Korang buat apa tuu..? Suka tak makan Roti Jala? Anak-anak Nina antara penggemar Roti Jala. Kebiasaannya yang kitaorang selalu makan Roti Jala bersama Kuah Kari, kadang tu dengan Serawa Durian pun sedap. Seronok Nina nak share ngan korang Resipi Roti Jala Sedap lembut sampai petang ni ..!! Puashati dengan resepi roti jala ni.
Sebenarnya segan nak citer , walaupun umur Nina dah patploh dua tahun ni Nina belum pernah buat sendiri Roti Jala. Sssyyhhhhh . .. Tau makan jer selalu HAhaa
Baru-baru ni tergerak hati nak cuba buat Roti Jala. Dah sampai hidayah gamaknya kot.. Asyik tau makan sokmo jer kannn…
Memula sekali kena beli botol acuannya dulu. Nina beli kat Giant jer , harga dalam RM5 gitu. Nina beli hok yang jenis 5 lubang. Rupanya ada juga 3 lubang. Maklum lah banyak benda gak Nina tak tahu… 1 st time nak buat sendiri ni. HEhee
Okey, jom tengok Resipi Roti Jala Sedap Lembut sampai ke petang ni. . Nina add santan, so rasa dia lebih sedap , berlemak gitu. Sedap di makan begitu saja, tak muak pun.. Eicha dok ratah makan gitu jer . . . suka tengok!
Resipi Roti Jala Lembut Sedap sampai petang
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 kotak kecik santan (200ml)
2 ½ cawan air
1 biji telur
½ sudu besar garam
2 sudu besar minyak masak
Pewarna kuning
Sedikit serbuk kunyit
Resipi dan Cara Buat Roti Jala Lembut Sedap
1- Satukan kesemuanya hingga sebati – nak pakai blender pun boleh. Nina whisk jer. Pastu tapis, masukkan adunan dalam botol Roti Jala
Aduanan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. (masukkan adunan dalam botol acuan, kalau keluarkan tidak putus-putus maknanya adunan dah cun dan boleh terus dijala)
2- Lenserkan sedikit minyak dalam pan. Pastikan pan non-stick tak melekat.
Tuang adunan, samada bulat-bulat atau jalur. Ikut suka laaa…
Biarkan beberapa saat. Akan nampak adunan atas mulai kering. Tak perlu dibalikkan
3- Terus angkat dan telangkupkan. Terus lipat gulung. Jangan tunggu adunan kering baru nak lipat, nanti payah nak melekat dalam gulungan.
Sesuai dihidangkan bersama kuah Kari atau apa jua kegemaran
Roti Jala antara menu yang paling sesuai untuk apa jua majlis, terutama Hari Raya dan Open House .
Sudi laaa tonton tutorial cara buat Roti Jala Sedap Lembut sampai ke petang. Tangan tuuu , abaikan laaa ehh… Masih kaku, menjala pun kelaut dalam. Tak de corak pun. HEhee… Maklumlah 1st time coba! HAhaaa
Lepas buat Roti Jala resipi ni, Nina ada try an error resipi lain tanpa telur. Malangnya tak menepati citarasa Nina sekeluarga. Konon nak jimat sebiji dua telur, hasilnya roti jala muak, jemu, keras! So sila laaa tok sah berangan nak jimat sebiji telur dan inginkan hasil yang sedap.
Santan boleh digantikan dengan susu cair. Hasilnya memang sedap! Tapi kalau korang sekadar ganti dengan air kosong jer, maka rasa dia pun tawar kosong laaa jugak.
Jangan segan silu, try laaa resipi ni tau! Confirm pasni korang dah tak pandang resipi lain dah..
roti jala memang agak leceh time nak membuatnya..kalau anak-anak dah boleh tolong okey sangatlah tu kann..nampak sedap kari ayam dengan roti jala tu..:)