Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Buffet Ramadhan 2018 Royale Chulan Kuala Lumpur Citarasa Nusantara
April 15, 2018March 23, 2023

Mmmm… Sedapnya Bubur Lambuk Buffet Ramadan Royale Chulan KL | Citarasa Nusantara

BUFFET RAMADAN Royale Chulan Kuala Lumpur | Korang pernah jejak kaki masuk dalam hotel ni? Sejujurnya ini pertama kali Nina melangkah masuk dalam hotel 5 bintang yang terkemuka di Kuala Lumpur ni. Sebuah hotel yang cukup gah dalam kelompok golongannya yang tersendiri. Hotel mewah gitu ….

Isi Kandungan hide
1 Buffet Ramadhan 2018 Royale Chulan Kuala Lumpur – Citarasa Nusantara
2 Apa yang menarik berbuka puasa di Royale Chulan Kuala Lumpur
2.1 Royale Chulan Kuala Lumpur – diiktiraf Halal
2.2 Wahh … Menyajikan lebih 100 menu .. Meriah!
2.3 Mmmm … Sedapnya Bubur Lambuk air tangan Chef Sobri Soid memikat selera Buffet Ramadan Royale Chulan Kuala Lumpur | Citarasa Nusantara
2.4 Nasi Briyani Kambing
2.5 Pulut kuning, ketupat palas. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. eh!
2.6 Ulam- ulaman dan kerabu pelbagai rasa yang segar sedap
2.7 Pemanis Mulut – Pulut Mangga tersenyum manisss
2.8 Dessert, kek, puding yang comel
3 Kenapa BUFFET RAMADAN Royale Chulan KL istimewa?
3.1 Lokasi yang statergik
3.2 Warisan Cafe yang tenang dan esklusif
3.3 Buffet Ramadhan Royale Chulan Kuala Lumpur Citarasa Nusantara
3.3.1 Harga RM148 nett dewasa RM98 nett warga emas RM74 nett kanak-kanak (6-12tahun)
3.4 Promosi
3.5 Related posts:
4 Lega batuk dah baik! Berkesan petua minum air rebusan Daun..
5 Sedap seyhhh Menu Baru Ayam Kampong kat DAPUR PENYET
6 Sinopsis Drama DEMI RINDUMU Astro lakonan Janna Nick dan Sean Lee
7 Sinopsis Drama SAAT KAU TAKLUK CINTA INI

Saat Nina mendapat jemputan untuk ke Preview Buffet Ramadhan di Royale Chulan Kuala Lumpur, berbunga-bunga mekar mewangi hati ni. Tatkala kaki melangkah masuk ke Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur, hati tetiba rasa macam sesuatu. Wow! Kurrlasss nya hotel ni. Berkonsepkan tradisional Melayu Diraja cukup buat hati Nina rasa teruja akan keindahan senibinanya.  Cantik lawa! Tetiba feeling anak Raja gitu. Ewah ewahhh …!! Eh.. gurau jer..

Buffet Ramadhan 2018 Royale Chulan Kuala Lumpur – Citarasa Nusantara

Berkonsepkan Citarasa Nusantara, Warisan Cafe Royale Chulan KL menyajikan lebih 100 menu yang diketuai oleh Executive Chef Sobri Soid. Tentunya meriah Buffet Ramadhan kat sini. Yelah … Korang bayangkan 100 menu..!! Apa yang terlintas dalam kotak fikiran korang, ada kat sini. Tak payah pi jauh-jauh…

Apa yang menarik berbuka puasa di Royale Chulan Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan 2018 Royale Chulan Kuala Lumpur Citarasa Nusantara

Royale Chulan Kuala Lumpur  – diiktiraf Halal

Ahaa… Korang jangan tak tahu, Royale Chulan KL diiktiraf pensijilan HALAL untuk Cafe yang ada dalam Hotel ni. Bila ada nya pensijilan HALAL , terus pupus keraguan, was-was! Korang lebih yakin kann…   Halal bukan saja dari segi bahannya, malah keseluruhannya dijamin bersih lagi mensucikan. Terbaik laaa Royale Chulan KL!

