengan sepuas-puas hati tanpa perlu risau untuk berbelanja lebih.
Selain dari itu, Restoran The Brasserie turut dikatakan ada menawar menu yang sama. Malah telah menerima banyak maklum balas yang positif dari pelanggan. Restoran ini terletak di Traders Hotel. Tidak hanya terikat dengan menu Jepun semata-mata, di sini turut menawarkan menu makanan tempatan, menu makanan barat dan banyak lagi. Menu pencuci mulut juga ada pelbagai jenis hingga rambang mata dibuatnya.
Bagi yang masih tertanya-tanya, di manakah Traders Hotel Penang ini sebenarnya? Traders Hotel Pulau Pinang dahulunya dikenali sebagai Shangri-La Hotel Penang dan kedudukannya terletak betul-betul di tengah-tengah bandar Georgetown.
Bilik-biliknya ditawarkan dalam pelbagai jenis termasuk suite dengan kadar harga yang agak berpatutan. Setiap servis dari Traders Hotel, bermula dari bilik tamu dan makanan dihiasi dan direka dengan menarik untuk memberi keselesaan, privasi maksimum, kemudahan dan kepuasan sepanjang penginapan pelanggan di situ.
Ada Juga Sushi Halal Untuk Pelanggan Muslim, Sebelum Makan Kena Pastikan Dulu
Mahu rasa sashimi salmon yang halal? Boleh singgah ke Sushi King yang sememangnya ada menawarkan menu halal dari negara Jepun secara special di Penang.
Untuk makan menu makanan Jepun dengan hati yang tidak was-was, Sushi King adalah jawapannya! Di Sushi King pelanggan benar-benar ditawarkan dengan menu makanan Jepun. Pelanggan juga bebas membuat pilihan ingin makan menu sushi yang bagaimana.
Sushi King sudah lama berada di Malaysia sebenarnya. Popularnya Sushi King disebabkan oleh rasa makanannya yang sesuai dengan tekak citarasa Malaysia. Suasana premis juga sangat selesa cuma di dalam keadaan bahaya Covid-19 sekarang ini, pastinya makan di rumah adalah pilihan yang paling tepat sekali.
Seandainya sedang berada di Penang tetapi malas mahu keluar dari rumah kerana ingin jaga diri, tak perlu risau lagi kerana buat masa ini sesiapa saja boleh gunakan servis food delivery penang untuk urusan pesan makanan yang di inginkan.
Salah satu pihak yang banyak digunakan servis penghantaran makanan untuk sekitar negeri Pulau Pinang adalah Foodpanda.
Foodpanda sudah lama ada di Penang dan semakin hari perkhidmatannya semakin meluas dengan menawarkan pelbagai aneka pilihan makanan yang berbeza. Sebut saja mahu makan apa, dari menu tempatan dan popular Penang seperti Nasi Kandar sehinggalah kepada menu makanan barat, semuanya ada.
Tak lupa menu makanan Jepun termasuk sushi yang boleh dibuat tempahan secara terus hanya dengan menggunakan hujung jari. Aplikasi Foodpanda dengan mudah boleh di download ke telefon bimbit dan segala urusan pemesanan dan penghantaran makanan akan sentiasa di update ketika menggunakan servis penghantaran makanan dari pihak Foodpanda ini.
Order Food Delivery Penang
Salmon segara dari sushi tu yang sedap tu . Rasanya yang juicy dan fresh tu memang membuatkan perut lapar dan terliur. Biasanya orang pergi penang sebab nak makan makanan penang. Tapi sekarang pergi penang pun dah boleh tempah sushi. Dah boleh makan sushi di mana-mana saja.
Senanglah penggemar di Penang nanti 🙂
nampak fresh dan sedap sushi ni. siapa yg suka makanan jepun boleh try ni 🙂
balik penang nanti nak try la sashimi tu tapi tak sure plak halal ke tak. sushi king dah selalu haha
Wahh…salmon sashimi la makanan favorite saya, especially salmon belly. Mmm, makan hari2 pun tak puas.
this sashimi looks super fresh! cant believe penangites can now buy them at such an affordable price. i am so jealous!
Perghh terus rasa nak order le pulakk.. sedapnyaa, kegemaran Sis dan anak-anak kalau sashimi ni, kalau makan kat hotel, benda ni dulu kami terjah hahaha
sedapnya tengok sushi salmon fresh macam tu. Dah lama tak makan Sushi King sebab sushi dekat Empire lagi sedap dan pelbagai pilihan.
ya Allah sedapnya sashimi. tambah2 yg segar. uishhh cicah dengan sos dia mmg tak ingat apa dh. jadi teringin pulak
Aduii,, baca entry ni terus tekak ni rasa nak makan sushi during lunch time 😛 serious dah lama giler tak makan sushi, i rasa since the first MCO lagi..
Sushi king is my favourite! Tapi yaya tak reti makan sushi mentah just makan yang dimasak sahaja next time boleh try semula kot tekak dah boleh terima hee
Very Awesome and Help full Article. It really helps me. thanks for sharing this.