Hurmm… Asal nama surirumah apa yang terlintas dalam kotak fikiran korang? rasanya ramai mak mak berangan bercita-cita nak jadi suirumah kann..?? Kenapa?
Best ke jadi surirumah
Sebab asal mana surirumah pasti akan terlintas dalam bayangkan gurauan korang yang surirumah ni >>>>>>>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
macam best jer kann…
macam relax jer kann..
macam tak de bkeje sangat pun kat rumah ni kannn
macam tak payah kena marah ngan bos kann
macam bila-bila masa pun boleh rehat kann
macam masa tu tersusun baekkkkk tuk diri sendiri kannn
macam me time tuk diri sendiri tuuu banyakkkk sangat kannn
macam masa tuk anak-anak sangat terjaga konsisten kannn
macam boleh tulis blog hari-hari kannn
macam boleh workout setiap pagi
macam boleh pi saloon spa setiap minggu
macam boleh masak sedap-sedap setiap hari kannn
macam boleh pi SALE asal ada bila-bila masa kannnn
macam boleh jahit baju kurung tuk Raya nanti sendiri kannn
macam boleh nak buat biskut Raya sendiri nanti kannn…
macam kengkonon dok rumah lagi jimat kannn
macam masa tuk suami terchinta lebih banyak dari masa korang keje kannn
macam semua mak mak pun nak jadi SURIRUMAH kannnnnnn….??
Hah..!! Dalam macam macam macam macammmmm kat atas tu, macam ada yang sama dengan apa korang terfikir dan setuju kan? Hurmm… Nina tak nafikan ianya ada yang betul TAPI BUKAN SEMUA pun BETUL. Mungkin hanya 0.00000000000001% yang betul. Percayalah tak semua yang korang angan-angankan tu indah belaka.
Hakikatnya
Setiap kita ni ada bahagian masing-masing dan tentunya yang terbaik tu datang nya dari DIA yang Esa. Syukur dengan apa yang korang ada. Sentiasa berlapang dada. InsyaAllah ketenangan tak perlu di cari-cari.
Surirumah pun ada masa nya kalut gak. Sejujurnya nama surirumah bukannya bak permaisuri hokey! Tatkala nak masak lah selalu jadi macam Doreomon. Dok buka katup buka katup pintu peti ais. Keluarkan segala macam benda misteri dalam perut Doreomon tuk selesaikan masalah nan satu.
Nak masak apa hari ni?
Soalan ni jer memang boleh bikin tak keruan seharian. Nak nak bila ianya last minute punya plan. Kelam kelibut dengan urusan seharian. Huishh … Buzy sangat ker Nina ni? Mmmmmmm….. Eeerrkkk….. nanti lah bebila Nina free Nina story mory kat korang eh.. nanti kita siap buat jadual 24jam/ 7 hari seminggu tuk korang belek-belek. gitewww… hehee
Eh! Tengok Nina melalut dah terbuang banyakkkk masa. Ayo amaaa apaaa.. Sebenarnya nak share ngan korang menu paling ringkas, paling suka, paling cepat, paling bodoh yang selalunya Nina masak. Semua pun Nina humban dalam kuali. Senang satu lauk jer. Dalam tu laaa da sayur, carrot, kobis bunga, brokoli, atau apa-apa pun yang Nina rasa Nina nak masukkan sekali. Tahap Cik M ada batu besar dok atas kepala dah gini.
Sotong Goreng Kunyit menu favorite Nina. Kadang tuu apa pun Nina goreng kunyit. Tak sotong, kadang tu udang, kadang tu ayam, cuma yang pasti bukan daging laaa… Sebab daging kena rebus sangat lama! Ada cara nak empuk cepat, sila pm tepi jer laaa…
SOTONG GORENG KUNYIT
Bahan-bahan
500gm sotong sederhana besar – cuci bersih dan potong bulat 2 atau 3
1 biji bawang besar – hiris nipis
3 ulas bawang putih – Nina ketukkan aje
2inch halia – hiris nipis
Sayur kacang buncis secukupnya – potong serong
Carrot – potong kecil
Bunga kobis
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Cara penyediannya
1- Sotong yang telah dibersihkan dan dipotong lalu diperap bersama serbuk kunyit dan sedikit garam lebih kurang 20minit.
2- Panaskan minyak dalam kuali lalu tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
3- Kemudian masukkan sotong goreng hingga masak.
4- Masukkan sayur kacang buncis, bunga kobis dan carrot, gaul rata hingga masak.
5- Perasakan dengan garam secukup rasa. Nina tak letak pun sebab tadi masa perap dah letak…
6- Tutup api dan sedia dihidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan. Wallaa~
Selamat mencuba!
Eh! TERpanjang lak Nina membebel hari ni. Tahniah tuk korang berjaya baca sampai habis. Terharu kitewww tau! Makaseh yaaa…
Sebenarnya kan… Apa pun kerjaya kita, kita yang lalui. Setiap apa pun kita buat dan lalui ada cabarannya. Anak kecik pun kehidupan seharian depa penuh cabaran. Kerjasama, tolak ansur, saling memahami, saling mempercayai sangat memainkan peranan dalam kehidupan seharian kita. Tetiba touching sebak lak…
Alhamdulillah … Adanya Geng dalam kehidupan Nina satu anugerah terindah dari DIA. Nak sambung story mory tapi nanti sian lak kat korang. Dah macam baca novel J.K. Rowling lak gamaknya. Huhuuu.. Sudi ker korang nak baca? tak jawab tak mo laaa citer..
Betul tu, siapa cakap profesion suri rumah tu senang, juju hadap hari sabtu dan ahad pun pitam dah kak nina, acaner kalau full time, kot tak rupa juju dah kot hahaha…sedapnya sotong goreng kunyit tu!
Hai Nina,
suka baca celoteh Nina,
tabik hormat kat suri rumah, besar sungguh pengorbanan untuk keluarga,
saya sendiri mengaku, bukan suri rumah yang baik he he heee…so, rumah memang tonggang terbalik kihkihkihhhh
Puan Nina, pertama kali saya tinggalkan komen di blog Puan
Saya suka baca blog Puan. Lenggok penulisan yang santai ini sentiasa menceriakan hari saya. Teruskan penulisan dari hati