Wahh …  Menyajikan lebih 100 menu .. Meriah!

Menyajikan lebih 100 menu yang pasti buat korang terliur. Apa jua menu yang terlintas kat benak fikiran korang tuuu cer intai kat sini. Kot korang dah rindu masakan Mak kat kampung nun jauh tuuu, nak makan ker kann… Ada kat sini! Kot korang dah mula nak rasa suasana kemeriahkan Aidilfitri ker kann… Lemang, rendang – Ada kat sini! Nak Bubur Lambuk yang sedap? Ada kat sini!

Mmmm … Sedapnya Bubur Lambuk air tangan Chef Sobri Soid memikat selera
Buffet Ramadan Royale Chulan Kuala Lumpur | Citarasa Nusantara

Buffet Ramadhan 2018 Royale Chulan Kuala Lumpur Citarasa Nusantara

Serius! Menu yang pertama Nina rasa adalah Bubur Lambuk. menu Favorite Nina tiap kali Ramadhan. Kalau sedap gini, hari-hari berbuka Bubur Lambuk Chef Sobri pun ai rela you! Tekstur nya yang smooth, sambil makan tuuu tergigit daging yang agak besar. Wow! Puashati … Kadang tuu kosong jer kannn, yang ni cukup rasa dan memang WIN hati Nina yang OCD cerewet bab makan. Heheh . . . Cerewetnya kalah juri Master Chef gitu. Ok perasan. Hahhaa…

Nasi Briyani Kambing

Buffet Ramadhan 2018 Royale Chulan Kuala Lumpur Citarasa Nusantara

Aduduhhh … Nasi Briyani Kambing kat Royale Chulan KL ni memang kena ngan selera Nina. Suapan pertama buat Nina rasa “Aduyai… Nape sedap nasi ni? Camner nak diet ni…” Huwaaaa… Korang nak tahu, nasinya lembut, pastu rasa rempah nya tak terlalu kuat memang Nina suka! Cukup rasa, kena lak ngan dagingnya yang moist. Perghhh…. Kita tambah awak nasi ni. OOpppss…!! Tercakap lak. ngeeeee~

Pulut kuning, ketupat palas. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. eh!

Buffet Ramadhan 2018 Royale Chulan Kuala Lumpur Citarasa Nusantara

Terlihat  kelibat pulut kuning dok posing diapit  Ketupat Nasi dan Ketupat Palas terasa macam dah nak Hari Raya Aidilfitri lak gamaknya. Eh ehh..!! Puasa pun belum. Haha… Korang dah ganti puasa ke belum tuuu?

Ulam- ulaman dan kerabu pelbagai rasa yang segar sedap

Buffet Ramadhan 2018 Royale Chulan Kuala Lumpur Citarasa Nusantara

Buffet Ramadhan 2018 Royale Chulan Kuala Lumpur Citarasa Nusantara

Terus terang Nina belum pernah makan kerabu sotong. Biasa Nina makan kerabu mangga jer. Pertama kali cuba rasa kerabu sotong rupanya … Eh! Kenapa sedap ni..?? Hahaha… .. padan muka! Tak cukup sepiring ciput jer Nina ambik. Kombinasi  bahan yang di gaul bersama-sama buat rasa nak lagi, nak lagi … hahaa

Pemanis Mulut – Pulut Mangga tersenyum manisss

Buffet Ramadhan 2018 Royale Chulan Kuala Lumpur Citarasa Nusantara

Pulut Mangga nya memula Nina macam pelik, Pulut tawar. Rupanya bila dimakan bersama pulut dan sos mangga nya memang bikin tak keruan! Tak cukup sepinggan tu jer… Nak ambik lagi malu laaa  plak. Ok ngade. hehee . . .

Buffet Ramadhan Royale Chulan Kuala Lumpur Citarasa Nusantara

Kueh mueh tradisional  pelbagai jenis. Macma-macam ada! Nina tunjuk korang antara yang menepati selera  Nina. Paling suka kueh onde-ondenya yang lembut, banyak inti kat dalam. Seronok bila rasa inti  gula melakanya pecah dalam mulut. Asyiknya…

Tart nenas tu antara beberapa jenis biskut raya yang dihidangkan. Nina ambik tart nenas aje. Dah itu favorite Nina. Sepantas kilat Nina ambik sejurus Nina nampak. Oh my… Sedap! Tak cukup 3 ketul tuuu…hehee

 Dessert, kek, puding yang comel

Buffet Ramadhan Royale Chulan Kuala Lumpur Citarasa Nusantara

Dessert yang comel, cantik tak sanggup nak makan. Gerammm jer tengok! tapi akhirnya dari dok tenung jerrr Nina makan gak . Vavavaa… sedap asyik nikmatnya… Paling suka Red VelVet tu. Nina makan sambil pejam-pejam mata menikmatinya. Sedap awakkk!

Kenapa BUFFET RAMADAN Royale Chulan KL istimewa?

Lokasi yang statergik

Di tengah bandar metropolitan Kuala Lumpur. Korang yang bekerja tentunya tercari-cari tempat buka puasa yang menarik, sedap dan ada citarasanya yang tersendiri. Royale Chulan Kuala Lumpur sendiri punya ada daya tarikkannya yang cukup istimewa lagi gah. Tentunya jadi pilihan tempat berbuka puasa korang yang berkejaya hebat kannn…

Warisan Cafe yang tenang dan esklusif

Suasana Cafe yang tenang dan esklusif  sememangnya tempat pilihan korang yang bekerjaya hebat kann..?? Sesuai untuk berbuka puasa sambil berbual santai. Tempat yang tenang, nyaman sambil berbuka hilang lah stress keje tuu kot kann…

Buffet Ramadhan Royale Chulan Kuala Lumpur Citarasa Nusantara

Amacam..?? Macam best jer kannn?? Giler tak best! Menu yang pelbagai, sedap lak tuuu …. Lokasi yang statergik, kemudahan selesa lagi memudahkan dan paling penting adanya pensijilan HALAL. Harga? Berpatutan!

Harga
RM148 nett dewasa
RM98 nett warga emas
RM74 nett kanak-kanak (6-12tahun)

Note : Iftar buffet bermula hari ke-2 kita berpuasa.

Promosi

Ini lagi menarik tuk korang. Korang share-share 5 kawan, korang bayar tuk 4 orang aje!
Beli 4 pax percuma satu pax. Untung weyy … Promosi ni hanya pada mingu pertama Ramadhan jer. So… Cepatan berbuka dan rasai sendiri Buffet Ramadhan – Citarasa Nusantara kat Royale Chulan Kuala Lumpur ni.

Nah … Nina belanja korang dulu simple video yang sempat Nina rakamkan tuk korang cuci mata.

For reservations, call 03-26889688/611 or
email : royaleramadanbazaar@royalechulan-kualalumpur.com
Facebook : https://www.facebook.com/royalechulankualalumpur/
Website : www.royalechulan-kualalumpur.com

Alamat : No 5, Jalan Conlay (10.15 km)
50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Ppssttt >>>> Kot korang tak cukup korum tuk 4 orang tuu, pastu tak tau nak belanja sapa, jangan malu-malu… Sila pm whatsapp atau email jerrrr Nina.! Kita rela temankan korang berbuka puasa bersama-sama kat Royale Chulan Kuala Lumpur. hehehe . . .  Orang belanja sapa tak nak weyyy….  🙂

Hurmm… Tercari-cari  buffet luar dari Kuala Lumpur? Korang boleh lah intai ke Buffet Ramadhan 2023 Selangor . Harga murah dan 100 hidangan yang pelbagai pilihan.

Selamat Menyambut Ramadhan

Related posts:

Lega batuk dah baik! Berkesan petua minum air rebusan Daun..

