Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

BOB ROCK Butik Plus Size
January 29, 2023February 1, 2023

Inisiatif CSR BOB ROCK Plus Size Clothing sempena CNY wajar dicontohi

Inisiatif CSR BOB ROCK Plus Size clothing sempena CNY wajar dicontohi

Korang tengok atok yang baju biru happy siap angat tangan ni, terpapar wajah ceria penuh gembira kannn? Ada nenek tu siap senyum melambai lagi bila gambar nya diambil. Orang tua ni reaksi mereka seperti anak kecil, penuh ketulusan. Sejujurnya Nina happy sangat tengok reaksi kegembiraan kebahagiaan di wajah atok- atok nenek-nenek di sini. Touching! Rasa yang sama tak?

Tentu korang terfikir dah kenapa Nina share gambar atok nenek berbangsa cina ni kannn?

Gong Xi Fa Chai!
Beruntung nya kita semua hidup di Malaysia yang penuh dengan pelbagai agama dan budaya. Sesama kita meraikannya bersama tak kira usia, bangsa dan agama. Ini lah semangat perpaduan semangat rakyat Malaysia! Berbesar hati Nina nak share cerita menarik tentang satu butik Men’s Plus Size Clothing ni..

Inilah semangat perpaduan! Inisiatif CSR Bob Rock mengadakan program menyantuni rumah orang tua sempena Chinese New Year CNY patut diberi pujian dan dicontohi. Tahniah!

Gong Xi Fa Chai! Beruntung nya kita semua hidup di Malaysia yang penuh dengan pelbagai agama dan budaya. Sesama kita meraikannya bersama tak kira usia, bangsa dan agama. Ini lah semangat perpaduan semangat rakyat Malaysia! Berbesar hati Nina nak share cerita menarik tentang satu butik Men’s Plus Size Clothing ni..

BOB ROCK Butik Plus Size
Inisiatif CSR BOB ROCK sempena CNY

Demi menyahut saranan kerajaan, Bob Rock Clothing merealisasikan inisiatif Program menyantuni rumah orang tua sempena CNY bertempat di Rumah Orang Tua Seri Setia, Sungai Wey Petaling Jaya Selangor pada 16/1/2023 yang lepas. Nina turut tumpang seronok tengok seramai 32 orang penghuni tersenyum gembira menerima kunjungan dan sumbangan dari Bob Rock CSR team. .Ada  atok tuu siap tunjuk peace masa bergambar. Happy betul dia! Happy for you too Atok..

Program berkenaan mencipta kelainan kerana penganjur yang beragama Islam tampil membantu penghuni di situ biarpun berlainan agama. Kita kann Rakyat Perpaduan.

Barang – barang yang diberikan ketika CSR
Sabun basuh tangan
Sabun basuh baju cecair
Sabun basuh baju serbuk
Sabun pencuci lantai
Limau
Ang-pau

“Idea untuk tampil dengan program ini adalah semata-mata kerana kemanusiaan. Perbezaan agama bukan halangan kerana kita perlu sentiasa bantu membantu sesama kita. Dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum, program sebegini diharapkan dapat menjadi titik permulaan untuk inisiatif CSR untuk membantu golongan yang memerlukan di masa yang akan datang,” kata Pegawai Pembangunan Perniagaan Bob Rock Clothing, Syafiq Azizan.

Program berkenaan yang diadakan buat kali pertama akan diteruskan pada tahun akan datang bagi membantu lebih ramai golongan terkesan.
“Kami mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk rakan korporat atau badan bukan kerajaan agar lebih banyak lagi yang dapat disantuni dan berkongsi kegembiraan dalam kehidupan,” katanya.

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program CSR Bob Rock, boleh layari laman sesawang https://www.bobrock.com.my/blogs/csr-brc

Bob Rock Plus Size Clothing

BOB ROCK Butik Plus Size


Yakin & hebat dengan BOBROCK!
Gitu laaa slogan Bob Rock yang menyediakan pakaian Plus Size Fashion terkini up-to-date yang berpatutan, selesa dan bergaya pada masa yang sama. Bob Rock memastikan bahawa pengguna pakaian saiz besar lelaki juga berpeluang untuk mengekspresikan bentuk gaya hidup mereka secara bebas dengan penuh keyakinan! Cayalah..

BOB ROCK Clothing (BRC)

Kedai baju saiz besar lelaki paling Ohsem!
Nina tengok memang smart design Bob Rock ni. Ada pelbagai plus size fashion terkini, up-to-date, material yang selesa, harga pun cun.
Sapa kata orang badan besar tak boleh melaram iyer tak?

BOB ROCK Butik Plus Size
BOB ROCK Butik Plus Size Clothing

Bob Rock
Lot F-15, Aras 1
PLAZA SHAH ALAM
Seksyen 9, Shah Alam Selangor
Waze/Google: Bob Rock LoveLily
Buka:- 10 pagi hingga 10 malam
Hubungi :- +6011-1009 1302

Untuk matlumat lebih lanjut korang boleh lah intai-intai di
IG : @plussizebobrock
FB : https://www.facebook.com/bobrockclothing

Oh ya, yang mana dok jauh dont worries. Korang masih boleh dapatkan Plus Size Clothing Online Malaysia di website : bobrock.com.my
Check it out!

Related posts:

Suspen! Siapa sebenarnya MISTERI NONA? Full Sinopsis episod akhir
Terkini : Kad Digital NGO Negaraku banyak manfaat dan kebaikkan
MB EGG-STRA ONG LAGI POWER KEMBALI LAGI . JOMMM
Sinopsis Drama KAU YANG PERTAMA TV3
Review Baju Plus SizeBob Rock ClothingBRCCSRMen's Plus Size ClothingPlus Size Clothing Online MalaysiaPlus Size Fashion

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (4)

  1. YB Shehan says:
    January 29, 2023 at 6:11 pm

    menarik pulak tengok kedai nih. boleh la suggest kat kawan2 plus size.. btw, good initiative. Congrats!!!

    Reply
  2. Lea Azleeya says:
    January 30, 2023 at 6:20 pm

    Wahhhh bagusnyeee.. menarik!!

    Reply
  3. Myzan says:
    January 30, 2023 at 7:54 pm

    Selalu lalu butik ni kat Lotus Shah Alam. Nanti boleh singgah lah.

    Reply
  4. Netty Ah Hiyer says:
    January 31, 2023 at 10:48 am

    Bagusnya inisiatif butik Bob Rock plus size ni.. moga rezeki mereka berpanjangan.. dapat bantu yang lain-lain juga.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes