Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi Roti Puri Lembut
November 4, 2020November 3, 2020

Aduyai… Sedapnya Roti Puri Lembut sama Kuah Kentang Potato Masala

Sapa suka makan Roti Puri? ker tak pernah tahu menu masakan India yang cukup popular ini. Ianya menu yang ringkas, sedap dan mengenyangkan! Resipi Roti Puri Lembut

Isi Kandungan hide
1 RESIPI ROTI PURI LEMBUT
2 RESIPI KENTANG POTATO MASALA
2.1 Resipi Roti Puri Lembut sama Kuah Kentang Masala Potato
3 Related posts:
4 Simple Strawberry Cake.. Senang, blend aje!
5 Bedak SUCHI tanpa pewangi pelbagai guna wajib bawa ketika Umrah Haji
6 Sinopsis CETERA HATI DIYA TV3 SAMARINDA
7 Oh indahnya zaman kanak-kanak

Masa Bulan Ramadhan yang lalu pertama kali Nina cuba buat Roti Puri. Kebiasaannya juadah Berbuka Puasa Nina seisi keluarga menu yang simple dan ringkas. Yang pasti bukan nasi. So Nina beranikan diri cuba buat Roti Puri  dan Alhamdulillah menjadi.  Seronok!  Rupanya tak susah pun buat Roti Puri.

Cuma nak dapatkan bentuk yang macam kat kedai mamak tu kadang jadi kadang tak jadi. Bila dapat yang gelembung, flawless tu rasa nak lompat bintang. Yeayyyy seronok jadi! 💃💃

Cabaran jugak nak jadi cantik , flawless takde jerawat, gerutu, bulat mengelembung, kosong dalam dia. Masa 1st time buat, ada bentuk bulat, ada lonjong, ada macam bentuk bola, belon, ada macam ikan, macam dinasour pun ada 😂😂. Masih banyak kena try cuba test baru dapat skill bentuk dia sekata kot nanti…

Kuahnya Nina tengok ramai match kan dengan sardine tapi macam biasa-biasa jer sambal sardine so Nina try buat kuah matching sebenarnya dia iatu – Masala Kentang.

Resipi Roti Puri Lembut

Ya ampun… Sedapnya!

Kombinasi ni buat Nina teringat pepetang dolu lepas habis keje suka makan Puri dan Kuah Masala Kentang ni kat belakang Mydin Jalan Masjid India. Rindu nya… Memang mabeles laaa Roti Puri dia.

RESIPI ROTI PURI LEMBUT

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh gula
1 sudu besar yis
½ sudu teh garam
½ cawan air biasa
¾ cawan air panas
3 sudu besar minyak masak

Cara membuat ROTI PURI LEMBUT
1.  Dalam sebuah mangkuk besar , masukkan kesemua bahan tersebut tapi air tu jangan masukkan semua terus. Gailkan pakai senduk dulu sebab panas kann
2.  Pastu dah suam uli sehingga adunan tidak melekat di jari
3.  Kemudian bahagikan kepada beberapa doh kecil. Buat bulat-bulatkan ikut saiz kecil/besar mana roti yang kita nak
4.  Perap selama 30 minit dah cukup. Tak yah lama sangat.
5.  Setelah adunan kembang, bolehlah di canai dan dileperkan dengan penggelek
6.  Sementara itu boleh panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas tapi bukan sampai berasap lak tau!  Api kecik tapi minyak panas. Penting ni tau! Kalau minyak tak cukup panas, roti tak akan   menggelembung cantik nanti.
7.  Goreng doh yang dah dileperkan. Balikkan roti sekali jer dan goreng sehingga agak kekuningan , angkat  dan toskan.
(Ingat ehhh … petua untuk mendapatkan Roti Puri yang rangup, ada ring dan tidak berminyak, balikkan sekali jer.)
8. Sedap dimakan bersama Kuah Kentang Masala atau Sambal Sardin pun layannnnn…  😋

Resipi Roti Puri Lembut dan Kuah Kentang Masala Potato

RESIPI KENTANG POTATO MASALA

Bahan-bahan (sukatan agak-agak jer ikut banyak mana kuah yang korang nak)
Kentang secukupnya – potong dadu
Rempah campur (Kalau masak kari ikan memang letak rempah campur ni.)
Cili Kering – cuci bersih, pastu potong dalam 1 ke 2 inch
Biji Sawi
Daun Kari
Bawang merah
Bawang Putih
Sedikit serbuk kunyit
Air sukatan mengikut citarasa kuah samada korang suka berkuah atau pekat.
Garam secukup rasa

Cara masak KENTANG MASALA
Korang tonton dan follow Tutorial Cara Masak Kentang Masala ni. Mudah sangat!

Dah tengok? Senang jer kannnn…
Selamat mencuba!

Oh ya, sapa pernah makan Roti Puri kat area Masjid India? Sedap kan…
Nanti tamat PKP, dah takde covid19 teringin nak makan² kat sini bawak anak². InsyaAllah..

Korang suka tak masakan ala India gini?
Nina dah try buat capati, roti puri, roti canai belum rasa nak cuba. Risau kejung hasilnya nanti. Seram nak cuba! 😂😂😂

Resipi Roti Puri Lembut sama Kuah Kentang Masala Potato

Related posts:

Simple Strawberry Cake.. Senang, blend aje!