Sedap seyhhh Menu Baru Ayam Kampong kat DAPUR PENYET

Sinopsis Drama DEMI RINDUMU Astro lakonan Janna Nick dan Sean Lee

Sinopsis Drama SAAT KAU TAKLUK CINTA INI

Review Travel BUFFET RAMADANBuffet Ramadhan 2018Buka Puasa HotelCitarasa NusantaraFood reviewIftar Ramadhan 2018Kuala LumpurRoyale Chulan Hotel Kuala LumpurTempat best buka puasatempat makan sedap

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (31)

  1. Sofinah Lamudin says:
    April 20, 2018 at 5:19 pm

    Tak pernah rasa bubur lambok lagi. Pulut kuning tu favourite! nyumm.

    Reply
  2. Eiza GreenAppleKu says:
    April 20, 2018 at 5:54 pm

    Menggoda sungguh bubur lambuk tu. Menu lain pun nampak sedap.

    Reply
  3. SalinaJohari says:
    April 20, 2018 at 6:40 pm

    semua nampak menyelerakan Kak Nina…nanti Sal try send link ni kat Mr Hubby ..hehehe

    Reply
  4. amie says:
    April 21, 2018 at 4:34 pm

    Nak briyani kambing tu…huwaaahuwaaa besaunya kambing…nyum nyuummmm!

    Reply
  5. mas saari says:
    April 21, 2018 at 6:42 pm

    Semua menu menyelerakan.

    Reply
  6. Haida says:
    April 22, 2018 at 2:12 pm

    Semuanya nampak sedap dan menarik. Laparnya tengok makanan ni.

    Reply
  7. YB Shehan says:
    April 23, 2018 at 11:46 am

    alamak. mcm best jugak sini pun.. hmmmm

    Reply
  8. aku penghibur says:
    April 23, 2018 at 11:50 am

    100 ? perghh banyak ..bestnya macam-macam ada

    Reply
  9. JULIA JOHARI says:
    April 23, 2018 at 11:55 am

    Kerabu sotong tu betul ckp kak nina…ohsem!
    Juju perasan dessert kat sini nampak tempting dan berlainan sangat2…tu sebab harga pun boleh tahan tp hebat cara hidangan tu mcm raikan besday orang je tau…tergoda!

    Reply
  10. TATI MANSUR says:
    April 23, 2018 at 12:16 pm

    Pernah dua kali bebuka puasa kat Warisan Cafe Royal Chulan ni.. Memang sedap-sedap menu yang disajikan.

    Reply
  11. ai says:
    April 23, 2018 at 12:25 pm

    Kak Nina punya gambar semua menyelerakan..

    Reply
  12. Hafizah Zainal Abidin says:
    April 24, 2018 at 11:37 am

    Wahhhh…sedapnya bubur lambuk. Last saya makan bubur lambuk, beberapa tahun lepas. Teringin nak makan bubur lambuk lagi. Heheheh. Terima kasih atas infonya. 🙂

    Reply
  13. Suria Amanda says:
    April 24, 2018 at 11:42 am

    Alaaaa….SA dapat gak jemputan masa ni..tapi ingat Royale Chulan Bukit Bintang SA declined sebab dah pergi..hahahaha…padan muka SA…apapun semua nampak best la kak Nina

    Reply
  14. Ayu Rafikah says:
    April 24, 2018 at 12:21 pm

    Buffet royal chulan ni famous. Tiap2 thn dia offer hidangan menarik. Sebab dia kat pusat so antara tarikan jugakla

    Reply
  15. Ana Suhana says:
    April 24, 2018 at 12:33 pm

    Sedap tu nasi briyani kambing. Confirm kenyang lepas makan. Dessert semua nampak sangat menyelerakan. Tergoda tengok.

    Reply
  16. Ezna says:
    April 24, 2018 at 1:01 pm

    Suka juga lepas makan kurma makan bubur lambuk supaya perut tak la terkejut bila makan selepas seharian tak makan. Banyak juga juadah yang disediakan. Biskut raya pun dah ada. Suasana raya makin terasa walaupun belum bulan puasa.

