Ramadhan yang di nanti datang lagi
Hurmm… Tik tok tikk Tokkk, tik tokkk … Kengkonon detik jam berbunyi. Ok, kira-kira anggaran kurang sebulan jer lagi kita semua umat Islam akan mula berpuasa. Korang dah ganti puasa? Ker ada yang belum… Haippp… Yang belum tu masih sempat lagi, segerakan lah yaa…
Korang yang keje kat KL ni gerenti aktiviti iftar bersama-sama kengkawan office wajib ada kann..?? Yelah … Waktu ni laaa nak makan sesama. Lunch hours tuuu ada yang tak sama waktu makan. Ada yang ikut turn. Keje bank jer selalu gini. Korang dah ada tempat cadangan? Tentu lokasi yang stategik jadi pilihan kann..?
Santapan Buka Puasa
Lokasi pilihan tentunya korang cari yang berada di tengah ibukota metropolitan Kuala Lumpur kann..? Yang senang korang nak tuju – waze jer sampai, yang ada public transport – tak yah hadap jammed, yang parking nya dekat ngan café – tak yah jalan jauh. Betul tak?
Meh Nina cadangkan korang ber Santapan Buka Puasa Buffet Ramadhan 2018 kali ni kat Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Alaaa… yang dekat ngan PWTC atau Sunway Putra Mall tu.. Bohong laaa kalau keje KL tak tau Seri Pacific Hotel, sebelah PWTC kot..
Buffet Ramadhan 2018 | Zende Restaurant Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Bertemakan ‘Santapan Buka Puasa‘ yang amat simple. Pelbagai menu yang disajikan pastinya menu yang dicari-cari warga kota untuk juadah berbuka puasa. Korang nak makan apa pun ada kat sini. Pepandai laaa pilih mengikut citarasa tekak selera korang ehh..
Ahaa.. !! Ini masakan tradisional yang korang ‘mesti cuba’ kat Zende Restaurant Seri Pacific Hotel KL ni :-
Kambing Bakar, Kacang Pool, Nasi Kandar, Briyani Gam, Sup Gearbox dan banyak lagi.
Sup Gearbox sini memang di tunggu-tunggu tiap tahun. Daging yang lembut, korang tak akan menyesal dan rasa yang cukup rasa ! Makan ngan roti, nak lak hujan gerimis kat luar tu… Heaven seyhh
Rare – Sup Ekor Bakar
Nasi Briyani Gam Johor
Briyani Gam khas dari Johor. Mmmm…. Nasi dia aje dah cukup buat korang nak tambah nasi. Sedap, lembut dan tidak terlalu berempah. Sesuai dengan daging Briyani yang lembut tu… Tak cukup sesenduk. OOpsss..!!
“Haippp ….!! ingat-ingat orang belakang tuu … Tinggalkan sikit tuk kita tau.. hahaa”
Kerabu dia sedap weyy …
Kat sini pun Nina paling suka kerabu dia. Sedap awakk..!! Kombinasi yang di gaul tu memang rasa tak cukup sepinggan. Nina makan gitu aje dok ratah. Asyik …
Pastu kann ulam-ulaman dia pun fresh! Ada Kacang Botol, Pegaga, Ulam Raja, Daun Kadok dan Paku Rawan. Kena lak ngan sambal tradisional depa. Bukan sebarang sambal belacan, sambal tempoyak, sambal mangga awak…! Perghhh… terangkat seyhh! Hahaha…
Antara sambal yang Nina rekeman kat korang :-
Sambal belacan, Cencalok, Budu, Tempoyak Cili, Sambal Nanas, Sambal Mangga dan Sambal Gesek.
Ada shell out – mai pilih mai pilih …. !!
Kueh mueh tradisional pelbagai pilihan
Kueh Mueh dia banyak pilihan… Rambang mata Nina dibuatnya. Nina snap kueh favorite Nina jer. Hehe . . .
Kemudahan lain – selesa
Surau
Kat Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur semuanya lengkap. Selain lokasi yang stategik dan public transport yang memudahkan perjalanan, kat sini pun disediakan surau yang selesa kat tingkat enam sepanjang bulan Ramadhan. Lepas iftar kalau korang nak terus solat terawih ada kat sini.
Wi-Fi
Ahaaa…. Laaa ni semua dok cari Wi-Fi kann.. Jangan risau! Kat Pacific Ballroom dan Zende Restaurant ada! Boleh laaa korang selfie terus upload dan share gambar menu iftar korang yang sedap tuu ngan kengkawan media sosial. Acecehh…. Macam tak biasa buat lak kann…
Public Transport , Parking
Nina datang sini naik Star LRT jer. Korang turun Stesen PWTC, gedek-gedek jalan kaki *jangan ngade nak bayangkan camner jalan gedek-gedek* bababb kanggg jalan kaki santai gitu, korang ikut jejantas berbumbung (selamat kena hujan) dan terus sampai tangga lobby Seri Pacific Hotel. Cepat, murah, selamat! Selain tuu, korang boleh naik komuter – turun PWTC. Pastu jalan kaki sampai sini. Tak jauh gak.
Kalau korang bawak kereta pun tak susah. Parking senang sangat. Banyak pilihan. Samada parking kat Seri Pacific Hotel, kat Sunway Purta Mall, PWTC atau kat Stesen Bas Putra pun ada. Ikut pilihan korang nak park kat mana .. . .
Nahh … tuk korang kot Cik M membaca… Layan jer laaa video simply simple Nina ni ehh … Idok ler bagus mana pun, still kena belajar lagi dan lagi. Tapi bulehhh laaa… harap korang tak boring. Seminit jer. Sila tengok! Paksa tanpa rela … hahaa
Harga Buffet Ramadhan
Early Bird Promotion
RM90 nett
17 May – 14 June 2018
RM120 nett (dewasa)
RM60 nett (kanak-kanak)
Ahaa… apa lagi korang..? Dah murah tuu weyy … Cepatan plan aktiviti buka puasa korang dan book yang early bird promotion tuu tau!
Pakej Bankuet – 50 pax
Kot korang ada plan nak buat reunion ke lebih 50 pax ada pakej baekkk punya tuk korang. Harga pakej bermula RM80 bersih seorang. Berbaloi kann…?? Makan best, tempat best!
Wow sup ekor bakar tu sumpah tak pernah rasa lg…aduhhh cmne ni kena pegi ni berbuka kt sini hehe
Gulai nangka dan shell out.. sedapnya..
pergghhh Kak Nina…dah la tengah lapar ni…tengok menu semua sedap ..
Walla sup ekor tu, syok menyedut!
Wow! Ada shell out gak ke? I loikke
sedapnyaaa..haishh kenapa sekrg tengok makanan je ni..lapor dh ni..dahla hujan sekarang..ahah
Gulp , tak tahu nak komen apa , mampu telan airlio jeee
Sup ekor bakar… sup gear box… waahhhhhhh… menarik ya menu. Mengiurkan semuanya.
Gulai nangka dan shell out.. tengok menu semua sedap ..
Same like last year, best
kannn…. best!