Bedak SUCHI tanpa pewangi pelbagai guna wajib bawa ketika Umrah Haji

Sinopsis CETERA HATI DIYA TV3 SAMARINDA

Oh indahnya zaman kanak-kanak

Lifestyle Resepi Tips India Foodmenu jimatMenu PKPPotato Masalaresipi mudahRoti PURI Lembuttips masakanTips Roti Puri Lembut Kembung Cantik

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (18)

  1. adianiez AIDA says:
    November 4, 2020 at 1:15 pm

    sgt suka roti ni, nina. ari tu ke JB, kursus.
    2 kali sarapan, 2 kali la makan roti puri ni.
    dgn kari kambing. ya Allah, heaven on earth!
    tapi tak pernah buat sendiri. hmmmm tgk la nanti.
    mcm mudah aje tu.

    Reply
  2. CX says:
    November 5, 2020 at 10:47 am

    Alarh kak nina ni saja tau! Cx dahlah suka sangat makan roti puri ni. Dah lama sangat tak buat. Haritu plan nak buat tapi kelaut sudahnya tak menyempat. Hahahha.

    Cx nak buatlah petsang kang. Hehee. Terliur haaa pagi² tengok roti puri gebu kak nina.

    Reply
  3. Marshaliza says:
    November 5, 2020 at 12:15 pm

    Wah nampak sedap dan comel, flawless roti puri kak nina. Marsha nak follow resepi kak ninalah. Tak pernah buat lagi roti puri.

    Reply
  4. Rawlins GLAM says:
    November 5, 2020 at 4:06 pm

    Wah. Letups la kejadiannya. Helok je.
    Rawlins memang gagal kalau nak memasak nie. Haha. So, nanti nak paksa Mahamahu masak dan Rawlins makan hahaha

    Reply
  5. Rane Chin says:
    November 5, 2020 at 5:35 pm

    I am new to roti puri. its nice that they are fluffy and soft, nice to eat with kopi I guess

    Reply
  6. Hayati Suki says:
    November 5, 2020 at 8:58 pm

    Sedapnya roti puri tu. Sisyat pernah try masa PKP ituhari. Mmg lompat bintang bila dapat yg flawless..haha
    Tp goreng 3, 1 je la flawless nye. Yang penting habis je ditelan rakyat2 kecik kat rumah

    Reply
    1. Nadia johari says:
      November 7, 2020 at 2:55 am

      Nad tak pernh rasa pun roti puri ni.. Huhu. Nak kene cubala.. Ade taj kat setiap kedai mamak agaknya ye.. Kalau ade boleh cuba

      Reply
  7. Ummi says:
    November 6, 2020 at 3:48 am

    Wah terer la pandai buat puri. So far, Indian roti yg sy pernah cuba buat, naan je. Tu pun keras

    Reply
  8. Mus says:
    November 6, 2020 at 7:42 am

    wah.. memang nampak best dan sedap.. bagus ada video memasak.. senang sikit nak paham…

    Reply
  9. Sunshine Kelly says:
    November 6, 2020 at 8:41 am

    Omg…. i memang minat roti puri. Selalu makan kat kedia tapi time cmco mungkin sis nak try buat for breakfast on sunday.

    Reply
  10. Racheal says:
    November 6, 2020 at 8:43 am

    I can’t wait to make this Puri. look at the texture you are really good in cooking I want to use the recipe to try to cook this at home

    Reply
  11. Sis Lin says:
    November 6, 2020 at 10:01 am

    Waduh, ini kalau makan cecah dengan sardin pun sodap ni… nak cuba laaa, tapi takut tak jadi plak, tapi takpe, kena cuba. tak cuba.kita mana tau kannn,,,

    Reply
  12. Syiera says:
    November 6, 2020 at 11:02 am

    Sedapnya kak nina! Nampak gebu roti puri. Menjadi. Nak cuba la masak untuk makan malam. Resepi pun simple

    Reply
  13. Cik Puan Ena says:
    November 6, 2020 at 4:09 pm

    Tak pernah buat lg. Hehe. Tapi tengok mmg agak mencabar nak jadi bentuk tu. Tengok biras rajin buat sbb anak2 dia suka.

    Reply
  14. Mama Kembar Toga says:
    November 7, 2020 at 1:58 pm

    Sedapnyaaa! Dah lama dok plan nak buat roti puri ni, tapi tu laa plan tinggal plan saja hehe

    Reply
  15. ika says:
    November 9, 2020 at 8:13 am

    Huish pagi pagi tengok ni memang terliur sangat. Payah sangat sini nak dapat makanan ni. Nanti nak cari la kot kot ada ke hee

    Reply
  16. Muhamad Mawardi Bin Mat Yunus says:
    November 9, 2020 at 10:11 am

    tengok artikel ni terus rasa lapar. nampak gaya nak kena p cari bahan la buat kan. sedapnya… potato masala tu pun nampak yummy sangat.

    Reply
  17. Aisya Ismail says:
    November 12, 2020 at 10:06 am

    10 kali nak buat sampai sekarang tak juga buat.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes