Ini lah kisah trauma menghantui ku antara aku cili dan taska
Nama aku Eillya. Kini Eillya berusia 15 tahun. Pada hari ini , Eillya ingin mengisahkan tentang kenangan pahit lah jugak yang Eillya dan Eilman alami pada zaman kanak-kanak. Bagi Eillya setiap orang pasti ada kenangan suka, duka, susah, senang pada setiap detik atau masa kan… Bab kata orang tua “Bukan hiduplah kalau tak pernah rasa susah”
Kisah pahit yang Eillya ingin menceritakan tentang “Cili”. Cili? Ya, cili… Sinonim cili ni adalah penting untuk sesetengah masakan. Warna juga turut menggambarkan kepedasan dan kepedihan apabila diletakkan di eperdermis yang nipis seperti lidah.
Kisah Eillya bermula di sebuah taska yang di diami Eillya, Eilman dan rakan-rakan yang lain dan pengasuh yang menjaga kami semua. Terdekit hati Eillya nak meluahkan cerita ini bila Eillya perasan pada era kini semakin hari semakin banyak tragedi yang menimpa keatas kanak-kanak di beberapa buah taska yang sering disebarkan di kaca tv. Bukankah taska rumah kedua yang menjaga kanak-kanak apabila ibu bapa tiada atas urusan kerja?
Taska tersebut berdekatan dengan rumah kami. Eillya dan Eilman hanya tinggal di taska itu selama 2 bulan sahaja atas beberapa kes. Pada ketika itu Eillya berusia 5 tahun dan Eilman masih berumur 2 tahun.
Sejak dari hari pertama Eilman sering menangis apabila mama dan abah menghantar kami ke taska itu. Pada ketika itu, mama tidak menghiraukan sangat dengan tangisan Eilman kerana mama menyangkakan Eilman tidak biasa lagi dengan tempat baharu. Sangka mama mungkin seminggu dua baru Eilman dapat sesuaikan diri agaknya sebab Eilman menangis.
Eillya ditempatkan rumah lain lain di rumah belakang untuk kanak-kanak besar yang bersekolah (transit). Walaupun rumah belakang Eillya sering mendengar tangisan Eilman di muka pintu taska dan kadang kala di bilik belakang rumah tersebut. Tangisan Eilman berpanjangan lama nya dan masih tidak berhenti-henti walau mama dan abah telah lama pergi ke tempat kerja. Bagaimana nak gambar kan perasaan itu? Eillya di rumah belakang tak mampu berbuat apa-apa apatah lagi nak pergi memujuk Eilman.
Sebenarnya, dari apa yang Eillya nampak penjaga taska itu tidak akan memujuk kanak-kanak yang menangis. Sebaliknya mereka akan alihkan kanak-kanak yang menangis ke bilik belakang dan penjaga itu akan membiarkan kanak-kanak itu menangis sehingga dia berhenti menangis dengan sendiri. Eillya dan kanak-kanak lain disana juga sering dimarahi dan sering diberi hukuman walaupun hanya kesalahan yang agak kecil seperti….
Kisah trauma menghantui ku antara aku cili dan taska
Pada suatu hari, selepas kami kanak-kanak di taska itu diarahkan bangun daripada tidur. Salah seorang daripada rakan Eillya masih lagi tidak bangun dari tidurnya, penjaga taska itu memarahi dan memaksanya agar bangun dan rakan Eillya menangis kerana dia mahu tidur lagi. Kami harus akur dengan jadual mereka dan perintah mereka. Eillya selalu ketakutan.
Penjaga taska itu langsung tidak memujuk dan hanya mengarahkannya supaya berhenti daripada menangis. “Diam diam diam..!!” Ulang beberapa kali.
Apabila rakan Eillya masih lagi menangis, penjaga taska itu semakin marah lalu pergi ke dapur. Eillya dapati penjaga itu mengambil cili merah lalu dimasukkkan ke dalam mulut rakan Eillya yang menangis tadi. Eillya sangat terkejut!
Rakan Eillya menangis dengan lebih kuat. Mungkin kerana terlalu pedih, pijar dan trauma. Eillya terasa nak tolong tapi Eillya takut dan tak tahu nak buat apa ketika itu lalu Eillya pura-pura tidak nampak. Akhirnya setelah penat menangis agaknya, rakan Eillya tadi berhenti menangis dengan sendiri nya. Kemudian Eillya dapati penjaga taska tadi memberikan rakan Eillya ice-cream untuk diletakkan ke dalam mulut rakan Eillya yang kepedihan.
Setiap hari dalam masa 2 bulan itu, Eilman masih menangis setiap kali mama abah menghantar ke taska itu. Kemudian, baru lah mama berasa curiga kerana Eilman sejak kecil seorang anak yang paling susah menangis.. Masa Eilman bayi pun Eilman jarang sekali menangis. Eilman orangnya sangat menyenangkan semua orang.
Jadi mama dan abah tergerak hati untuk pergi menyiasat tentang perkara ini. Mereka menghantar kami seperti biasa dan ketika itu Eilman seolah trauma akan menangis terus terusan walau hanya nampak pintu taska tersebut.
Mama dan abah berpura-pura pergi ke tempat kerja seperti biasa dan berhenti di suatu tempat yang berhampiran dengan taska tersebut. Mama dan abah tunggu di situ selama 10 minit dan mama pergi ke taska itu secara senyap-senyap mengikut pintu belakang taska untuk menyiasat perkara ini. Pada waktu ini lah mama ternampak Eilman yang masih berada di muka pintu taska dan masih lagi menangis tanpa dipujuk oleh penjaga. Mama terus ke tempat abah menunggu dan memberitahu tentang hal tersebut.
Selepas itu, mama dan abah berbincang untuk mencari taska yang lain untuk kami beradik. Tidak sampai satu hari, mama dan abah terjumpa sebuah taska yang lebih elok untuk kami beradik. Sebelum kami adik-beradik pulang ke rumah, mama dan abah membawa kami singgah ke taska baru itu. Pemilik taska yang sentiasa tersenyum memperkenalkan kami nama-nama penjaga taska itu. Kami bermain seketika di laman taska tersebut sementara mama berbual dengan pemilik taska baru itu. Mungkin mama nak biasakan Eilman dan Eillya dengan penjaga baru dan persekitaran baru.
Keesokkan harinya , Eillya dan Eilman sudah mula dihantar ke taska baru yang agak jauh sikit dari Taska lama kami. Mama hantar kami ke muka pintu taska baru. Kami di sambut mesra dengan senyuman dan Eilman di sambut dengan dukungan oleh penjaga taska. Eillya sendiri terkejut melihat riaksi Eilman yang sangat tenang, tidak menangis langsung dan sempat lambai pada mama.
Eillya lega sangat setelah di tempatkan di taska yang baru ini. Penjaga di sini penuh dengan kasih sayang, sentuhan belaian dan di sini juga cukup bersih. Syukur mama abah bertindak cepat tukarkan kami taska yang baru. Eilman kembali ceria, tidak lagi kemurungan, pendiam seperti masa kami tinggal di taska yang lama.
Lama juga masa diperlukan untuk memulihkan trauma Eilman. Setiap kali kami lalu di kawasan taska lama Eilman akan menyorok duduk diam membisu di bawah bahagian tempat letak kaki di kereta. Seingat Eillya dulu Eillya tak berani mengadu dengan mama sebab kami semua telah di arahkan untuk tidak mengadu dengan ibubapa. Andai ada ibubapa yang tahu, kami akan lebih teruk kena. Takut sangat sebab tu ketika itu Eillya tak pernah cerita pada mama. Risau keselamatan Eilman dan rakan-rakan yang lain.
Eillya tergerak hati ingin kongsikan cerita ini setelah baru-baru ini semasa Eillya tolong mama di dapur tumbuk cili merah untuk masak nasi goreng. Eillya sedih dan ceritakan pada mama apa Eillya rasa setiap kali Eillya terpandang cili merah , kenangan pahit di taska lama selalu menghantui emosi Eillya. Mama cadangkan Eillya menulis dan luahkan. Mungkin dengan cara ini trauma Eillya dapat dilepaskan.
Akhirnya baru kini Eillya setelah 10 tahun berlalu baru Eillya ada kekuatan nak ceritakan pada mama apa yang terjadi di taska lama kami. Sehingga kini, rakan Eillya di taska lama dan Eillya masih berkawan dan kami berkongsi suka duka kenangan kami. Syukur mama Eillya bertindak cepat dan membuat keputusan yang sewajarnya.
Makcik pakcik yang hantar anak ke taska atau rumah penjaga kalau perasan kelakuan pelik anak-anak atau perubahan emosi fizikal mental anak-anak segera lah berbuat sesuatu sebelum terlambat. Ini lah kisah trauma Ku dan Cili …
-Eillya-
Pemantauan mesti dilakukan kepada anak jika dihantar ke taska atau dijaga oleh pengasuh… sebab sekarang ni banyak kes pengasuh dera kana-kanak…
Syukur Alhamdulillah dapat juga tempat taska yang terbaik…tak dapat bayang kanak-kanak dimasukkan cili kedalam mulut…
kenapa tak buat aduan je dengan pengasuh yang masukkan cili tu…geram la pula..aduiii
Thank you for the comprehensive information, it is quite important and interesting