    Reply
  17. Ema says:
    April 24, 2018 at 1:56 pm

    Time bulan puasa baru jumpa bubur lambuk. Sedapnya lah haihh…alamak, puasa…laju² komen.

    Reply
  18. khai artzfar says:
    April 24, 2018 at 3:45 pm

    meriahnya makanan dia. nampak sedap. tak tau kenapa tapi tahun ni rasa nak letakkan bubur lambuk as wajib cuba

    Reply
  19. Mahamahu says:
    April 24, 2018 at 4:22 pm

    Sekarang ni banyak sangat buffet Ramadhan tak tahu mana satu nak pilih kena tengok yang betul-betul menarik macam ni ada Bubur Lambuk mesti sedap….

    Reply
  20. Dura Norell says:
    April 24, 2018 at 6:28 pm

    Nak nasi briyani kambing itu!!! Huhu

    Reply
  21. Tengkubutang says:
    April 24, 2018 at 7:14 pm

    waaaa.. boleh tahan harga utnuk dewasa tu yea.. rm148, tapi kalau ramai yang kata makanan di Warisan Cafe Royal Chulan ni sedap-sedap apa nak kira bayar lebih kan.. fuh.. menu-menu semua nampak lazat.. adoi.. lapar pulak rasa.. huhu.. Bubur lambuk tu kegemaran TB dan suami.. selalunya itulah menu bersahur kami setiap hari yang buat perut kami sentiasa OK je dari pagi sampailah waktu berbuka puasa..

    Reply
  22. Airah says:
    April 24, 2018 at 9:29 pm

    Bubur lambuk tuuuuu dah lama nya tak rasa.entah bila last makan bubur lambuk.fav tu tapi susah nak jumpa

    Reply
  23. Dik bee says:
    April 24, 2018 at 9:49 pm

    dah lama tak rasa bubur lambuk. bila time bulan puasa baru dapat rasa tapi taun lepas rasanya x de makan. kira dah 2 tahun la. ni tgk gambar bubur lambuk teringin plakk..

    Reply
  24. www.liahasty.com says:
    April 24, 2018 at 10:31 pm

    Wah banyaknya 100 menu. Pelbagai pilihan makanan yang banyak. Kambing, dessert, kerabu semuanya nampak sedap. Kalau pergi KL Ramadan ni boleh lah singgah Royale Chulan.

    Reply
  25. Abby Onety says:
    April 24, 2018 at 10:43 pm

    Ini di hotel Royale ke? Wah bagus sekali. Abby tau tempat hotel ini. Bangunannya mewah bht. Makanannya banyak jenisnya ya……

    Reply
  26. Racheal Loh says:
    April 24, 2018 at 11:15 pm

    not only the bubur lumbuk.. all the desserts look good too. who can resisit delicious food during ramadan month… i wanna go there with my muslim clients

    Reply
  27. Mommy irra says:
    April 25, 2018 at 9:14 am

    Pagi-pagi buka blog ada makanan. Seksanya perut saya..huwaaaa…. Kak nina kejam..kekejaman apakah ini…nak g dapur dulu. Bye

    Reply
  28. Bro Framestone says:
    April 25, 2018 at 9:46 am

    Lama tak pergi royale chulan, kuala lumpur… Harga dia.. boleh tahan gak la

    Reply
  29. Betty says:
    April 25, 2018 at 10:24 am

    The bubur Labuk looks so nice and it good to consume in hot with some side dishes. I like the Nasi Briyani kambing . All the food look tempting and the dessert part is attractive. Ramadhan buffet always the best as it feature variety of Asian Cuisine.

    Reply
  30. Emi says:
    April 25, 2018 at 8:34 pm

    Stress tengok pulut mangga tu, haha. Nampak sedap sangat laaa

    Reply
  31. anis says:
    April 27, 2018 at 7:49 pm

    Hi iniroyal chulan jalan conlay ke? Mcm mana nak dapat kan lromotion untuk buffet ramadhan if more than 10 pax. Jatuh berapa ye untuk satu pax?

    Tq
    Anis
    0133955237

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes